Friday, November 25, 2011

cerpen adha.

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk post blog kali ini.
ini mahu kongsikan satu cerpen . cerpen pertama rasanya yang saya buat. =_=
tapi naseblah, sebenarnya ini aktiviti kelab penulisan, tapi tersilap baca soalan. terlebih rajin pulak ye. suruh buat satu perenggan , tapi buat satu cerpen panjang. apa pun. enjoy aje la, (kalau boleh enjoy) :-)





......................................................................................

’Allahuakbar , Allahuakbar, Allahuakbar …

La ilaha ilallah huallahuakbar …”

Takbir terus berkumandang memecah kesunyian pagi itu. Tenang sekali. Setenang hati hamba-hamba Allah yang beriman kepadaNya di muka bumi. Mungkin tatkala ini ramai yang sedang menghayati keagungan Ilahi yang telah menganugerahkan satu hari kemenangan buat umat Islam. Memperingati kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anak tercinta demi cinta Yang Maha Agung. Semua bergembira di hari mulia, sedangkan umat Islam yang lain mungkin ada yang sedang berduka.

“Alhamdulillah…” terlafaz juga dari mulutku. Hari raya tahun ini mungkin berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Lebih dua bulan berada di bumi Jordan banyak mengajar erti kehidupan. Erti kegembiraan, erti kesedihan, erti kerinduan , terutamanya erti pengorbanan . bertepatanlah dengan perayaan hari ini. ‘Alhamdulillah, setidak-tidaknya aku termasuk hamba Allah yang sedang berkorban demi mencari redhaNya. Tapi mungkin sedikit berbeza, bukan untuk berperang seperti di Gaza mahupun Syria . Aku dengan niat yang jitu dan insyaAllah dipandang mulia di sisi Allah . Menuntut ilmu ‘ . Bumi Jordan . masih banyak yang mampu aku dapatkan di sini. Cuma mengambil masa, mungkin. Sebulan dua berada di sini mustahil dapat mengorek segala khazanah yang ada di sini.

“Assalamualaikum, ayah. Apa khabar orang ganu? Lama dah tak dengar berita, sihat ke?” .Panggilan ke kampung halaman memang menjadi kewajipan di hari istimewa begini. Maklumlah, pertama kali berjauhan di hari perayaan.

“waalaikummussalam. Alhamdulillah, sihat je. Kamu tu, lama dah menghilang . mak kamu ni duk tanya-tanya mane tak telefon pun. Iyelah, kat sana baru pagi,kan. Kat sini dah dekat petang, dah habis pun melapah. “ suara si ayah menyapa di hujung talian. Ahh…rindunya pada keluarga.

Mungkin raya kali ini ada ibrah yang lebih berharga yang dapat aku kutip. Cuma perlu bertabah. Rindu, tetap rindu. Mana mungkin aku lupakan keluarga, ibu ayah, kakak abang, nenek dan saudara mara di kampong. Segalanya terserah pada pengalaman tahun pertamaku di sini. Semoga baik-baik sahaja.

Senyum .

…………………………………………………..

Hari ini, ada program melapah daging. Semalam, hari pertama raya Aidiladha , aku Cuma menghadiri rumah-rumah terbuka di rumah senior. Tiada yang istimewa melainkan makanan yang dirindui di Malaysia. Ada kakak-kakak seniors yang masakkan barulah dapat merasa rendang, soto, nasi himpit dan sebagainya. Mahu harapkan diri sendiri dan rakan sebilik, alamatnya tunggu tahun kedua dulu gamaknya.

Pagi itu merupakan giliran aku dan sahabat-sahabat usrahku untuk memotong daging. Suasana di Bayt PERMAI agak sesak dengan insan-insan yang kukagumi. Hebat sekali. Berada di Negara orang menjadikan kami cukup berdikari. Mula dari sembelih, kemudian melapah dan sekarang ialah masa untuk memotong daging sebelum disimpan ke dalam freezer. Tapi , kebanyakannya syabab yang mendominasi, akhowat hanya mengambil bahagian dalam pengurusan jadual, dan memotong apa-apa yang patut. Memang terkejut juga, memasak pun diambil oleh syabab . takjub, takjub.

Mungkin ini menjadi pengalaman manis yang boleh masuk dalam senarai memorabilia hidup aku. Ruang bilik hanya dipecahkan keheningan dengan suara mesra akhowat . agak bebas jugalah, memandangkan syabab hanya mengambil tempat di luar rumah ,mengambil bahagian melapah kulit lembu dan kambing. Berdentum-dentam bunyi papan pemotong dihentam pisau pemotong. Bising betul. Katanya akhowat tidak biasa buat kerja dapur, benarkah? Wallahua’lam. Dah tolong potong-potongkan pun kira bersyukur.

Sewaktu aku sedang memerhati gelagat akhowat yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing, aku terlihat seorang makcik di atas sofa di satu sudut ruang rumah . pelik juga, dalam kalangan orang Melayu yang belajar, ada seorang makcik yang rasanya sebaya dengan mak aku. ‘takkanlah pelajar juga? ‘ hatiku terdetik.

