3. 30 am.
Belum boleh tidur.
Amal bakti belum selesai.
Berita dinanti penuh gelisah.
Akhirnya terurai jua.
Dia pergi bertemu Yang Esa.
Dugaan apakah ini Tuhan?
Ini namanya kasih sayang. 😢
Zul hilmi bin zakaria.
37 tahun.
Abang mi.
Tenang lah dikau di sana.
Bersama Pencipta.
Mungkin di sana jauh lebih bahagia.
Berbanding dunia penuh fana.
Kami berdoa agar kita kembali bertemu di Syurga sana.
Bersama ahli-ahli keluarga yang lain.
Sepertimana kita berkumpul berpuluh-puluh kali di dunia.
***
He is my cousin.
A good cousin.
A really abang long among cousins.
First grandchild of the big family.
And yet he passed away sooner than we could expect.
In an accident in the morning around 11 am.
It was just a glimpse of eye.
Internal bleeding, major organ fractured. And just now he started to get a very long sleep.
May Allah shower you with His Rahmah.
And grant you with His Jannah.
***
Ajal di mana ada,
Bila hadir,
Siapa ada bersama.
Mana kita mahu tahu itu semua.
Kerana ia bukan dalam batas pengetahuan hamba.
Biar dunia sudah tua,
Teknologi canggih dicipta dibina,
Namun hamba tetap jua hamba.
Tugas kita bukan menunggu ajal,
Bukan juga menjemput ajal,
Bukan juga menggeruni ajal.
Tapi harus nya kita bersedia setiap waktu dan ketika.
Akan malaikat maut yang tidak jua kita tahu bagaimana rupanya.
Perpindahan dari sini ke sana,
Moga-moga buat kita syurga,
Itu lah alam yang kekal selamanya.
Allah, shower him with Rahmah.
Grant him with Jannah.
Amin...
إنا لله و إنا إلبه راجعون.
No comments:
Post a Comment