Sunday, December 11, 2011

kenapa masih bertelagah?





sedang mereka berjuang meredah badai . perit, perit. kita kini hanya dilimpah kesenangan, tapi masih bertelagah~ apakah kita ini tidak mahu menempah syurga? aneh~


"ramai yang buat status baik2 di facebook. mahu tunjuk alim ? mahu tunjuk baik ? "
ramai yang berbicara tentang ini, hingga kadang-kadang saya naik muak. bukanlah nak kata, pertikaian ini tak wajar dilakukan oleh sesiapa. tapi, datang satu perasaan pelik, kenapa harus dipertikaikan? Allah selalu suruh kita cuba untuk buat baik, sebarkan kebaikan agar insan kamil yang lain pula dapat dilahirkan . bukankah jelas oleh Allah dalam firmanNya.
" mesti ada segolongan kamu yang menyuruh kepada kebajikan , menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran . dan merekalah golongan yang beruntung. "
ali-imran :104


terus, jika segenap umat Islam mula merasakan keperluan untuk sampaikan kebaikan, bukankah itu lebih baik. saya tergerak untuk respon pada hal ini, bukanlah mengharapkan pendapat saya ini patut diraikan dan patut diambil perhatian. tidak sama sekali. ini hanyalah pendapat cilik daripada insan yang masih bertatih dan jatuh bangun atas jalan iman dan taqwa. sama seprti kalian.

cuma, selaku insan biasa, muslimah yang masih bermujahadah, saya bimbang andai pertikaian bisa meruntuhkan sokongan moral seseorang untuk terus menyeru kebaikan. dahulu, zaman dakwah Nabi Muhammad saw (selawat dan salam ke atas baginda, keluarga dan para sahabat ) , banyak penentangan yang baginda hadapi, hingga baginda saw dan mujahid-mujahid Islam berhijrah ke Madinah dan bina pusat pemerintahan di situ. namun, apa respon para sahabat? patuh sepatuhnya. selagi keimanan dalam hati meneguhkan bicara " iman pada Allah dan Rasulullah yang paling tepat ! " tiada keraguan, perjuangan diteruskan.
Ahh..~ buat masa kini, saya kurang pasti bagaimana umat Islam boleh bertahan jika asyik mempertikaikan suatu yang kecil, tetapi mengetepikan perkara yang lebih besar.

jika dilihat, di laman Facebook, ramai yang menyampaikan kebenaran dan menggerakkan dakwah Islam. tetapi, berapa ramai lagi yang menyeru kepada kebatilan? mereka mahu membawa ummat Islam jauh daripada agama.

“Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al-Quran dan Sunnah).Sehingga mereka menjadi orang-orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesamanya saling bermusuhan, menjadi terpecah-belah dan jauh dari persatuan. Dengan demikian kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri sesuai dengan tujuan kalian”

(Kenyataan Samuel Zwemer dalam Konferens Al Quds- 1935)

(credit to WNH )

lihat, itu peancangan mereka. tapi, fenomena ummat Islam dalam kalangan muslim muslimat sendiri masih tidak berkesudahan. ayuh, ummat Muhammad saw. kita kan ummat dakwah. be creative . Allah telah mendatangkan sebaik-baik hidayah pada kita untuk beramal dengan baik dalam agama Islam yang syumul.
ISLAM itu tinggi dan tiada yang yang lebih tinggi.
jika benar kita yakin akan kebenaran ini, bisakah hati kita beralih lagi? berkocak dengan goncangan dunia yang menggegar iman di dada? kita ummah dakwah. kita pejuang agama Allah, sepatutnya gentar dengan ayat-ayat Allah. bagaimana ummah dahulu boleh berjaya menawan dunia, kita tak mampukah?
yang membezakan salafussoleh dan solehin kini bukanlah takdir ALLAH, tapi hanyalah kemodenan dunia. tapi mengapa mahu turut me'moden'kan hati dengan keimanan yang luntur. iman itu tetap teguh seperti dulu, jangan khianat! jangan hancurkan ia!

bersatulah dalam menyampaikan dakwah Islam. usah mempertikai antara satu sama lain.
"aku yang lebih layak jadi pendakwah."
"alah...dia bukan baik sangat, harap status FB sahaja baik . aahhhh~~"
"pandai cakap aje! "

bosan,kan.. sampai bila mahu begini. ISLAM semakin hampir pada kemenangan, percayalah~
tapi adakah kita hanya duduk dan tunggu sambil goyang kaki, dan hanya bermuka-muka ketika ISLAM naik, dijulang dunia. malulah pada dunia, jika tidak mampu , malu pada diri. apa sumbanganku pada ISLAM? =_=

"wahai Musa , sampai kapan pun kami tidak akan masuk kedalamnya , selagi mereka (musuh) masih ada di dalamnya. kerana itu, pergilah engkau bersama Tuhanmu , dan berperanglah kamu berdua. biarlah kami tetap menanti di sini sahaja " al-maidah : 24

begitulah golongan munafiq dahulu. kita mahu sebegitu, atau menjadi orang berusaha setanah, Abu Bakar as-siddiq yang teguh dengan kebenaran yang dibawa Rasulullah walaupun hilang kepercayaan oleh bangsa sendiri, Khalid al-walid yang tegar berjuang walaupun tidak diberi penghormatan jawatan, seperti Abu Ubaidah al-Jarrah yang tegar membunuh bapa sendiri kerana ISLAM yang menjadi agama suci pilihannya, tetapi tidak pada bapanya, dan Muhammad al-Fateh walaupun jauh daripada Rasulullah, namun perjuangan diteruskan bagi merealisasikan hadis Nabi.
tanya pada diri, "dalam hadis NABI saw, kamu mahu jadi pemuda yang bagaimana? "
(saya pun ragu dengan jawapannya )

jadi, dengan rendah diri dan hatinya, sahabat-sahabat, teruslah menyeru kebaikan walau ada yang menghina mencaci. mohon perlindungan Allah agar ditetapkan prinsip yang teguh pada hukum agama, moga tidak terpesong dari ajaran Rasulullah saw. dan moga dikelilingi insan -insan yang bisa menilai menerusi mata hati. hanya DIA tempat berlindung dan bergantung. teguhkan kami!

