Uhuk ! Tersedak.
Perit rasa nak telan ayat ni.
Siapa yang kata?
Padahal diri sendiri yang kata.
And so your life is. Kamu boleh juga kata kehidupan kamu cukup sempurna, boleh jadi kehidupan kamu jauh sangat sempurna bagi sesetengah orang yang lain.
Bukan lah tak perlu untuk kita melihat kehidupan orang lain, mengagumi dan mengambil pengajaran. Silakan. Mana tahu boleh jadi 'baja' untuk semangat meneruskan kehidupan.
Tapi!
Kalau lihat kehidupan orang sampai kamu ralat untuk meneruskan kehidupan sendiri, so pelase stop.
Too precious.
Terlalu berharga sebuah kehidupan untuk kita mengalah kerana beberapa kelemahan dan ke'malang'an nasib diri.
Love makes it beautiful !
Cinta, kasih sayang dan kerinduan yang membuatkan suatu tampak indah. Begitu lah juga kehidupan. Kalau sudah jatuh cinta, apa sahaja tampak indah.
Kita takkan rasa kehidupan itu indah, selagi kita masih hidup.
Kita takkan rasa nikmat itu indah, selagi kita masih miliki nikmat itu.
Bila hilang, baru lah kita tahu, tanpanya betapa ruginya kita.
So, berterima kasih lah pada Pemberi Nikmat.
Lagi lah, tanpaNya, tiada kehidupan, tiada nikmat.
Learn To Let Go Of Anything That Worries You.
Belajar untuk tenang dan tenteram perasaan,
Apabila segalanya kita yakin berada di bawah kuasa Tuhan.
Hidup bertuhan bukan nak ikat dan tambat kehidupan kita,
Tapi supaya kita tahu, ujian kehidupan bukan lah apa-apa nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal akan datang selepas mati.
Be brave.
Be strong.
You have Allah, right...
Bersyukur adalah salah satu cara untuk kita tenang dan tenteram dalam kehidupan. Tanpa hasad, tanpa rasa low self-esteem dan inferior tak bertempat.
Tahniah , sebab anda dihidupkan! Dunia untuk dapat syurga.
Think this way, would be much better, uh? ^^,
No comments:
Post a Comment