Saturday, April 20, 2013

Dear students from the experienced

Bismillah .

Mahasiswa ataupun lebih tepat lagi siswa timur tengah . Apabila disebut begitu , tanggapan orang cukup tinggi . Mereka hebat , mereka role model , mereka 'jaguh ugama' apabila pulang ke tanah air . Namun , kadang-kadang tanggapan yang melambung membunuh realiti dan harapan rakyat tanah air .

Realitinya , banyak ruang dan peluang bisa diambil di negara timur tengah , ataupun luar negara secara umumnya . Pengalaman , ia cukup berbeza . Peluang bertutur dan berbahasa Arab cukup berbeza . Peluang berdampingan dengan sheikh-sheikh Arab cukup istimewa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat di Malaysia .

Dalam seluas-luas peluang banyak juga cabaran .Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid ( PERMAI ) , mencatatkan hampir 1500 lebih ahli . Ramai . Berapa ramaikah yang mempunyai kesedaran total untuk menuntut ilmu dan balik ke Malaysia menjadi du'aat (pendakwah) yang mampu menegakkan kebenaran dalam lautan kebatilan walaupun ditujah dengan cacian ?

PERMAI . Turut mencatatkan gabungan eksklusif siswa dan siswi perubatan dan pergigian serta siswa dan siswi JUST dan Yarmouk . Dalam kita ingin memartabatkan agama Islam , kita selaku Muslim , berapa ramai yang menyedari ilmu perubatan dan pergigian yang kita dalami adalah berpaksikan Islam kecuali sesuatu yang menggunakan unsur-unsur haram seperti bahan-bahan yang melibatkan sumber haram . Perubatan yang berlaku di hospital , klinik dan pusat kesihatan bukan bermakna tidak Islam . Persepsi masyarakat ialah apabila disebut tentang perubatan Islam , ia merupakan perubatan jampi-jampian dan berasap kelam . Padahal , bedah juga ialah Islamic treatment . Ubat-ubatan juga merupakan Islamic treatment . Selagi mana tiada yang mengharamkan , ia merupakan Islam punya ajaran . Jadi , tidak hairanlah jika kita lihat siswa yang mengambil bidang kedoktoran yang menyedari betapa 'Islam'nya mereka dalam bidang ini , mampu menjadi Muslim yang lebih baik daripada Ustaz dan Ustazah .=D

Itu dari sudut ilmu profesional . Ilmu yang berbentuk fardhu kifayah yang tidak melibatkan nas-nas al-Quran secara langsung walaupun hakikatnya jelas perkaitannya .
Siswa Yarmouk . Istimewanya mereka . Mereka punya;
-sheikh arab
-penguasaan bahasa arab fushah atau ammi
-kawan arab
-kitab berlambak
-dan lain-lain . Banyak lagi lah .

Tapi , sudah tahun 2 , bahasa Arab masih tergagap-gagap , kitab-kitab tak banyak yang sudah khatam , kelas-kelas agama tak hadir secara total . Banyak nilai tambah yang terlepas pandang . Yarmouk ; memang tak dinafikan sangat banyak waktu lapang . Mana tidaknya , kelas hanya 18 jam seminggu ataupun paling banyak 21 jam seminggu . Dalam sehari , hanya tiga hingga empat kelas dan waktu lapang diberi pilihan sepenuhnya pada siswa sama ada ingin melapangkannya di rumah , perpustakaan , talaqi , bersama di kelas sheikh-sheikh jami'ah atau apa saja . Ilmu yang dituntut tidak terancang bakal membawa pulangan yang turut tidak terancang .
Saya tidak rasa semua kelas tambahan patut dihadiri oleh setiap siswa . Semuanya punya prioriti masing-masing . Mungkin ada yang memilih untuk memfokuskan bidang hadis , atau tafsir , atau perbandingan agama dan sebagainya . Mengikut pilihan siswa .

Yang jelas kerugiannya ialah escapism dalam persatuan dan kelas-kelas di luar qarar jami'ah . Lahirnya tokoh-tokoh hari ini , adalah daripada kerajinan , bukan kemalasan dan memfokuskan semata-mata akademik serta mengabaikan yang tiada penilaian atas kertas putih (muaddal) . Bak kata UZAR ,

"Syurga untuk orang rajin , bukan orang malas ."

Kadang-kadang saya terfikir . Sejauh mana siswa agama mementingkan pelajaran dalam kegiatan hidup mereka . Pembacaan ; adakah ia menjadi benda wajib dalam kehidupan seharian . Apatah lagi membaca Al-Quran terutamanya . Fenomena 'uzlah' (mengasingkan diri) daripada aktiviti persatuan untuk luangkan masa mengulang kaji pelajaran hanya masyhur dalam kalangan pelajar perubatan dan pergigian sahaja . Siswa agama jarang mempunyai masalah untuk menghadiri program walaupun keesokan harinya merupakan hari peperiksaan.
Saya puji pengorbanan ini , tapi saya bimbang pada sensitiviti.

Keberkatan .

