""Sahabatku, aku bukanlah seorang sahabat yang baik buatmu.
Kadang suka bersamamu,
Namun, sedih jarang sekali,
Kerna itu aku cuba menjadi yang terbaik,
Tawa tangis bersama,
Maafkanku andai dirimu terluka kernaku,
Terus kuat sahabatku,
Andai tetiba aku jauh darimu,
Jangan jemu mendekatiku,
Walaupun aku tenang,
Diriku juga jatuh jua hakikatnya,
Kerna itu juga jangan kau putus asa dari rahmat Allah,
Kerna DIA ada disisimu saat suka duka dikala ketiadaanku,
Yakinlah, apa yang DIA tetapkan itu yang terbaik buatmu,
Sayang rindu kamu kerana Allah.
Moga di kejauhan kita, didekatkan dengan ikatan ukhuwah,
Bersama untaian doa antara kita...
Terus kuat dan hebat untuk ISLAM""
"TERUS KUAT DAN HEBAT UNTUK ISLAM "
serius . saya takut . saya takut kalau lah hanya kerana sekeping kelemahan yang ada pada saya , tak kiralah pada akademik , pada kecuaian , pada kelalaian dan pada kecundangan saya , saya bakal membantutkan kerja untuk ISLAM . sedangkan saya tahu kerja Islam itu tak pernah berhenti menjadi amanah dalam diri , cuma kerana ada 'sesuatu' , kerja tak boleh jalan . memang tak bolehlah macam tu ... pengkhianatan namanya =_= nauzubillah . semoga itu bukan kita .
tapi.....
ujian Allah , siapa yang boleh tahu , siapa yang boleh jangka ? nope ! tak ada . ujian datang bertimpa-timpa , ujian datang menjelma tiba . sebab itu hadis Nabi ada sebut : "sabar itu ialah pada satu kebetulan pertama . " sewaktu pertama-tama tiba ujian , bersabarlah . dan menangis ; itu bukan lemah tapi salah satu cara untuk cari titik kesabaran , mungkin .
saat ni ...
semua cakap soal ujian . yang diuji , seolah-olah dunia ini pergi daripada diri , hilang segala erti . yang melihat insan lain teruji , terus mengasingkan diri " alah ..ujian macam ni pun nak diratapi??"..
hanya yang teruji sahaja yang tahu , hebatnya kesabaran , manisnya perjuangan dengan ujian ..
ya , Allah tak uji hamba-Nya melainkan dengan kemampuan mereka .
Allah , DIA lah yang terus-terusan dan sentiasa memahami siapa dan bagaimana hamba-Nya ,
Allah , DIA lah yang sentiasa bantu hamba-Nya keluarkan daripada gelap kepada cahaya,
Allah , DIA terlalu agung untuk diingkari ,
Allah , hanya DIA yang patut kita sembah , yang patut kita cinta berbanding cinta sekalian makhluk.
Allah , DIA cinta pada kalian , saya dan sekalian manusia .
Hanya DIA yang digantung pengharapan pada-Nya .
seiringkan diri dengan taubat ,
selarikan diri dengan solat ,
lazimkan diri dengan doa ,
biasakan diri dengan harap .
semoga Allah redha .
takutkan Allah , makin dekat ....
insyaAllah!
""Allah , bantu kami! dan , terima kasih atas sahabat ini ! memang , aku juga bukan yang terbaik untuk dia , tapi izinkan aku bertaubat dan berkhidmat walau dengan secebis kata hati , kata doa ,dan kata-kata harapan padanya . semoga dia berbahagia . semoga mereka (sahabat-sahabatku ) sentiasa berbahagia . supaya aku juga , BAHAGIA ..amin!"
Dalam syurga ada taman. Bagaimana indahnya taman syurga tidak tercapai akal fikiran. Yang pasti taman itu ialah taman orang yang beriman. Iman hanya boleh capai bila ada kekuatan untuk lawan maksiat dan kemungkaran. Ayuh jadi Mukmin yuk !
Thursday, May 31, 2012
Sunday, May 27, 2012
menangis tatkala ujian
Menangis tatkala ujian
Ujian .
perkataan ni , kalau masa kecik-kecik dulu , kalau tak silap ujian tu maknanya
exam . dengar orang tua-tua cakap . “budak tu ada ujiang hari nie . subjek
mnde tahu ! “ heh~ ^^ . padahal hakikatnya hari-hari pun ujian la, mak . rindunye kat mak , semoga Allah rahmati ibuku dengan setinggi…..tinggi
rahmat .
