“para ulama
tak kata bid’ah kalau ibadah apabila masuk bulan Rejab . tapi , mereka kata bid’ah
sekiranya diniatkan puasa sunat bulan rejab , sebab tiada dalil yang shahih
menghukumkan bahawa dalam bulan rejab dan syaaban itu sunat . hanya puasa ,
bukan semua ibadah lain . mengkaji imu masuk dalam ibadah, solat sunat , baca
quran , banyak lagi ibadah . kenapa dikejar yang tak disyariat ?”
Ibadah
Orang hanya
Nampak ibadah tu suatu yang khusus . orang tak Nampak ibadah tu pada skop yang
luas . sedangkan niat untuk buat suatu kebaikan , itu dikira sebagai ibadah ,
dicatatkan satu kebaikan . tapi , Islam bukan hanya pada niat , ia melibatkan 3
perkara ; iaitu pada hati , pada lisan dan pada amalan . jadi, apabila niat di
hati itu dicatatkan satu kebaikan , lisan dan amalan itu belum dikira , betapa
luas ganjaran Tuhan!
Mengkaji .
Saya tertarik
dengan ‘kerja’ ni . kaji tentang kebenaran , kaji ayat-ayat Tuhan , kaji ilmu
keduniaan . kajilah jika ingin kaji dunia hiburan , asalkan boleh bawa manusia
dan diri sendiri kea rah keimanan ! bagi saya semua manusia ada perasaan ingin
mengkaji . semua orang ada sifat inquiri yang tinggi , rasa ingin tahu . kalau
budak-budak , kita tahu mereka ada perasaan ingin mencuba yang sangat tinggi ,
sebab itu perlu diawasi . supaya yang dicuba selari dengan sifat tabi’I (semulajadi
) , bukan melanggar syariat (hukum Tuhan ) dan hukum alam .
Selagi mana
ada perasaan ni , bersyukurlah . adanya mahu akan mencipta tahu . apabila ada
kemahuan , mesti berusaha jugak walaupun untuk melunaskan apa yang kita nak tu
. samalah dengan orang dewasa , ingin mengkaji , perlulah buka hati . belajar
untuk menilai apa yang mahu dikaji , bukan menerima bulat-bulat , tapi mengkaji
. dan tidak lupa , perlu ada guide line . perlu ada pemerhati dan tempat
rujukan . focus ; jika yang dikaji ialah berkenaan fekah , rujuklah para ustaz
dan agamawan . jika yang dikaji ialah perubatan , rujuklah para doktor dan ‘pharmacist’
. jika yang dikaji ialah berkaitan alam , rujuklah ahli falak atau astronomi .
bila kita Tanya yang pakar , jawapan yang kita dapat bukan sahaja tak tersasar
, tapi tepat! Dengan izin Allah .
Mencuba
Mencuba tak
salah . cuba untuk membaca buku-buku yang high standard . pengalaman saya
sendiri , cuba baca buku Arab ., ada ustaz yang mencadangkan saya ,
" bacalah
buku ‘fatwa ma’asirah qardawi’ , baru awak dapat tahu fatwa-fatwa masa kini .
yang awak Tanya ustaz tu banyak dalam buku tu “ .
Serius,
saya tak berani ,memandangkan bahasa arab yang tak begitu strong . tapi apa-apa
pun tak salah mencuba . “alah … bace je
, salah takpe , biasalah belajar . sebab tu kena banyak bertanya .”
Lega . jeda
. mencuba . nama pun belajar . jadi,jangan takut salah!
sedang Iblis itu sendiri , mana ada pengalaman sewaktu pertama kali menghasut manusia (Nabi Adam) hingga keluar syurga . tak terinspirasikah dengan keazaman mereka , sedangkan kita sebaik-baik kejadian ; yakni manusia ?
Membaca
Jarang orang
ada hobi yang luar biasa pada membaca . dan kalau tengok orang yang betul-betul
minat membaca , tahap pemikirannya luar biasa . di mana-mana sahaja , ada
sahaja idea . apatah lagi yang banyak membaca dan dalam masa yang sama , ia
dihiasi dengan rendahnya hati dan teguhnya iman . alangkah indahnya hidup
bertuhan . ada ilmu , ada akhlak . lengkap , bawalah ia kepada ibadah
berpanjangan .
“Tun Dr Mahathir Mohammad . sedunia mengagumi
beliau . katanya , beliau memang kaki buku “
sedang wahyu pertama yang Allah Taala turunkan juga ialah perihal membaca .
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan " - al-'alaq
Sesibuk mana
pun kita , sebesar mana pun tanggungjawab , setinggi mana pun amanah yang Allah
taklifkan , jangan berlepas diri daripada membaca . dengan membacalah ilmu kita
bertambah , pemikiran kita berkembang , aqal kita berfungsi menganalisis
maklumat . semoga dengan ilmu itu membawa kita kepada jalan iman . jihad dan
pengorbanan untuk Islam , sangatlah dahagakan kerahan fikrah kita . semoga
Allah memberkati dan memudahkan . amin .
Sekian .
hamiz ruslan ukht . ^^
No comments:
Post a Comment