Thursday, December 1, 2011

PUISI; begitulah insan









akhir-akhir ni, kerap pula berpuisi, bercerpen. pada hal exam dah dekat. tak mengapalah, ye itu dinamakan haq pada diri.
ini hasil komitmen pada kelab penulisan. :-) ada hikmah kenpa dituntut sebegitu.
baiklah, enjoy! kalau tak best, biasalah, budak2~ :)

Seindah-indah kicauan burung menghiasi petang,
Sayup-sayup azan kedengaran,
Tiada perbahasan antara alam,
Tatkala siang bertukar malam,
Dan malam tak segan bertukar siang,
Bukankah Tuhan menciptakan malam untuk beradu menanti siang,
Sepertimana Tuhan titiskan hujan buat persiapan kemarau panjang.

Namun manusia masih begini,
Kaku dari mengerti tarbiyah suci dari Ilahi ,
Terus rakus membangkang fitrah duniawi,
Malam yang panjang disoroti dengan dosa berpanjangan,
Tatkala bulan menzahirkan badan,
Semakin galak ia membelah malam,
Kononnya mahukan ketenangan.

Aku tertanya sendiri,
Tidak penatkah mereka hidup berjahiliyah dalam hati,
Tidak gentarkah mereka dengan azab Ilahi,
Nafsu syaitan tak lekang menyelubungi diri,
Keimanan kepada Tuhan sudah ditolak tepi,
Bukan mereka tidak mengerti,
Tapi kerana keegoan yang merajai hati.

Bila nafsu tidak lagi cuba dilawan,
Yang difikirkan hanyalah keseronokan,
Yang secara hakikinya bukanlah berpanjangan,
Namun itulah hakikatnya insan,
Pabila kealpaan tanpa peringatan,
Terus hanyut bagai burung yang membelah awan,
Terbang dan terus terbang tanpa pengawasan.
Duhai insan ! bangkitlah dari lena nan panjang!

menggapai fateh dalam perjuangan. :-)

No comments:

Post a Comment