Dalam masa , keberkatannya ialah pada berfaedahnya suatu kerja . Tanda masa berkat , ialah sempat . Kita sempat buat banyak jenis kerja dalam masa yang singkat . Kita rasa cukup dengan masa yang ada untuk selesaikan segala macam tugasan yang ada . Membuat assignment , membaca buku silibus , membaca buku bebas silibus , melatih soft skill diri melalui pengucapan awam dalam program , melibatkan diri dalam persatuan . Perkara-perkara ini terlalu banyak jika mahu disentuh pada satu masa . Tapi kita punya banyak masa , bukan satu , tapi 24 jam yang kita ada . Masakan tidak cukup ? =D By time , kita akan belajar untuk lebih menghargai dan lebih 'menyempat' .

Dalam ilmu . Bukan peratus ataupun pointer itu pengukur keberkatan . Tapi , pengamalan suatu ilmu pengukur manfaat dan berkat . Ada orang , tidaklah secemerlang mana di atas kertas , tapi pensyarah sayang , dan manfaatnya pada masyarakat jauh lebih besar berbanding mereka yang cemerlang atas kertas tapi bukan dalam Public Relation ataupun sosial dalam masyarakat .
Saya bukan mahu menggalakkan siswa untuk terlibat penuh dalam persatuan dan aktiviti kemasyarakatan tetapi lemah dalam bidang yang diceburi . Tidak dinafikan ilmu di dalam bidang masing-masing sangat dhoruri (penting) lebih-lebih lagi selaku pimpinan dalam persatuan . Fathi Yakan ada menyebut di dalam bukunya 'Bila YB Berbicara Parlimen Islam'(terjemahannya):
"Belajarlah sebelum kamu menjadi pemimpin supaya apabila kamu menjadi pemimpin kamu tidak berhenti belajar "
 Orang berilmu sangat dihormati dalam masyarakat . Tapi orang yang beramal lagi mendapat tempat di hati masyarakat . Berilmu dan beramal dengannya merupakan dua elemen penting bagi seorang mahasiswa yang bakal mengambil tempat dalam masyarakat suatu hari nanti .  Namun , orang yang beramal tanpa ilmu , mudah sesat . Orang yang berilmu tanpa amal , maka akan menyesatkan , kerana mungkin dia akan menggunakan ilmunya untuk tujuan peribadi dan kepentingan pihak tertentu tanpa mengambil endah soal adab menuntut ilmu .

Kesimpulannya , siswa agama perlu lebih cakna pada sensitiviti ilmu agama untuk dikuasai sehingga ke akarnya , dan memasang perancangan perjalanan sebuah kehidupan sebagai seorang da'ie (pendakwah) yang bermanfaat untuk orang lain , masyarakat di tanah air secara umumnya .  Dan siswa selain agama , mereka juga ialah wakil agama , duta agama selagi mana mereka itu Muslim . Islam itu rahmatan lil'alamiin (rahmat sekalian alam) . Segalanya , hatta sekecil-kecil ilmu masakan dan jahitan ada perkaitannya sama ada dari sudut kehalalan dan perihal memegang hati insan .
Maka , sebarkanlah salam (Islam) .

=D insyaAllah , selamat menjadi du'aat ! Supaya di dunia dan akhirat , kita sentiasa selamat !

#Tulisan ini sedikit sebanyak merupakan petikan daripada pengisian bersama Ustaz Rozaimi , Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman , Ustaz Farid Ravi  dan Ustaz Ihsan Fadhli .

Jordan .
10.00 malam . 20/2/2013 . Sabtu .

Thursday, April 4, 2013

Farewell ~

Hari itu . Happy ja semua . Tiada apa yang berlaku . Tiada perasaan pun . Esoknya exam . Cuak , duk pegang buku je lah . Tak layan perasaan sangat .

Sikit lagi nak masuk dewan . Annual Grand Meeting AGM PERMAI 12/13 .
Presiden panggil suruh berkumpul depan dewan . Depan pintu masuk je .
Muhasabah sikit . Presiden bagi ucapan, lepas tu senior Ulya pulak . Alhamdulillah , insyaAllah 0-0 . Lega dah . Semua saling memaafkan . Tak ada dendam dendam lagi dah .

Habis ucapan . Presiden baca doa. Khusyuk . Semua senyap .
"Ya Allah , Kau ampunilah segala dosa kami ya Allah , jangan Kau jadikan tanggungjawab yang tidak tertunai sebagai penghalang untuk kami masuk ke syurga Mu ya Allah . Kau ikatkanlah kami dengan jambatan ukhuwah yang telah sedia kami bina sepanjang  sesi ini ya Allah . Jadikanlah kami insan yang sentiasa mengharapkan redha Engkau ya Allah . Ampunilah kami ya Allah ..."

*It's raining !! * *basah* T-T ..

Semoga Allah ikat hati-hati supaya sentiasa syar'ie .

Habis sudah sesi 2013/2013 . Masuk sesi 2013/2014 .
Semoga Allah ampunkan amanah yang tak tertunai , semoga Allah lancarkan apa yang bakal ditunaikan . Kepada pimpinan sesi 2012/2013 , semoga pengalaman dan jerit perih kita dihitung sebagai saham ke syurga , dan semoga dengan jasa dan pengorbanan itu menjadi sebab rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersama !


Ukhuwah Fillah . SYAR'IE . Bukan senang , tapi cubalah . Terbuka jangan sampai Hanyut , Tertutup jangan sampai Jumud .

*Happy Ending ... kot ! ^^V





New Session with a new HOPE .
Semoga Allah iringi langkah dengan hidayah ..
Tegurlah andai aku salah ,
Kuatkanlah andai aku lemah !

HR 93 . .