................................

malam itu hening sekali, Abu Ubaidah tidak bisa lelapkan mata . masih terbayang-bayang di matanya pergelutan bersama bapanya. dan bagaimana beliau menikam bapanya, dan memangku bapanya di atas riba sehingga bapanya menghembuskan nafas terakhir.
kemudian, datang Rasulullah saw dan Abu Bakar as-siddiq r.a. ... menyampaikan pesan Allah.

"Engkau (Muhammad ) tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , dan saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu ialah bapanya, anaknya , saudaranya atau keluarganya . Mereka itulah orang yang dalam hatinya ditanam Allah dengan keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari DIA. ......" al-mujadilah : 22

musuh Allah ialah musuh kita sekalipun mereka ialah ibu kita, bapa kita, saudara mara kita. siapa yang bisa mengetepikan keluarga demi iman, dengan pengorbanan yang lebih baik daripada para sahabat??
ABU UBAIDAH AL-JARRAH. pengorbanannya demi ISLAM, terpahat !

kami jejaki kalian, RASULULLAH DAN PARA SAHABAT YANG DIREDHAI ALLAH.
amin! tempatkan mereka pada maqam yang terpuji~

Tuesday, December 6, 2011

perasaan halus ini dari Allah.

tepat 3 Disember 2011.kehilangan satu mujahid Islam di tanah Arab.
Mohd Ilham Ellani. saya tak tahu sama ada saya perlu mendapat 'permission' dahulu atau tidak untuk saya tuturkan satu nama ini, yang pasti saya terasa kehilangan beliau walaupun tak pernah mengenali.
mungkin perasaan ini tak perlu digembar-gemburkan kerana itu satu perasaan 'common' . iyalah, kematian, siapa yang tak sedih.

tapi kenapa sedih saya berpanjangan hingga sekarang. kadang-kadang sampai ada rasa 'takut' menerjah. adakah takut mati? astaghfirullah. mati ialah satu-satunya jalan untuk hamba bertemu Tuhan, yakni Allah subhanah wa taala.

mungkin kerana saya teringat dan masih terbayang-bayangkan kematian bapa saudara 9 tahun yang lepas. (gambar di sisi blog ini) . dan bapa saudara 2 tahun yang lepas. kematian sering kali membayangi diri. saya tak rasa saya patut hilangkan perasaan ini. sebab saya tak rasa kalau saya lupakan ia, anggap ia hanya perkara biasa, saya akan masih mengingati mati. bukankah kalau kita mahu mencari hati yang berhubung pada Ilahi, carilah ketika ingat mati. cuma saya bimbang kalau-kalau emosi saya lemah jika terus begini. jadi,saya mohon Allah bimbing dan tunjuk jalan yang benar, agar hidup ini, mesti diteruskan selagi nyawa dikandung badan, selagi Allah masih izinkan.

yang pergi tu, sudahlah , usah dikenang.
manusia sering berpesan begini. benar, bahkan ayah saya selalu pesan begini, lebih-lebih lagi sebelum saya berangkat ke bumi yang jauh dari tanah air, jauh dari keluarga tercinta. ayah pesan, 'duduk sana, kena bersedialah hadapi kematian. ayah ke, mak ke, adik beradik awak ke..' nah ! sekarang saya hadapinya. adik-beradik PERMAI. dah pergi~ Allahhh,,, perit rupanya, patutlah ayah pesan .

Alhamdulillah, insyaAllah, everything gets better. cuma sewaktu teringat pada yang tiada, ingat dosa-dosa di kala alpa, sensitif benar. ini tandanya saya sudah temui hati?? wallahua'lam. moga hati ini, sentiasa bersama Allah.

sungguh ! takut sangat-sangat. memang takut mati, tapi hakikatnya, rindu pada Ilahi. insyaAllah, "akhirkanlah hidupku dengan sebaik-baik pengakhiran, ya Allah .."
amin~!




moga Allah redha.


ikut pandangan manusia , terkorban di medan ilmu, maknanya syahid kecil di jalan Allah. alhamdulillah, mudah-mudahan begitulah .
bukan mudah mahu syahid di jalan Allah, walaupun hanya syahid kecil. mungkin sebenarnya saya cemburu, cukup cemburu kerana ia sudah berjaya bertemu Allah dalam keadaan dia di medan ilmu. sedang memburu syahid. tapi saya masih kekal di sini, Allah beri peluang untuk beramal . mungkin juga saya masih belum ketemu 'ikhlas' , belum ketemu manisnya ibadah.
Allah beri peluang~
alhamdulillah.... Allah~

moga amalku sempat menempah rahmat kasih Allah untuk ke syurgaNya. amin!

semuanya dirasakan sunyi,
tapi jangan sesekali beranggapan bahawa tiada yang memerhati,
ILAHI,
DIA sentiasa menemani,
di kala gusar, sedih , rindu , suka dan pilu,
untungnya hidup beriman,
setiap masa ada yang menjadi teman,
Allah, tanpa kuminta KAU sentiasa mendekat,
bahkan lebih dekat dari urat nadi,
moga KAU limpahkan hidayah pada manusia sejagat,
hamba ini memohon agar kami bisa ketemu lagi,
di akhirat kelak.
ISLAM IMAN IHSAN,
gapailah ia, selagi kalian bisa bertahan di bumi Tuhan,
ALLAH PEMILIK SEKALIAN ALAM~


<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
.wallahua'lam.

Saturday, December 3, 2011

senior; moga Allah rahmati akhi !

ingat lagi pesan Allah dalam surah ali Imran , ayat 185
"setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati, dan hanya hari kiamat sahajalah diberikan sempurna balasanmu ..."

siapa sangka , tinggal di bumi Jordan lebih kurang 3 bulan, sudah dihebahkan dengan dua kematian ; sohib (tuan rumah ana sendiri) dan sahabat seperjuangan atau lebih tepat lagi, senior Mohd Ilham Ellani bin Jamal..
iya, saya tiada kaitan dengan beliau kecuali hanya saudara seIslam. saya tidak mengenali beliau, bahkan lihat wajahnya pun saya tidak pasti pernah atau tidak. tapi mengetahui satu mutiara Jordan telah kembali ke Rahmatullah, buatkan saya tersentak dari lamunan panjang. mungkin dua tiga hari kebelakangan, insan-insan mula leka dengan kehidupan sehinggakan lupa 'ubudiyyah pada Tuhan.
inilah peringatan . sedang ayat-ayat Al-Quran itu peringatan untuk sekalian alam. apatah lagi satu kematian, yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Allah sudah rindu pada hamba itu. rahmati beliau dalam golongan orang soleh.

