Sunday, August 28, 2016

#10 Jangan Putus Harapan

Jangan putus harapan.
Kerana kita ada Tuhan.
Yang melengkapkan segala hajat dan keperluan.

Jangan putus harapan.
Selagi masih punya kehidupan.
Kerana kita ini namanya insan.
Tanpa harapan di mana lagi ketenangan.

Jangan putus harapan.
Walau siapa apa dan di mana kamu diciptakan.
Sebab kita orang beriman.
Segala perkara yakin lah ia diurus Tuhan.

Jangan putus harapan.
Walau rasa tiada kebahagiaan.
Tatkala melihat kebahagiaan orang.
Kerana orang juga melihat kamu dilimpah kebahagiaan.
Dan masih ada yang kurang kesenangan.

Jangan putus harapan.
Apabila kasih sayang Allah sentiasa dalam dakapan.
Percaya lah Dia Maha Penyayang.
Setiap isi hati hambaNya Dia tidak terlepas pandang.

Walau sedetik,  walau sejenak, 
Berbahagia lah,
Dan Jangan Putus Harapan. 

Kami sayang Tuhan.
ALLAH Maha Lembut.  Maha Mengasihani. Maha Mengetahui. 

-PD
10. 34 am.
Senin 

No comments:

Post a Comment