Sinonim untuk kita hari ni , semua dah sedar apa maksud ujian tu
sebenarnya . sama ada , ujian untuk akademik , yakni exam . ataupun ujian duka
gembira dalam hidup . semua sekali ujian . dan yang pasti perlu ditempuh dengan
tabah dan sabarnya . orang biasa , orang lain , barangkali tak mampu nak hadapi
ujian yang kita hadapi sekarang .
Menangis - . siapa tak tahu apa maksud menangis ,kan . mengalirkan air
mata , sama ada terharu , terlalu sakit , terlalu gembira dan menangis tak
pasal-pasal sebab rasa nak menangis . huh~ biasanya perempuan la macam ni
.
Untuk nasihat suruh menangis atau tidak , ini tiada nasihat yang solid
dan rigid . lain orang lain cara . ada orang ; menangis buat dia lemah ,
ataupun Nampak lemah! So ego la. Ada orang , bila menangis seolah-olah
masalah pergi sekali dengan air mata . hilang . tenang . lega . so, up to the
beholders . tapi , jarang wanita tak menangis . seorang muslimah yang tabah
sekalipun , tetap akan alirkan air mata pada waktu-waktu tertentu . tapi
tangisannya bukan tanda lemah , bukan tanda pasrah . tapi ia redha , ia tabah !
ujian itu tanda iman . ia tahu tu . jadi, menangis ia kerana kekuatan , kerana
sudah lama bertahan , akhirnya kolam air mata pecah bersama sejuta harapan dan
kekuatan baru .
‘Tapi , mampukah jadi sehebat ini ?’
Hadapi ujian-ujian mendatang dengan satu esakan . ataupun hadapi
ujian-ujian mendatang dengan keegoan . menangis tak salah , tapi jangan sampai
terbeban , menjadi ia sebagai titik sebuah kelemahan , itu tak boleh lah ~
Muslimah itu kuat . kuatnya di dalam . ketegasannya tanda iman . air
matanya tanda keredhaan . semoga yang kuat , terus kuat dan yang lemah dan
sentiasa menangis itu mendapat kekuatan di sebalik tangisan .
Anda orang yang bagaimana?
Apa-apa pun , sebagaimana anda , itulah anda . tak perlu untuk menjadi orang lain , Cuma perbaikilah hingga mendapat apa yang paling baik untuk diri . pendapat peribadi saya , orang kuat mesti akan berpura-pura kuat di hadapan orang lain , sebab dia mahukan orang lain jadi kuat , macam dia kuat !

Jadi, kadang-kadang pura-pura itu perlu untuk kemaslahatan umum . ^^
pura-pura jadi kuat , padahal hati lemah . tapi sebab sayang pada semua di
sekeliling , digagahkan diri , semoga terus kuat! Tabah hadapi ujian . apatah
lagi , ujian dunia , yang sangatlah sementara ..
Apa-apa pun , MUKMIN itu sifatnya seperti sebuah bangunan (sepertimana
yang Allah sebutkan dalam surah as-saff !) , di mana ia akan menyokong antara
satu sama lain . jatuh bangun seorang mukmin dan muslin ni ada perkaitan juga
sebenarnya dengan orang di sekeliling . sebab itulah , ada kata-kata yang
menyatakan bahawa seseorang itu merupakan cerminan sahabatnya . sebagaimana
kawannya, sebegitulah ia . sepatutnya ,
akan ada lah perasaan untuk menampung , mengubah kelemahan sahabatnya yang lain
.
Tapi yang berlaku sekarang,
Sebaliknya . kita lebih suka untuk mendiamkan kelemahan sahabat , semata-mata
ingin menjaga hati . kita lebih suka untuk memberitahu kelemahan sahabat ,
berbanding menunjukkan jalan keluar ; bagaimana mahu berlepas diri daripada
kepompong kelemahan itu . manusia ; apa yang diperlukan bukan semata-mata
kritikan . ini yang kita kena faham . kritikan tanpa jalan keluar sama lah
seperti sebuah hinaan tanpa pembelaan !
Berlembutlah , kerana hati manusia ini sifatnya berbolak balik . boleh jadi , teguran itu bukan membaikpulihkan , tapi menjatuhkan kawan .