< hidung berdarah --> disyaki brain tumor @

Acute Myelogenous Leukemia --> ICU (28/11/2011) ---> lebih kurang lima hari, Allah panggil pulang (3/12/2011) >
betullah, kita tidak tahu rentetan hidup kita, meninggal sebagai apa, di mana, umur berapa , sudah laksanakah tugasan hidup kita. ajal maut di tangan Allah, tipulah jika ada yang mengatakan mereka tahu tarikhnya, mereka tahu tandanya..

sekarang, di FB, di blog, bahkan di seluruh talian komunikasi bagi yang mengenali beliau , ataupun setidak-tidaknya tahu akan beliau, semua sedang sibuk membicarakan tentang saudara Ilham Ellani. hanya sekelip mata ruang telekomunikasi bertali arus. ini kuasa Allah. dan alhamdulillah untuk ummah yang masih cakna akan peringatan dari Tuhan.
tapi itu perhatian manusia. semoga Allah juga beri secebis perhatian dan kasih sayangnya buat saudara seIslam yang saya sayang ini bagi meraih syurga Allah kelak. buat saudara mara dan keluarga serta sahabat handainya, salam takziah dari saya dan sahabat-sahabat yang lain. Allah lebih sayangkan beliau , tidak ada seseorang manusia yang Allah tidak mencukupkan usia untuknya . apabila usia itu yang Allah beri, insyaAllah sepanjang usia itulah bekalnya untuk menggapai syurga nanti, mudah-mudahan.amin..

dan ummat manusia yang sedang enak menanti hidangan duniawi. mungkin buat kita yang mengenali dan menyedari ketiadaan arwah, kita tersentap iman, muhasabah diri yang selama ini kealpaan . tapi bagi yang masih membonceng kesenangan dunia, adakah mereka cakna? Allah, ampuni ummat ini , sesungguhnya mereka tidak tahu.

''ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau , perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan dan tanam-tanamannya mengagumkan para petani ; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur . dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan Allah serta keredhaanNYA , dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu "
Ali-Hadid : 20

semoga peringatan ini terus melekap di qalbu, agar hati ini tak kembali lalai dari mengingati pertemuan denganMU, pasti terjadi.




dalam kenangan, insyaAllah, moga tenang di sana. Allah uji namun masih ada manusia ingkar. kenapa, kerana hidup ini berupa pilihan, mahu taat atau mahu ingkar. bagi yang taat, Allah kurniakan sebesar-besar nikmat, bagi yang ingkar azab Allah sangat berat.

tatkala dinihari, insan masih galak dalam tawa duniawi,
mungkin mereka tidak menyedari yang mereka sedang diperhati,
insan itu , ia telah kembali,
menemui Ilahi, KEKASIH AGUNG yang selama ini ternanti-nanti,
Allah..selama ini kuakui, Engkau lah kekasih hati ini,
dan RasulMu, kujadikan pedoman buat diri untuk hidup dijalani,
namun, aku bimbang jika aku hipokrit pada diri,
katanya cinta, tapi tidak seindah yang dikata, yang dijanji,
aku alpa, aku hina , aku lalai,
seringkali kuingatkan diri, letaklah Allah di hati,
agar kelak tatkala dipanggil pergi,
ada sekelumit kasih cinta Ilahi datang menemani,
Al-Quran menjadi peneman pabila sepi,
harapnya bukan hanya di sini, tapi jua di akhirat nanti.


Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, penuhi jiwa kami dengan Islam dan Iman. jauhilah kami daripada kealpaan, kekufuran sehingga kami menemuiMu, wahai Tuhan Sekalian Alam.

bersyukurlah.
salam takziah dari srikandi Fateh.
sama ada sempat atau tidak ingin mem'buka' generasi penggerak ummah, usah difikir, usaha tetap diteruskan. bukankah tawakkal itu sifat orang mukmin? :-)

"jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal." ali-Imran : 160





"......berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankanbagimu..." -Al-Ghafir :60


*hiba
*rasa Allah itu dekat sangat-sangat!


PUTRA;seniors. entum hebatlah!

Alhamdulillah, gembira rasa tak terkata. Syukur pada Allah Taala, atas limpah kurniaNya. Kami dapat bertemu dengan sahabat-sahabat kesayangan kami. Berkumpul 3 mantiqoh. Hebat! Ukhuwah yang serasa saya, susah mahu menemuinya. Walaupun hidup kami teraturnya hanya sekejap Cuma bersama. Sebulan bersama sepanjang daurah. Tapi ukhuwah bagaikan 10 tahun bersama. Walaupun berpisah mantiqoh semalam, rasa seperti berjauhan seribu batu. Ahh… indahnya ukhuwah inilah keimanan, jika tak diselangi dengan perasaan sayang anugerah dari Allah,mustahil kami begini,

Terima kasih, Allah~

PUTRA. Persatuan mahasiswa Terengganu Jordan. Cukup beri kesan. Inilah indahnya keimanan. Hehe,,,kami dikumpulkan di bawah satu nama BKAN. Badan Kebajikan Anak Negeri. J

Semalam, ada program PUTRA . walaupun ramai yang tak dapat hadirkan diri, kerana kekangan waktu, mungkin. Tapi, dewan tetap tak lengang. Mungkin disebabkan pelajar tahun satu sahaja dah ramai. Alhamdulillah. Rezeki Allah, ramai anak Terengganu yang merantau. Ada hikmah di sebalik itu, mungkin kami juga dihantar juga untuk berjuang demi agama tahun – tahun hadapan. Menjejaki bumi Nabi, bukan sia-sia, semestinya.

