Tuesday, May 3, 2016

#5 Tenang saja "Suami saya baru meninggal..."

Bismillah.

Subhanallah.
Hebat sekali jiwa dia. Diperbuat daripada besi keluli atau apa? 
Aku yang sedang lagha berlipat-lipat mula tersentap sudah. 

Sudah menjadi kebiasaan sekarang, whatsapp groups bertimbun-timbun. Satu petanda positif bahawa kita sudah mula matang mencari titik persamaan, semakin lama semakin banyak persamaan antara kita sehingga semakin banyak group ws yang dikumpulkan. 

Kisah, ada satu group ni. Group sesama muslimat. Alhamdulillah group yang kerap buat aku sentap. Hari-hari terbasah dengan tazkirah walaupun satu. 
Itu menjadi titik perubahan juga kadang-kadang, walaupun tak lama. 
Resmi manusia, begitu lah. Bukan nak akur tersungkur, cuma mengakui realiti yang padu sungguh kena pada aku. 

Notification (1)
"Suami saya baru saja meninggal..."

Senyap.
Begitu saja. 
2,3 minit masing-masing tidak bersuara. Ucapan takziah dan doa mengikut sunnah tidak muncul-muncul. Terkejut barangkali. Selepas itu baru lah ucapan dan soalan-soalan lanjut menghujani group tersebut. 

Ya Rabb. Mahu tak terkedu. Bukan orang lain yang mengkhabarkannya, tuan punya badan yang mengkhabarkannya. 
Ya, barang kali kita tidak saling mengenali, tapi cukup lah kekuatan kamu menaip perkhabaran itu menunjukkan gagah sekali tangan, cekal sekali hatimu, puan. 

Yang akan pergi, tetap akan pergi. 
Aku perasan blog ni bergerak sikit bila ada berita kematian je. Tak cukup lagi ke peringatan itu, hamizah ruslan?

Moga sentiasa sedar. Mati di mana-mana, bila-bila, tiada tangguh, tiada berita akan datang bagaimana. 
Dan waktu itu tiada kawan, tiada saudara. Yang ada cuma, Tuhan... 

Sekalung ayat-ayat Al-Quran dan doa tanda ingatan buat mereka di alam sana. Tenang lah, kami bakal menyusul juga. 




No comments:

Post a Comment