Berlapang dadalah ; boleh
jadi perubahan itu bukan sekejap , tapi mengambil masa untuk dinilai diri
sendiri , dan monolog bersama Tuhan.
Nilailah ; di
samping menilai perubahan seorang kawan , nilailah perubahan diri dari dulu
sehingga sekarang . “ nobody is perfect , there is always be a space beyond
perfection ! “
HR::
*Saya tak tahu apa tag atau label yang sesuai untuk post kali ni ;
persahabatan @ ujian ? =_= apa-apa sahajalah!
*Kadang-kadang post blog juga boleh dihasilkan berdasarkan emosi . semoga
bukan dilandaskan nafsu sehingga tegar memburukkan kawan sendiri .
*Semoga segala yang ditintakan menjadi inspirasi buat diri penulis , saya
sendiri dan kalian yang membaca..
*Dan semoga , ALLAH taala REDHA segalanya . amin.
Coretan ; hamiz ruslan . bersama meniti ISLAM .
Duduk sebentar , dan berimanlah!
Thursday, May 24, 2012
kena banyak baca , yang penting berani mencuba
“para ulama
tak kata bid’ah kalau ibadah apabila masuk bulan Rejab . tapi , mereka kata bid’ah
sekiranya diniatkan puasa sunat bulan rejab , sebab tiada dalil yang shahih
menghukumkan bahawa dalam bulan rejab dan syaaban itu sunat . hanya puasa ,
bukan semua ibadah lain . mengkaji imu masuk dalam ibadah, solat sunat , baca
quran , banyak lagi ibadah . kenapa dikejar yang tak disyariat ?”
Ibadah
Orang hanya
Nampak ibadah tu suatu yang khusus . orang tak Nampak ibadah tu pada skop yang
luas . sedangkan niat untuk buat suatu kebaikan , itu dikira sebagai ibadah ,
dicatatkan satu kebaikan . tapi , Islam bukan hanya pada niat , ia melibatkan 3
perkara ; iaitu pada hati , pada lisan dan pada amalan . jadi, apabila niat di
hati itu dicatatkan satu kebaikan , lisan dan amalan itu belum dikira , betapa
luas ganjaran Tuhan!
Mengkaji .
Saya tertarik
dengan ‘kerja’ ni . kaji tentang kebenaran , kaji ayat-ayat Tuhan , kaji ilmu
keduniaan . kajilah jika ingin kaji dunia hiburan , asalkan boleh bawa manusia
dan diri sendiri kea rah keimanan ! bagi saya semua manusia ada perasaan ingin
mengkaji . semua orang ada sifat inquiri yang tinggi , rasa ingin tahu . kalau
budak-budak , kita tahu mereka ada perasaan ingin mencuba yang sangat tinggi ,
sebab itu perlu diawasi . supaya yang dicuba selari dengan sifat tabi’I (semulajadi
) , bukan melanggar syariat (hukum Tuhan ) dan hukum alam .
Selagi mana
ada perasaan ni , bersyukurlah . adanya mahu akan mencipta tahu . apabila ada
kemahuan , mesti berusaha jugak walaupun untuk melunaskan apa yang kita nak tu
. samalah dengan orang dewasa , ingin mengkaji , perlulah buka hati . belajar
untuk menilai apa yang mahu dikaji , bukan menerima bulat-bulat , tapi mengkaji
. dan tidak lupa , perlu ada guide line . perlu ada pemerhati dan tempat
rujukan . focus ; jika yang dikaji ialah berkenaan fekah , rujuklah para ustaz
dan agamawan . jika yang dikaji ialah perubatan , rujuklah para doktor dan ‘pharmacist’
. jika yang dikaji ialah berkaitan alam , rujuklah ahli falak atau astronomi .
bila kita Tanya yang pakar , jawapan yang kita dapat bukan sahaja tak tersasar
, tapi tepat! Dengan izin Allah .
Mencuba
Mencuba tak
salah . cuba untuk membaca buku-buku yang high standard . pengalaman saya
sendiri , cuba baca buku Arab ., ada ustaz yang mencadangkan saya ,
" bacalah
buku ‘fatwa ma’asirah qardawi’ , baru awak dapat tahu fatwa-fatwa masa kini .
yang awak Tanya ustaz tu banyak dalam buku tu “ .