FORUM

Ustaz syahrul

Ustaz hilal

Dr adila

Ustaz syafiq

Awalnya, mudah sahaja perspektif kami. ‘alah…setakat PUTRA, biasa aje nie’

Hehe,,,cakap jangan sebarang cakap. Hebat benar semalam. terbaiK!

Masih ingat kata-kata ustaz syahrul(ustaz yang berpengalaman lama di Jordan, digree di mu’tah, master di al-bayt sekarang) . “ belajar di Jordan bukan setakat belajar.tapi kita belajar untuk belajar.” Sepanjang bermusafir, kita ada dua elemen penting.

1) Matlamat

2) Perjalanan

Ada orang , mereka dapat capai matlamat mereka, dapat mumtaz dalam pencapaian , tapi perjalanan mereka kosong. Tak ada yang istimewa. Ringkaskan cerita , nilai tambah taka da.
tapi, ada juga yang nilai tambah mereka mantap. Ada pengalaman dalam berkepimpinan, banyak pengalaman dan pengetahuan dalam selok belok perjalanan, namum pencapaian kurang Berjaya. Hanya setakat lulus sahaja. Hal ini mungkin memberi kesan untuk kehidupan akan datang.

مسافر قطعة من العذب"
perjalanan itu sebahagian dari azab.
teringat kata-kata Luqman al-Hakim : wahai anakku, kamu tidak akan tahu 3 perkara melainkan paa tiga perkara ; kamu tidak tahu erti kelembutan kecuali ketika kemarahan, kamu tidak tahu erti keberanian kecuali ketika peperangan, dan kamu tidak tahu erti persaudaraan kecuali ketika kesusahan.

Musafir; bukan mudah~ J

Kata ustaz, persiapkanlah diri awal-awal . sebabnya nanti di Malaysia, tekanan untuk memberi sangat kuat. Hingga kita sampai tahap ‘shock’ dek kerana disogok dengan ‘graduan Jordan’ . semua orang mengharapkan yang terbaik. Jadi, itu cabaran besar daripada cabaran-cabaran yang sedia ada besar.

Katanya kak adila, sekarang tahun satu, masa leisure lagi. Tak banyak sangat komitmen. Jadi, perlu pandai susun masa, jangan dihabiskan dengan suatu yang tak boleh beri effect untuk diri, kepada kebaikan semestinya. Memang payah. Mahasiswa itu bukannya mereka tak pandai, tapi merek tak merancang masa dengan baik. 4 perkara yang menjadi keutamaan untuk disoal di akhirat ; UMUR kita apa yang kita buat untuk habiskan , ILMU kepada apa kita manfaatkan , HARTA ke mana kita belanjakan , dan TUBUH BADAN untuk apa kita gunakan. Beratnya tanggungjawab insan. Bersyukurlah.^-^

tahun depan dah grad, boleh ke datang sini lagi, buat talk. =_= ambil ibrah dan semangat dari beliau, moga lahir lagi pemuda begini. insyaAllah.

Ustaz hilal. Banyak yang dapat daripada beliau. Serius. Ulasan beliau mengenai matang; matang ialah orang yang faham agama, dan amalkan agamanya dalam hidupnya. Selagi ia tak asimilasikan Islam dalam hidupnya betul-betul, selagi itu ia belum matang. Biarlah ia belajar sampai ke master, PhD sekalipun, tapi selagi tidak kenal Islam itu, tiada apa bagi ia. Benarlah, cantik yang sebenarnya ialah cantik yang dikatakan cantik oleh syara’ . dan hodohnya ialah apabila hodoh pada sisi syara’ . pandangan manusia kerdil sekali, jika dibandingkan pandangan Ilahi.

Sebab itu, Allah rakamkan dalam surah Al-Asr. ‘’demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. KECUALI mereka yang beriman dan beramal soleh. Berpesan-pesan pada kebaikan (kebenaran ) dan berpesan-pesan pada kesabaran. “

Itu mereka. Mereka yang berIMAN. Hebatnya , ajaibnya orang beriman, ialah apa-apa yang mereka buat ialah semua yang baik-baik. Jika ada keburukan yang kerap dilakukan, mana ajaibnya ISLAM? Hmm~~ fitnah, fitnah . banyak fitnah pada agama. Oleh; ummat sendiri. Tegarnya.

MUSLIM itu pabila diuji , ia SABAR,
MUSLIM itu pabila diberi nikmat, ia BERSYUKUR.

Reality peranan pelajar agama di Malaysia.

Ustaz ustazah yang bagaimana yang ummat Islam di Malaysia mahu. Payah punya soalan. Ustaz yang boleh membawa jiwa ummah pada Allah. Bukannya ustaz yang hanya pandai berceramah di TV, membedah kitab, menceritakan sirah-sirah Nabi dan sebagainya. (Bak istilah ustaz sufyan – ULAMA GOOGLE.) Heh~~ yang dipinta ummat ialah ustaz yang boleh jadi murobbi, penyelesaian buat masalah ummat . bukan hanya berkata “ jadilah budak baik” . sekadar nasihat tanpa tindakan dan menyentuh hati mad’u , takkan mampu ubah masyarakat.

Kenapa mahu jadi ahli agama?
mungkin ada yang menjawab, ‘result aku tak gempak , so, ambil bidang agama je lah. Senang sikit’

Alahai, agama – subjek mudah? Selain kena uji dengan manusia, dengan doctor-doktor, kami diuji(ditanya) oleh Allah, tahu! Ramai orang pandang remeh. Bidang agama bukan mudah-mudah sahaja mahu didalami, ia perlu sangat-sangat pada aplikasi. Terus, buat apa belajar, kalau tidak mahu menghayati?

‘rangka strategi untuk ubah apa, anda takkan mampu ubah apa-apa tanpa merancang’
percayalah , takkan Berjaya kalau hanya dengan kata-kata. Itu ialah untuk saya, mungkin selama ini saya hanya hanya pandai berkata-kata. Tak mengaplikasi pada perbuatan. Lupa yang saya sebenarnya ada Tuhan. Allah, aku lemah. Bantulah ummat ini, sesungguhnya mereka tidak tahu.