Kemudian, aku mendekati wanita tersebut. Rasa rindu pula pada ibu di kampung .

“Assalamualaikum, mak cik. Maaf, ye. Err…. Mak cik dari mana, ya?Ada anak ya kat sini? “ aku mulakan perbualan santai pagi itu.

“waalaikummussalam. Makcik dari Perak . tak adalah, anak saudara. Tu ha…” kata makcik tersebut sambil menuding jari telunjuk ke arah anak saudaranya. “teman dia beraya kat sini. Emaknya ada, kat rumah. Tak larat nak datang , penat sangat berjalan minggu ni. Jelajah Jordan . “ Makcik tersebut senyum meleret. Ahh…saling tak tumpah wajah ibuku.

“ohhh…. Lama dah ke datang sini? Baru kali pertama Nampak mak cik kat sini.” Aku memulakan persoalan. Sekadar berbasa-basi, setidak-tidaknya boleh hilangkan penat memotong-motong daging dan bahan-bahan masakan yang sedari tadi, baru berehat.

“seminggu lebih jugaklah. Penuh aktiviti makcik . duk jalan-jalan kat Petra, Aqobah, Mu’tah…. Banyak tempat sejarah kat sini. Menarik… tapi, Allahuakbar , penat berjalan ! dah la duit habis macam tu aje. Memang kalau nak pergi jalan-jalan, duit kena ada kat tangan la, tak boleh cukup-cukup makan.” Panjang lebar mak cik bercerita. Sekali-sekala mendengar celoteh orang tua, seronok juga.

“ohh…betullah tu. Tapi mak cik dah sampai sini, boleh beraya ngan anak saudara , kira orang senang jugaklah,kan.. gembira betullah anak saudara makcik. Kena suruh jugak mak datang sini ni. Boleh merasa beraya di tempat orang. “

“hmm… makcik dengan mak dia ni bukan apa. Nak kata berduit tu, tak adalah sangat. Si Raudhah tu (bukan nama sebenar) baru kematian ayah. Tu yang datang teman. Takutlah dia kesunyian. Tak sampai hati jugak ,” tutur mak cik tersebut. Aku terpana. ‘kematian ayah? ‘ . Allah…. Hebatnya ujianMu untuk hambaMu itu.

“innalillah… iye ke , mak cik. Minta maaf , saya tak tahu menahu pulak. Lama dah ke meninggalnya? “ aku cuba untuk mengetahui lebih lanjut. Mana tahu aku boleh berikan sebanyak mungkin sokongan untuk akhowat yang dimaksudkan. Walaupun pada ketika itu aku masih tidak mengenalinya , memandangkan dia ialah mahasiswi tahun ketiga, sedangkan aku baru setahun jagung.

“Adalah dalam dua bulan lepas. Baru lagi. Tapi tengok keadaan dia , elok aje tu. Alhamdulillah.eh, adik ni, namanya apa? Tak payahlah panggil ‘makcik’-‘makcik’, panggil mama lah senang. Anak saudara mama pun panggil ‘mama’ jugak. “

Mama? Aduhhh…rindunya pada ibu.

………………………………………………………………

Dalam perjalanan pulang ke sakan , aku masih terfikir-fikir perbualan aku dengan Mama sebentar tadi. Ahh…tabahnya dia. Sedangkan aku, hidup di sini serba lengkap. Ibu bapaku sihat walafiat seadanya di Malaysia. Aku masih berpeluang mendengar suara garau milik bapaku, milik abang-abangku, suara keibuan ibuku , suara manja adik-adikku. Tapi dia, hari berbahagia di bumi Jordan tidak dihiasi dengan ucapan selamat daripada seorang bapa. Sudah hilang satu nikmat itu. Nikmat yang masih ada pada aku, tapi sejauh mana aku bersyukur.

‘Alhamdulillah, Alhamdulillah’ . hatiku tidak lekang rasa syukur. Aku harus bersyukur selagi aku bisa bersyukur. Semoga Allah permudahkan urusan insan-insan yang sedang tegar berkorban demi meraih cinta agung Tuhan. Menuntut ilmu di bumi Anbiya bukanlah semudah yang disangka . perlukan pengorbanan masa , waktu dan tenaga. Bukan mudah mahu melepaskan keluarga di tanah air tercinta. Namun, aku redha dengan ujian dariNya. Moga akhowat dan syabab Malaysia terus tabah di bumi Jordan walau apa pun ujian melanda. Soal hidup dan mati, serahkan pada Yang Maha Berkuasa. Kita yang masih hidup perlu menghargai hari-hari yang mendatang, agar ia bias menjadi bekal di akhirat nanti. Salam Aidiladha. Pengorbanan perlukan kekuatan iman.

2 comments:

  1. Subhanallah...hebat cerpen anti:) tp sejak ble anti ada adk ye?? hehe

    ReplyDelete
  2. is...err....anggaplah ade..kan dalam ilusi ada,kan..:p

    ReplyDelete