Serius,
saya tak berani ,memandangkan bahasa arab yang tak begitu strong . tapi apa-apa
pun tak salah mencuba . “alah … bace je
, salah takpe , biasalah belajar . sebab tu kena banyak bertanya .”
Lega . jeda
. mencuba . nama pun belajar . jadi,jangan takut salah!
sedang Iblis itu sendiri , mana ada pengalaman sewaktu pertama kali menghasut manusia (Nabi Adam) hingga keluar syurga . tak terinspirasikah dengan keazaman mereka , sedangkan kita sebaik-baik kejadian ; yakni manusia ?
Membaca
Jarang orang
ada hobi yang luar biasa pada membaca . dan kalau tengok orang yang betul-betul
minat membaca , tahap pemikirannya luar biasa . di mana-mana sahaja , ada
sahaja idea . apatah lagi yang banyak membaca dan dalam masa yang sama , ia
dihiasi dengan rendahnya hati dan teguhnya iman . alangkah indahnya hidup
bertuhan . ada ilmu , ada akhlak . lengkap , bawalah ia kepada ibadah
berpanjangan .
“Tun Dr Mahathir Mohammad . sedunia mengagumi
beliau . katanya , beliau memang kaki buku “
sedang wahyu pertama yang Allah Taala turunkan juga ialah perihal membaca .
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan " - al-'alaq
Sesibuk mana
pun kita , sebesar mana pun tanggungjawab , setinggi mana pun amanah yang Allah
taklifkan , jangan berlepas diri daripada membaca . dengan membacalah ilmu kita
bertambah , pemikiran kita berkembang , aqal kita berfungsi menganalisis
maklumat . semoga dengan ilmu itu membawa kita kepada jalan iman . jihad dan
pengorbanan untuk Islam , sangatlah dahagakan kerahan fikrah kita . semoga
Allah memberkati dan memudahkan . amin .
Sekian .
hamiz ruslan ukht . ^^
Monday, May 7, 2012
ujian tanda iman
ujian tanda iman .
banyak diuji itu satu tanda kekuatan ,
lantas aku mendabik dada kebanggaan ,
akulah yang diuji , akulah yang beriman antara kalian!
ujian tanda iman ,
walau seribu batu aku berjalan ,
tiada yang bisa menghalang ,
kerana aku insan yang ada Tuhan.
ujian tanda iman ,
segala jolokan manusia tak kupedulikan ,
aku tetap dengan satu pendirian ,
aku lakukan itu ini di belakang dan di depan ,
semuanya kerana Tuhan Sekalian Alam.
namun ,
lama-kelamaan , aku bosan dengan ketegasan ini,
aku rasa tiada di sisi yang menemani,
jika benarlah antara aku dan Tuhan ada pelangi ,
mengapa dengan aku , manusia lari ?
lari , jauh sekali menghampiri.
sesekali aku rebah menyembah bumi ,
seakan-akan tiada kekuatan dalam diri ,
aku menjerit sekuat hati ,
wahai manusia! tidak mahukah kalian menemani ,
mengisi kekosongan jiwa yang sepi ??!!
aku kosong , aku bingung .
aku lemas , aku tewas .
namun ia tak lama ,
kulihat di sisiku ada insan menanti setia ,
rupanya dia telah menanti lama ,
namun aku yang sebenarnya alpa ,
tanpa manusia , aku bukanlah hamba abdi-Nya!
ujian tanda iman ,
bukan untuk mendabik dada ,
tapi untuk sentiasa cinta ,
tulus kepada SI PEMILIKnya !
-hamiz ruslan
bayt zulfadhli . 0600 . 8/5/2012
alhamdulillah!
Saturday, April 28, 2012
puisi untuk AF: pemimpin ; rela atau layak
sebagai latihan untuk mahasiswa-mahasiswa tahun satu di Irbid , kami ada mengikuti sebuah akademi . iaitu Akademi Al-fateh (AF) bagi melahirkan pemuda-pemudi sehebat sesemangat , memacu semangat al-fateh . insyaAllah .
berikutan itu kami mengikuti bengkel penulisan bersama cikgu hilal (^^) ... teruk , rabak kena komen . apa-apa sahajalah , asalkan dapat belajar . ini saya sertakan karya asal saya sebelum penggubahan . nak komen boleh , tapi jangan kejam sangat eh ! ^^

Pemimpin ; rela vs layak .