Mungkin setakat ini dahulu. Pulangnya semalam atas kesedihan dan keredhaan, berpisah dengan sahabat-sahabat mu’tah dan mafraq yang disayang. Ujian untuk kami, berpisah berbatu-batu, tapi hati kami bersatu atas tujuan yang satu. Berikan kami kejayaan yang bermanfaat buat kami. MUMTAZ tak menjamin akhlak Quran dan Nabi-nabi untuk kami, tapi jadikanlah kami sebaik-baik hamba Mu, baik dalam bersahabat, baik dalam bermuamalat, baik dalam ibadat, baik segala-galanya untukmu, ya Allah. Amin..


PUTRAGANU. terbaiklah~




Salam sayang dari Irbid, kusayang anda semua.~ *terharu. Terima kasih Allah.

Thursday, December 1, 2011

PUISI; begitulah insan









akhir-akhir ni, kerap pula berpuisi, bercerpen. pada hal exam dah dekat. tak mengapalah, ye itu dinamakan haq pada diri.
ini hasil komitmen pada kelab penulisan. :-) ada hikmah kenpa dituntut sebegitu.
baiklah, enjoy! kalau tak best, biasalah, budak2~ :)

Seindah-indah kicauan burung menghiasi petang,
Sayup-sayup azan kedengaran,
Tiada perbahasan antara alam,
Tatkala siang bertukar malam,
Dan malam tak segan bertukar siang,
Bukankah Tuhan menciptakan malam untuk beradu menanti siang,
Sepertimana Tuhan titiskan hujan buat persiapan kemarau panjang.

Namun manusia masih begini,
Kaku dari mengerti tarbiyah suci dari Ilahi ,
Terus rakus membangkang fitrah duniawi,
Malam yang panjang disoroti dengan dosa berpanjangan,
Tatkala bulan menzahirkan badan,
Semakin galak ia membelah malam,
Kononnya mahukan ketenangan.

Aku tertanya sendiri,
Tidak penatkah mereka hidup berjahiliyah dalam hati,
Tidak gentarkah mereka dengan azab Ilahi,
Nafsu syaitan tak lekang menyelubungi diri,
Keimanan kepada Tuhan sudah ditolak tepi,
Bukan mereka tidak mengerti,
Tapi kerana keegoan yang merajai hati.

Bila nafsu tidak lagi cuba dilawan,
Yang difikirkan hanyalah keseronokan,
Yang secara hakikinya bukanlah berpanjangan,
Namun itulah hakikatnya insan,
Pabila kealpaan tanpa peringatan,
Terus hanyut bagai burung yang membelah awan,
Terbang dan terus terbang tanpa pengawasan.
Duhai insan ! bangkitlah dari lena nan panjang!

menggapai fateh dalam perjuangan. :-)

sayangnya Rasul pada Abu Talib.

dari sa'id bin musayyab ra dari bapanya , katanya " Ketika Abu Thalib hampir meninggal, Rasulullah saw datang mengunjunginya. Didapati baginda di sana telah berada Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Mughirah . Sabda Rasulullah saw , "wahai bapa saudaraku, ucapkanlah La Ilaha Ilallah , iaitu satu lafaz yang aku akan menjadi saksi bagi kamu nanti di hadapan Allah. " Kerana itu, Abu jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah berkata, "wahai Abu Thalib, bencikah anda kepada agama Abdul Muthalib " . Rasulullah saw terus sahaja mengajarkan dan mengulang-ulang ucapannya itu , tetapi akhirnya Abu Thalib mengatakan kepada mereka bahawa beliau tetap memeluk agama Abdul Muthalib dan enggan mengucapkan La Ilaha Ilallah . sabda Rasulullah saw , " demi Allah , Akan kumohonkan keampunan bagi kamu selama aku tidak dilarang melakukannya" . Lalu Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat (surah taubah : 113 )
" Tidak pantas bagi Nabi dan orang yang beriman memohon ampunan (kepada Allah ) bagi orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat(nya), setelah jelas bagi mereka orang musyrik itu neraka Jahannam." .

Kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan pula ayat yang bertalian dengan peristiwa Abu Thalib , (surah al-Qasas : 56 )
"sungguh, engkau (muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki , dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk"


(shahih muslim )




bersyukurlah, kerana Tuhan kukenal Islam. Allah, kekalkan nikmat iman, capaikanku tahap ihsan. hidayah hanya milik Tuhan, moga aku tak terumbang-ambing dalam kegelapan. jahiliyah masa dulu biarkan kenangan, hiduplah sebagai bekas ahli maksiat, bukan bekas ahli ibadat. takut nikmat iman itu, tak dapat dikecapi lagi jika terlepas dari memiliki. kekalkanlah....
di sisi generasi pembangun ummah!
- fateh -

Friday, November 25, 2011

cerpen adha.

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk post blog kali ini.
ini mahu kongsikan satu cerpen . cerpen pertama rasanya yang saya buat. =_=
tapi naseblah, sebenarnya ini aktiviti kelab penulisan, tapi tersilap baca soalan. terlebih rajin pulak ye. suruh buat satu perenggan , tapi buat satu cerpen panjang. apa pun. enjoy aje la, (kalau boleh enjoy) :-)





......................................................................................

’Allahuakbar , Allahuakbar, Allahuakbar …

La ilaha ilallah huallahuakbar …”

Takbir terus berkumandang memecah kesunyian pagi itu. Tenang sekali. Setenang hati hamba-hamba Allah yang beriman kepadaNya di muka bumi. Mungkin tatkala ini ramai yang sedang menghayati keagungan Ilahi yang telah menganugerahkan satu hari kemenangan buat umat Islam. Memperingati kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anak tercinta demi cinta Yang Maha Agung. Semua bergembira di hari mulia, sedangkan umat Islam yang lain mungkin ada yang sedang berduka.

