Tuesday, October 11, 2016

#16 Cerdas Rohani

Bismillah.

Beberapa hari lepas sementara boring2 baca bab tesis semata, terjumpa artikel tentang spiritual intelligence.

Tentang bagaimana kecerdasan rohaniah diukur.
Kecerdasan rohani.
Ingatkan badan cergas otak je cerdas. Rupanya rohani pun boleh cergas sama.

Cerdas rohani confirm tak ramai orang dapat. Tak ramai orang miliki.
Dan lebih malang lagi, tak ramai orang tahu. Bahawa rohani pun perlu secergas mental dan fizikal.

Ada ahli ilmu yang mendefinisikan cerdas rohani ialah apabila seimbang IQ, EQ dan SQ. Maka cerdas lah rohaninya. Apabila boleh buat pertimbangan yang sewajarnya dalam setiap keadaan tanpa membahayakan maruah dan fizikal diri. Dan yang paling penting tidak terjejas spritualnya selaku seorang muslim.

Hebat, bukan?
Datang lah ribut taufan angin kencang fitnah sekali pun... Spiritualnya mantap, emosinya hebat, fizikalnya kuat.

Reflect!
Born a muslim is not only the title that matters. But, the integrity as a Muslim id all that matters.

Ungkapan pedas seorang lagi ahli ilmu:
"Islam terlindung oleh penganutnya".

Penganutnya yang menyebabkan Islam dijudge by its cover. Cover nya ialah penganutnya yang lalai, alpa dan tidak segan silu bermaksiat kepada Allah dan RasulNya di khalayak atas alasan human rights !

Mohon berhenti bernafas, jangan berpijak di bumi Tuhan kalau sikapmu begitu angkuh, wahai manusia.

Reflect ! And again... Reflect!

#AllahuAkbar
#Halilintar menyambar jantung
😣😣😣😣

No comments:

Post a Comment