Dulu , aku
lihat mereka hanya suka-suka ,
Mengukir
satu nama menghias karya pena ,
Mengangkat
satu insan menyerah kuasa ,
Di situ ,
mulalah timbulnya paksa rela ,
Tak rela ,
tetapi perlu berkuasa ,
Namun , di
sisi mereka , dia dikatakan gila ,
Mahu
merampas apa yang bukan miliknya .
semalam,
puas aku meneliti ,
kejadian
begini , bila mahu berhenti menguasai ,
sana sini ,
kanan kiri ,
semalam
atau hari ini ,
yang
kulihat hanya begini dan begini .
bila lagi
mahu mengubah mentaliti ?
daripada
kenakalan kepada kematangan ,
daripada
pesimis kepada optimis,
daripada
emosional kepada rasional .
biarlah
yang bertakhta ialah yang benar-benar memiliki ,
kelayakan ,
kepimpinan dan kerelaan ;
apabila
digabungkan baru membentuk keharmonian !
hari ini ,
aku melihat dia memimpin kita ,
menjaja
manifesto menghambur janji setia ,
hari ini
,aku melihat dia memimpin kita ,
meraih
sokongan dunia ,
seolah-olah
di bawah kuasanya dunia aman bagaikan syurga,
tapi
aku tahu itu bukan dusta ,
yang ada
ialah semangat dan keazaman yang teguh kerana DIA.
Hari ini ,aku
melihat dia memimpin kita,
Di
mana-mana , dialah yang lantang bersuara ,
Menyua idea
dan kata-kata ,
Berjalan
megah mengukir rencana .
Melakar sebuah
sejarah dunia ,
Inilah
akhir hasilnya , apabila satu ‘suka-suka’ dididik menjadi ‘rela’.
Pemimpin ;
yang patut ada ialah dua ,
Rela dan
layaknya dia .
Nukilan ;
Akhowat
kumpulan 7 al-Fateh .
Mentor ;
NURFAEIQA
SABTIARADHZI
right! forward!
_______________________________________________________________________________
wallahua'lam ..
"karya yang lemah tapi selalu disiapkan lebih baik daripada karya yang bagus tapi hanya sebulan atau setahun sekali sahaja disiapkan " -hamiz ruslan .
Thursday, April 26, 2012
kerana satu wajah
"eh , awak nama apa eh ?"
-errr... ***** (nama disebut sekian sekian)
"oo.. orang mana eh?"
-terengganu
"ooo.. memang orang terengganu muka ada iras-iras eh.."
-errr.... :* sigh , tersipu .
huh . sentap ! tak hujan tak ribut , tiba-tiba ada orang tegur kita , sebab muka sama dengan kawannya . huh?? =_=
___________________________________________________________________
saya selalu yakinkan hati dan diri saya , Islam tidak memuliakan seseorang dengan sesuatu yang bukan usaha ummatnya . tiba-tiba , boleh bahagia. tiba-tiba , boleh dapat syurga , mustahillah!
dan kalau betullah Islam mengangkat insan sebegitu rupa , mesti mereka yang ada iras Rasulullah turut sama dijanjikan syurga , bukan ?
pernah terfikir tak , Allah tak pernah kata
"Sesungguhnya muka si fulan yang iras kekasih-KU (Muhammad saw) , sesungguhnya Aku turut sayang dan cinta kepadanya "
nope! totally tak!
tapi , Allah pesan kepada Nabi Muhammad , Junjungan Besar kita :
"katakanlah (Muhammad) , "Jika kamu mencintai Allah , maka ikutilah aku , niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu " Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang "
ali-imran (3: 31 )
mahu Allah sayangkan kita , Allah beri perhatian kasih cinta pada kita , ikutlah Rasulullah , kekasih Allah . Allah tak kata , kita perlu jadi se'handsome' Rasul , perlu jadi se' famous' Rasul dalam berdakwah . tapi ikutilah hamasah (semangat) Rasulullah dalam berdakwah . ikhlaslah dalam berdakwah . sungguh ! insan yang ikhlas benar di jalan Allah , Allah akan tunjukkan jalan keluar daripada setiap masalahnya daripada lorong-lorong yang tidak disangka-sangka . termasuklah , lorong untuk keluar dari 'neraka' . ^^
Rasulullah pernah sebut dalam riwayat Muslim ;
"Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu"
jadi , silap dan kerugian besarlah bagi mereka yang menggunakan paras rupa mereka , dan batang tubuh mereka untuk mendapatkan dunia . ya, mungkin di dunia ada yang memandang , ada yang tertarik , ada yang memuja muji , tapi tidak di akhirat . sungguh , kalian silap jika itu yang kalian pegang . wajah jelita , warna kulit , ketinggian , rambut kerinting atau lurus ; semua ciri ini ada pengklasifikasian masing-masing .