“Alhamdulillah…” terlafaz juga dari mulutku. Hari raya tahun ini mungkin berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Lebih dua bulan berada di bumi Jordan banyak mengajar erti kehidupan. Erti kegembiraan, erti kesedihan, erti kerinduan , terutamanya erti pengorbanan . bertepatanlah dengan perayaan hari ini. ‘Alhamdulillah, setidak-tidaknya aku termasuk hamba Allah yang sedang berkorban demi mencari redhaNya. Tapi mungkin sedikit berbeza, bukan untuk berperang seperti di Gaza mahupun Syria . Aku dengan niat yang jitu dan insyaAllah dipandang mulia di sisi Allah . Menuntut ilmu ‘ . Bumi Jordan . masih banyak yang mampu aku dapatkan di sini. Cuma mengambil masa, mungkin. Sebulan dua berada di sini mustahil dapat mengorek segala khazanah yang ada di sini.

“Assalamualaikum, ayah. Apa khabar orang ganu? Lama dah tak dengar berita, sihat ke?” .Panggilan ke kampung halaman memang menjadi kewajipan di hari istimewa begini. Maklumlah, pertama kali berjauhan di hari perayaan.

“waalaikummussalam. Alhamdulillah, sihat je. Kamu tu, lama dah menghilang . mak kamu ni duk tanya-tanya mane tak telefon pun. Iyelah, kat sana baru pagi,kan. Kat sini dah dekat petang, dah habis pun melapah. “ suara si ayah menyapa di hujung talian. Ahh…rindunya pada keluarga.

Mungkin raya kali ini ada ibrah yang lebih berharga yang dapat aku kutip. Cuma perlu bertabah. Rindu, tetap rindu. Mana mungkin aku lupakan keluarga, ibu ayah, kakak abang, nenek dan saudara mara di kampong. Segalanya terserah pada pengalaman tahun pertamaku di sini. Semoga baik-baik sahaja.

Senyum .

…………………………………………………..

Hari ini, ada program melapah daging. Semalam, hari pertama raya Aidiladha , aku Cuma menghadiri rumah-rumah terbuka di rumah senior. Tiada yang istimewa melainkan makanan yang dirindui di Malaysia. Ada kakak-kakak seniors yang masakkan barulah dapat merasa rendang, soto, nasi himpit dan sebagainya. Mahu harapkan diri sendiri dan rakan sebilik, alamatnya tunggu tahun kedua dulu gamaknya.

Pagi itu merupakan giliran aku dan sahabat-sahabat usrahku untuk memotong daging. Suasana di Bayt PERMAI agak sesak dengan insan-insan yang kukagumi. Hebat sekali. Berada di Negara orang menjadikan kami cukup berdikari. Mula dari sembelih, kemudian melapah dan sekarang ialah masa untuk memotong daging sebelum disimpan ke dalam freezer. Tapi , kebanyakannya syabab yang mendominasi, akhowat hanya mengambil bahagian dalam pengurusan jadual, dan memotong apa-apa yang patut. Memang terkejut juga, memasak pun diambil oleh syabab . takjub, takjub.

Mungkin ini menjadi pengalaman manis yang boleh masuk dalam senarai memorabilia hidup aku. Ruang bilik hanya dipecahkan keheningan dengan suara mesra akhowat . agak bebas jugalah, memandangkan syabab hanya mengambil tempat di luar rumah ,mengambil bahagian melapah kulit lembu dan kambing. Berdentum-dentam bunyi papan pemotong dihentam pisau pemotong. Bising betul. Katanya akhowat tidak biasa buat kerja dapur, benarkah? Wallahua’lam. Dah tolong potong-potongkan pun kira bersyukur.

Sewaktu aku sedang memerhati gelagat akhowat yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing, aku terlihat seorang makcik di atas sofa di satu sudut ruang rumah . pelik juga, dalam kalangan orang Melayu yang belajar, ada seorang makcik yang rasanya sebaya dengan mak aku. ‘takkanlah pelajar juga? ‘ hatiku terdetik.

Kemudian, aku mendekati wanita tersebut. Rasa rindu pula pada ibu di kampung .

“Assalamualaikum, mak cik. Maaf, ye. Err…. Mak cik dari mana, ya?Ada anak ya kat sini? “ aku mulakan perbualan santai pagi itu.

“waalaikummussalam. Makcik dari Perak . tak adalah, anak saudara. Tu ha…” kata makcik tersebut sambil menuding jari telunjuk ke arah anak saudaranya. “teman dia beraya kat sini. Emaknya ada, kat rumah. Tak larat nak datang , penat sangat berjalan minggu ni. Jelajah Jordan . “ Makcik tersebut senyum meleret. Ahh…saling tak tumpah wajah ibuku.

“ohhh…. Lama dah ke datang sini? Baru kali pertama Nampak mak cik kat sini.” Aku memulakan persoalan. Sekadar berbasa-basi, setidak-tidaknya boleh hilangkan penat memotong-motong daging dan bahan-bahan masakan yang sedari tadi, baru berehat.

“seminggu lebih jugaklah. Penuh aktiviti makcik . duk jalan-jalan kat Petra, Aqobah, Mu’tah…. Banyak tempat sejarah kat sini. Menarik… tapi, Allahuakbar , penat berjalan ! dah la duit habis macam tu aje. Memang kalau nak pergi jalan-jalan, duit kena ada kat tangan la, tak boleh cukup-cukup makan.” Panjang lebar mak cik bercerita. Sekali-sekala mendengar celoteh orang tua, seronok juga.

“ohh…betullah tu. Tapi mak cik dah sampai sini, boleh beraya ngan anak saudara , kira orang senang jugaklah,kan.. gembira betullah anak saudara makcik. Kena suruh jugak mak datang sini ni. Boleh merasa beraya di tempat orang. “

“hmm… makcik dengan mak dia ni bukan apa. Nak kata berduit tu, tak adalah sangat. Si Raudhah tu (bukan nama sebenar) baru kematian ayah. Tu yang datang teman. Takutlah dia kesunyian. Tak sampai hati jugak ,” tutur mak cik tersebut. Aku terpana. ‘kematian ayah? ‘ . Allah…. Hebatnya ujianMu untuk hambaMu itu.

