Bismillah.
Saat bilakah hati tenang.
Aku boleh katakan saat hati tenang ialah saat mata mampu menangis, telinga mampu mendengar dan lidah mampu bertutur. Dan ia terus masuk ke hati untuk dilayan perasaan yang pelbagai dan kemudian menghasilkan satu saja perasaan yang paling indah.
Mata, telinga dan lidah antara sebab utama hati bisa jadi tenang. 3 elemen ini yang akan menentukan hala tuju perasaan hati.
Dunia yang kian terhakis keamanan, keadilan dan keagamaan kadang menjentik perasaan. Sudah jemu bertanya sampai bila akan kekal begini dan bila akan berakhir kisah kekejaman. Jadi, akhirnya harus dilayan. Bila naik satu-satu posting di newsfeeds, ada masa rajin melayan maka aku layan.
Alkisah. Tentang apa? Kekejaman di Syria, Palestine, Turki tempoh hari, Myanmar dan banyak lagi. Yang terbaru kejap tadi aku tengok video seorang budak perempuan Syria mungkin berumur sekitar 4-6 tahun barang kali, sedang hadapi
sakratul maut (saat ditarik nyawa). Wajah tenang tapi agak termengah-mengah nafasnya. Kalau lah tak ada caption di bawah video tu, aku rasa aku gagal mentafsirkan apa yang sedang berlaku. Ingatkan hanya nervous sebab baru lepas diselamatkan daripada medan perang. Tapi hakikatnya memang 'selamat' yang hakiki budak itu. Syurga baginya insyaAllah,
Saat itu lah, video berdurasi 3 minit itu menyuntik sedikit rasa sayu dalam hati. Bahawa aku sekarang cukup bahagia saat ini. Hanya struggle bagaimana menyelesaikan konflik tesis yang belum nampak masa depan yang cerah dan mendamaikan konflik adik beradik yang kadang bertelagah (kadang aku sendiri lah yang bertelagah tu). Sikit sangat lah ujian. Nak kata pengorbanan demi agama pun malu. Sebab masih mudah. Tiadanya hari-hari perlu menyusup lorong kecil untuk ke universiti, tiadanya perlu cari roti di tepi kaki lima, tiadanya perlu mencedok bekalan air bersih.
Tapi betul lah kesenangan itu ujian, dan kesusahan itu ujian. Yang nikmatnya hanya satu, iaitu lah bila dekat dengan Tuhan.
Panjatkan lah bertangkai-tangkai doa hari-hari.
"Semoga esok lebih baik,
Tiada lagi kufur pada nikmat,
Tiada lagi hasad dengki khianat,
Tiada lagi pujian mengampu dan umpatan benci,
Supaya hari-hari selepas Nisfu Syaaban ini semakin meningkat iman dan melonjak amal di bulan Ramadhan nanti (sampaikan lah kami, Ya Allah...),
Dan moga negara-negara bumi Allah ini lebih aman,
Setidaknya penganut-penganut Islam sentiasa disuntik kekuatan daripada Rabb Yang Maha Kuat,
Dan penganut-penganut Islam di Malaysia ini terutamanya lebih ramai dan (if possible) semuanya kembali kepada ajaran agama sepertimana dibawa oleh Nabi saw (tiada yang mustahil,kan),
Menutup aurat, menjaga pergaulan, menjaga maruah, mengawal percakapan,
Zikir basah di lidah, rajin baca Al-Quran, hormat pada azan dan solat jemaah lima waktu sehari semalam,
Dan semoga pemimpin-pemimpin kami cuba dan cuba menjadi qudwah kepada kami dan pimpin kami ke Jannah~"
Amin...
Bahawa bumi ini akan aman, apabila semua insan memainkan peranan, setidak-tidaknya suburkan nilai kemanusiaan. Saat itu hati pasti tenang!
PD.