yang kurang cantik disisihkan , yang gelap diasingkan , yang rendah diketepikan , yang berambut kerinting dikatakan pendatang .. alahh ..itu kata manusia lah , ada Allah beza-bezakan kita tak ? jadi, berhiduplah dengan tenang , walau apa-apa pun diri anda . kerana , yang mulia di sisi Allah ialah yang bertaqwa .
Islam ; manusia a.k.a. ummatnya boleh berjaya hasil usaha mereka . dapat hidayah Allah , bukannya mudah . Allah memilih mereka untuk menikmati nikmat Islam . itu satu hal penting iaitu Islam yang memuliakan seseorang hamba dengan ISLAM ; title sebagai Muslima/ah untuk mejadi khalifah di muka bumi . . namun , agama tanpa usaha tidak memberi makna dan mustahil bisa menyumbang mulia.
khulasahnya , berusahalah! sehabis daya , sehabis mampu . supaya , bahagia yang kita capai , tak mungkin hilang walaupun kita 'hilang' di dunia . salah satu usahanya ; penulisan sendiri contohnya . tak mungkin ada orang yang mahu sandarkan penulisan orang lain atas nama dia . jika ada pun , kes-kes terpencil yang akhirnya akan terbongkar jua . dan 'ending'nya , usaha kita sendiri itulah yang harum mengubah spekulasi dunia .
*''kadang-kadang manusia terlalu mahu inginkan sebuah keajaiban , hinggakan malas berusaha , hanya mengharapkan apa-apa pada diri yang bakal membawa bahagia seterusnya . ingatlah , selaku manusia biasa , ada ke??" -hamiz ruslan UKHT ^^
*******************************************************
kepada sahabat saya , tipulah kalau saya takdengki ;( tersentap tadi . post ini seolah-olah post bela diri la , nak yakinkan bahawa tak rugi pun kalau kita tak dapat perhatian manusia , cuma perlu diingat bahawa perhatian Allah itu merangkumi amal dan ikhlas . sebab itulah , ikhlas!! ^^
mood; subhanallah .. malam ni , gembira kot! perbincangan dua hala dengan orang yang sangat dikagumi . ustaz hebatlah!
kata menota : 2 sahabatku , tahniah la sebab without doing nothing , you two got the notices ! that's speciality , kan .. alhamdulillah!

kepada sahabat saya , tipulah kalau saya tak
guess who ?? ^-^
mood; subhanallah .. malam ni , gembira kot! perbincangan dua hala dengan orang yang sangat dikagumi . ustaz hebatlah!
kata menota : 2 sahabatku , tahniah la sebab without doing nothing , you two got the notices ! that's speciality , kan .. alhamdulillah!
Monday, April 23, 2012
followers !
hampir 3 tahun menulis . tak bosan ke ? mana boleh bosan , update pun sekali sekala je . kekangan masa menghalang diri untuk terus istiqomah dengan skala jadual yang dirancang . =_= bila berblog mengikut mood , beginilah . orang kata , kalau kita betul-betul nak , mesti kita boleh dapat, kan!
macam hafaz quran , macam tu jugak . jangan disalahkan diri yang tak ada peluang nak join institusi hafazan . insyaAllah , selagi kemahuan itu satu kebaikan ... mesti Allah tunjuk jalan punyalah..
alhamdulillah ...
eh ? alhamdulillah ? ke innalillah ? hari bersejarah . mencapai seratus followers dalam masa lebih kurang 3 tahun berblog . lama masa yang diambil untuk kumpulkan sebanyak itu . tapi itu satu rahmat juga , lagi ramai yang membaca , lagi ramai yang bawa bicara kita . dan kalaulah ada kesilapan (nauzubillah) di mana-mana , maka berlipatlah insan-insan ini salah .
kan dah kata ....