“innalillah… iye ke , mak cik. Minta maaf , saya tak tahu menahu pulak. Lama dah ke meninggalnya? “ aku cuba untuk mengetahui lebih lanjut. Mana tahu aku boleh berikan sebanyak mungkin sokongan untuk akhowat yang dimaksudkan. Walaupun pada ketika itu aku masih tidak mengenalinya , memandangkan dia ialah mahasiswi tahun ketiga, sedangkan aku baru setahun jagung.

“Adalah dalam dua bulan lepas. Baru lagi. Tapi tengok keadaan dia , elok aje tu. Alhamdulillah.eh, adik ni, namanya apa? Tak payahlah panggil ‘makcik’-‘makcik’, panggil mama lah senang. Anak saudara mama pun panggil ‘mama’ jugak. “

Mama? Aduhhh…rindunya pada ibu.

………………………………………………………………

Dalam perjalanan pulang ke sakan , aku masih terfikir-fikir perbualan aku dengan Mama sebentar tadi. Ahh…tabahnya dia. Sedangkan aku, hidup di sini serba lengkap. Ibu bapaku sihat walafiat seadanya di Malaysia. Aku masih berpeluang mendengar suara garau milik bapaku, milik abang-abangku, suara keibuan ibuku , suara manja adik-adikku. Tapi dia, hari berbahagia di bumi Jordan tidak dihiasi dengan ucapan selamat daripada seorang bapa. Sudah hilang satu nikmat itu. Nikmat yang masih ada pada aku, tapi sejauh mana aku bersyukur.

‘Alhamdulillah, Alhamdulillah’ . hatiku tidak lekang rasa syukur. Aku harus bersyukur selagi aku bisa bersyukur. Semoga Allah permudahkan urusan insan-insan yang sedang tegar berkorban demi meraih cinta agung Tuhan. Menuntut ilmu di bumi Anbiya bukanlah semudah yang disangka . perlukan pengorbanan masa , waktu dan tenaga. Bukan mudah mahu melepaskan keluarga di tanah air tercinta. Namun, aku redha dengan ujian dariNya. Moga akhowat dan syabab Malaysia terus tabah di bumi Jordan walau apa pun ujian melanda. Soal hidup dan mati, serahkan pada Yang Maha Berkuasa. Kita yang masih hidup perlu menghargai hari-hari yang mendatang, agar ia bias menjadi bekal di akhirat nanti. Salam Aidiladha. Pengorbanan perlukan kekuatan iman.

Thursday, November 24, 2011

short post ; mengutip ibrah dari ia.

video

serius! menangis tengok video ni. moga Allah rahmati Tok Guru Nik Abdul Aziz ...moga segala usaha yang dikerah mendapat tempat pada pandangan Allah, Tuhan Sekalian Alam.

ramai yang kata, jangan terlalu taksub dengan Tok Guru. huh~ sekarang tiada alasan untuk taksub sebenarnya. cuma mengagumi ketinggian ilmu. bukankah ulama itu waris para nabi. dan saya tak nampak lagi apa kesalahan Tok Guru ini pada masyarakat dunia, (malaysia terutamanya). hmm~ mungkin ada yang berpendapat , golongan ber'agama' mesti memuja.
hakikatnya, kami hanya mengagumi, dan doaku, Allah...ampuni beliau dan ampuni mereka yang memfitnah, membenci dan meminggir.redhailah...

p/s; saya kurang setuju dengan istilah golongan ber'agama' . ustaz ustazah, mahasiswa, graduan jurusan syariah sahajakah yang mahu masuk syurga? yang sedang berjuang demi agama? ahh..dunia dah pelik. agama dan kehidupan sudah dipisahkan. sebab itu makin lama makin banyak ikhtilaf. yang peliknya , dengan ulama pun mahu berkhilaf.
kadang-kadang hukum dunia @ barat lebih diagungkan daripada hukum Allah..berat, berat...!


hamiz. short post. kongsi rasa cuma.

Sunday, November 20, 2011

bila ada 'dia'

Apabila seorang sahabat menghargai sahabat lain, apatah lagi, dalam diam, betapa berharga jadinya sebuah persahabatan itu. Dan sekarang, saya mahu membawa kalian menghargai hubungan kasih sayang antara sahabat, tanpa mereka mengetahui, bukankah itu tanda keikhlasan? J

Di langit biru itu aku menangkap ketenangan,

Di langit nan indah kupetik nilai kemanusiaan,

Di tengah-tengah keheningan pagi kugapai satu noktah kebahagiaan,

Pernah kubahagia dalam hidup,

Walaupun kutahu keluargaku tiada di sisi,

Kakanda yang dulunya sentiasa mengisi kekosongan hati tiada di sini,

Namun kulihat pada ‘dia’,

Kutoleh pada tingkahnya,

Nyata ‘dia’ istimewa,

Pabila aku resah, aku gundah, ‘dia’ ada bersama,

Memahami detik-detik kesukaran,

Tatkala kesusahan mengisi uncang kehidupan,

Moga aku tidak kelalaian dalam mencari redha Tuhan,

Payah!

Memang payah mahu menghargai nilai seorang teman,

Bila kesunyian aku mencari,

Bila kealpaan aku yang dicari,

Benarlah kata orang “ ukhuwah itu pabila diimplementasi dengan hati,

Natijahnya membuah budi pekerti,

Susah senang tetap sehati,

Sejiwa dalam membentuk inspirasi”,

Bukan ketinggian ilmu yang kucari darinya,

Bukan ketinggian pangkat yang kudambakan padanya,

Bukan juga sekaut harta yang kuminta daripadanya,

Tapi yang kurayu, ialah selaut kasih sayang dan kejujuran,

Yang bisa membawa aku kepada Tuhan.

Kini, aku memahami erti ukhuwah dalam keimanan,

Tatkala berukhuwah bertaut sayang,

Terus , hati itu kembali pada Tuhan,

Walaupun badai ombak ganas datang menyimpang,

Tetap teguh meredah medan ,

Moga segalanya kian tabah,

Bersama insan bernama teman,

Allah.. aku minta padaMu,

Moga Kaukekalkan ia,

Di hatiku..

