Thursday, December 1, 2011

sayangnya Rasul pada Abu Talib.

dari sa'id bin musayyab ra dari bapanya , katanya " Ketika Abu Thalib hampir meninggal, Rasulullah saw datang mengunjunginya. Didapati baginda di sana telah berada Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Mughirah . Sabda Rasulullah saw , "wahai bapa saudaraku, ucapkanlah La Ilaha Ilallah , iaitu satu lafaz yang aku akan menjadi saksi bagi kamu nanti di hadapan Allah. " Kerana itu, Abu jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah berkata, "wahai Abu Thalib, bencikah anda kepada agama Abdul Muthalib " . Rasulullah saw terus sahaja mengajarkan dan mengulang-ulang ucapannya itu , tetapi akhirnya Abu Thalib mengatakan kepada mereka bahawa beliau tetap memeluk agama Abdul Muthalib dan enggan mengucapkan La Ilaha Ilallah . sabda Rasulullah saw , " demi Allah , Akan kumohonkan keampunan bagi kamu selama aku tidak dilarang melakukannya" . Lalu Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat (surah taubah : 113 )
" Tidak pantas bagi Nabi dan orang yang beriman memohon ampunan (kepada Allah ) bagi orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat(nya), setelah jelas bagi mereka orang musyrik itu neraka Jahannam." .

Kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan pula ayat yang bertalian dengan peristiwa Abu Thalib , (surah al-Qasas : 56 )
"sungguh, engkau (muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki , dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk"


(shahih muslim )




bersyukurlah, kerana Tuhan kukenal Islam. Allah, kekalkan nikmat iman, capaikanku tahap ihsan. hidayah hanya milik Tuhan, moga aku tak terumbang-ambing dalam kegelapan. jahiliyah masa dulu biarkan kenangan, hiduplah sebagai bekas ahli maksiat, bukan bekas ahli ibadat. takut nikmat iman itu, tak dapat dikecapi lagi jika terlepas dari memiliki. kekalkanlah....
di sisi generasi pembangun ummah!
- fateh -

No comments:

Post a Comment