Saturday, April 28, 2012

puisi untuk AF: pemimpin ; rela atau layak

sebagai latihan untuk mahasiswa-mahasiswa tahun satu di Irbid , kami ada mengikuti sebuah akademi . iaitu Akademi Al-fateh (AF) bagi melahirkan pemuda-pemudi sehebat sesemangat , memacu semangat al-fateh . insyaAllah .

berikutan itu kami mengikuti bengkel penulisan bersama cikgu hilal (^^) ... teruk , rabak kena komen . apa-apa sahajalah , asalkan dapat belajar . ini saya sertakan karya asal saya sebelum penggubahan . nak komen boleh , tapi jangan kejam sangat eh ! ^^


Pemimpin ; rela vs layak .

Dulu , aku lihat mereka hanya suka-suka ,
Mengukir satu nama menghias karya pena ,
Mengangkat satu insan menyerah kuasa ,
Di situ , mulalah timbulnya paksa rela ,
Tak rela , tetapi perlu berkuasa ,
Namun , di sisi mereka , dia dikatakan gila ,
Mahu merampas apa yang bukan miliknya .

semalam, puas aku meneliti ,
kejadian begini , bila mahu berhenti menguasai ,
sana sini , kanan kiri ,
semalam atau hari ini ,
yang kulihat hanya begini dan begini .
bila lagi mahu mengubah mentaliti ?
daripada kenakalan kepada kematangan ,
daripada pesimis kepada optimis,
daripada emosional kepada rasional .
biarlah yang bertakhta ialah yang benar-benar memiliki ,
kelayakan , kepimpinan  dan kerelaan ;
apabila digabungkan baru membentuk keharmonian !

hari ini , aku melihat dia memimpin kita ,
menjaja manifesto menghambur janji setia ,
hari ini ,aku melihat dia memimpin kita ,
meraih sokongan dunia ,
seolah-olah di bawah kuasanya dunia aman bagaikan syurga,
tapi aku  tahu itu bukan dusta ,
yang ada ialah semangat dan keazaman yang teguh kerana DIA.

Hari ini ,aku melihat dia memimpin kita,
Di mana-mana , dialah yang lantang bersuara ,
Menyua idea dan kata-kata ,
Berjalan megah mengukir rencana .
Melakar sebuah sejarah dunia ,
Inilah akhir hasilnya , apabila satu ‘suka-suka’ dididik menjadi ‘rela’.

Pemimpin ; yang patut ada ialah dua ,
Rela dan layaknya dia .

Nukilan ;
Akhowat kumpulan 7 al-Fateh .
Mentor ;
NURFAEIQA SABTIARADHZI
 
 right! forward!

_______________________________________________________________________________
wallahua'lam ..

"karya yang lemah tapi selalu disiapkan lebih baik daripada karya yang bagus tapi hanya sebulan atau setahun sekali sahaja disiapkan " -hamiz ruslan .

No comments:

Post a Comment