Tuesday, November 15, 2011

post ringkas ; cuak

alhamdulillah.
tiba juga harinya.
heh, cuak juga , 'exam -fever' ni.
bangun awal pagi. buka laptop (sempat lagi~)
kemudian, belajar dan belajar. kadang-kadang perlu beri masa untuk diri, itu yang menulis ni.

inshaAllah, pukul 12.30 petang nanti ada 'exam' . first exam sepanjang berada di bumi anbiya' ni. bagaimanalah agaknya. insyaAllah, i just think positive , so i won't be too nervous. Arabic doesn't make much senses. insyaAllah, kheir. Allah ma'ana.

ila asdiqo! bittaufiq. sesungguhnya , perjuangan jihad, mana ada yang mudah?

"dan tidaklah semua kamu keluar berperang. mengapa tidak ada segolongan kamu yang menuntut ilmu agama (tafqquh fiddin) untuk memberi peringatan kepada kaumnya setelah mereka kembali, agar mereka dapat menjaga diri." at-taubah:122

fardhu kifayah terletak di pundak kita. tafaqquh fiddin. ada dalam Quran? alhamdulillah, Allah memberi peringatan.

salam exam fever... Allah sebagai sebaik-baik penolong..kemudahan? ada pada DIA..

-perjuangan Fateh diteruskan, insyaAllah.:-) smile mujahadah~~







kalo nak jadi book worm, jangan jadi last-minute reader..:)

Friday, November 11, 2011

sanah helwah kakakku~

12/11/2011

Tarikh keramat!

Saya tidak pasti ini tarikh yang memberi makna atau tidak untuk insan yang tidak asing dalam hidup saya, Norhafizah binti Ruslan. .

Jika orang barat, apabila tiba hari lahir, orang yang diraikan yang menyatakan pengharapan di hadapan kek, di hadapan lilin, kemudian diberi hadiah bermacam-macam. Tapi sekarang, saya mahu ubah konsep itu, boleh,kan. Sekarang, saya mahu yang meraikan mendoakan yang dirai dan yang meraikan menyatakan pengharapan yang menggunung untuk yang dirai. Dan yang dirai juga perlulah menyatakan rasa syukur dan terima kasihnya. Pada siapa? Pada insan yang menyebabkannya wujud, menjadi khalifah di dunia; seorang emak dan Tuhan Pemilik hati dan jiwa manusia , Allahu Robbul Jalil. J

Mungkin terlalu awal ataupun mungkin juga lewat tatkala tuan hamba membaca warkah ini. Biarlah, ada aku kesah? Asalkan ko bace ^-^

“dear my only sister,

Mungkin dulu tak terasa yang fizah ruslan ialah satu-satunya sister, sebabnya ada di Malaysia, siapa mahu ambil kira. Sekarang, baru terasa, betullah! Dia satu-satunya kakak yang aku ada. Dan sekarang, aku di Jordan dan dia di Malaysia. Sekarang dia ialah ukhti yang kuharapkan untuk jadi penghibur duka ayah bonda di sana. (amboi, ayat~ xpe la ye, ada aku kesah?) jadi, sila pegang satu tanggungjawab ni; jadi ‘golden; mok ayoh. Dan sila balik sokmo, sebabnya orang dop pasti balik ke dop tahun depan. Wallahua’lam.

Baiklah. Itu soal persaudaraan. J sekarang, pengharapan setinggi gunung buat insan yang sedang menyambut sanah helwah. Bahagiakah? Anda sedang menua, ya fizah! Maknanya umur semakin pendek. Saya, selaku adik sendiri, saya tidak pastilah kakakku yang seorang ini mahu menjadi apa. Cuma yang saya pasti, dia mahu menjadi yang terbaik untuk keluarga, dan ‘responsible’ pada keluarga. Fizah ruslan! Bukan mudah tu. Tapi cubalah! Junjung cita-cita anda , supaya hidup ini ada matlamat. Dan matlamat pula halal di sisi Allah, semestinya. inshaAllah. Ini ada sikit kata-kata ,

“beramal ibadatlah seperti engkau akan mati esok, dan bekerjalah seolah-olah kau akan hidup selamanya “

Apa kita lihat sekarang, ramai orang baik-baik. Apatah lagi kat Jordan ni. Berlambak. Rasa diri hamba ni, kerdil yang teramat. Tapi, yakinlah selagi, kita tak tersalah niat, dan berjuang , berhidup bertuhankan Allah . berkasih kerana Allah (fuuhh!) , inshaAllah syurga itu jaminan DIA. Tapi perlu ingat, bergantung pada terma dan syarat, iaitu IKHLAS & BERTEPATAN SYARA’ .

Saidina Ali pernah berkata ;

‘’ jika antara sepuluh orang, hanya seorang yang masuk syurga, aku akan pastikan yang akulah seorang itu”

Dan sila pastikan, kitalah orang itu. Berjuang itu bukannya mudah, sebab ganjarannya cukup indah. Iaitu SYURGA ALLAH. Semua insan di’momok’kan dengan syurga, tapi tak ramai yang bertindak sekarang untuk dekatinya. Jadi, moga kita antara insan yang mendekat~

“dan setiap umat mempunyai ajal . apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun” al-a’raf ;34

Saya ingin bawa anda mengingati mati. Sebab itu ciri orang yang paling bijaksana, jadi, jom jadi bijak. Carilah hati sewaktu membaca al-quran, jika tak kaujumpai, carilah ia di dada solat, jika tak kaujumpai carilah ia ketika mengingati mati, jika tak kaujumpai, pintalah hati yang ‘baru’ kerana hakikatnya ketika itu kau sudah tidak punya hati.

Baiklah, baik di Malaysia mahupun Jordan, ajal bakal datang bila-bila masa. Kupohon kita dalam kalangan ummat Muhammad yang dikasihi-Nya.

Doakan aku di sini, ya Fizah Ruslan.

SELAMAT HARI LAHIR. Apa-apa pun, moga dipanjangkan umur, untuk ibadah dan pengorbanan yang lebih . J

p/s: bila nak mai cni? And bila hang nak menikah? :P

-irbid, sampaikan salamku di angina lalu~! (fuhh, jiwang.)

From ur dearest sister, inshaAllah.

Hamizah Ruslan ----<@ “