memang , saya bukan pandai sangat menulis puitis-puitis ni . nak menyentuh hati dan jiwa manusia la katakan .. tapi , saya jadikan ini sebagai tempat untuklepas geram sebarkan apa yang saya tahu dapat dan rasa yang mungkin sedikit sebanyak boleh beri kebaikan pada sahabat-sahabat yang membaca .
sape tak pernah rasa putus asa , malas , tak ada idea . dan bila tak ada idea , ikut keadaan , kadang-kadang perlu cari idea , dan kadang-kadang jangan cari idea sebab semata-mata nak mengupdate blog semata-mata . sebab masa tu , anda akan merapu . dan apa yang saya nampak ialah ; membaca . banyak membaca maka banyaklah ideanya . insyaAllah . ini pandangan cilik saya je .
tahu je , yang mengfollow ni , bukan semuanya setia membaca setiap inci post kita . ada masa dan hari Allah gerakkan hati untuk membaca dan ambil ibrah daripada blog cikai ni , adalah hikmahnya . apa yang penting ia boleh beri kebaikan untuk semua dan sesiapa yang membaca . buat sang penulis , biarlah tiada yang membaca ataupun mengulas rasa , mengagum jiwa , asal kita bahagia dan sentiasa kita istiqamah di jalan-Nya .
buat keseratus followers ku , semoga Allah redha saya yang menulis dan kalian yang sudi mengfollow dan membaca! ^^ smile ....
"yang suka menulis , menulislah . yang suka menyanyi, menyanyilah . yang suka membaca , teruslah membaca. yang suka bercakap , bercakaplah.. tapi satu perlu ingat , di mana kesukaan anda , pastikan di situ keredhaan Allah taala ." -hamiz ruslan ukht .
# kekaguman pada insan yang selalu update blog . nampak sangat dia rajin! huh~
next ; mungkin saya nak respon pilihanraya PERMAI lah ! ^-^
macam hafaz quran , macam tu jugak . jangan disalahkan diri yang tak ada peluang nak join institusi hafazan . insyaAllah , selagi kemahuan itu satu kebaikan ... mesti Allah tunjuk jalan punyalah..
alhamdulillah ...
eh ? alhamdulillah ? ke innalillah ? hari bersejarah . mencapai seratus followers dalam masa lebih kurang 3 tahun berblog . lama masa yang diambil untuk kumpulkan sebanyak itu . tapi itu satu rahmat juga , lagi ramai yang membaca , lagi ramai yang bawa bicara kita . dan kalaulah ada kesilapan (nauzubillah) di mana-mana , maka berlipatlah insan-insan ini salah .
kan dah kata ....
memang , saya bukan pandai sangat menulis puitis-puitis ni . nak menyentuh hati dan jiwa manusia la katakan .. tapi , saya jadikan ini sebagai tempat untuk
sape tak pernah rasa putus asa , malas , tak ada idea . dan bila tak ada idea , ikut keadaan , kadang-kadang perlu cari idea , dan kadang-kadang jangan cari idea sebab semata-mata nak mengupdate blog semata-mata . sebab masa tu , anda akan merapu . dan apa yang saya nampak ialah ; membaca . banyak membaca maka banyaklah ideanya . insyaAllah . ini pandangan cilik saya je .
tahu je , yang mengfollow ni , bukan semuanya setia membaca setiap inci post kita . ada masa dan hari Allah gerakkan hati untuk membaca dan ambil ibrah daripada blog cikai ni , adalah hikmahnya . apa yang penting ia boleh beri kebaikan untuk semua dan sesiapa yang membaca . buat sang penulis , biarlah tiada yang membaca ataupun mengulas rasa , mengagum jiwa , asal kita bahagia dan sentiasa kita istiqamah di jalan-Nya .
buat keseratus followers ku , semoga Allah redha saya yang menulis dan kalian yang sudi mengfollow dan membaca! ^^ smile ....
"yang suka menulis , menulislah . yang suka menyanyi, menyanyilah . yang suka membaca , teruslah membaca. yang suka bercakap , bercakaplah.. tapi satu perlu ingat , di mana kesukaan anda , pastikan di situ keredhaan Allah taala ." -hamiz ruslan ukht .
# kekaguman pada insan yang selalu update blog . nampak sangat dia rajin! huh~
next ; mungkin saya nak respon pilihanraya PERMAI lah ! ^-^
Subscribe to:
Posts (Atom)