Saturday, June 2, 2012

aku mahu solehah!

"...aku nasihati kalian , bukan bermakna akulah yang terbaik dalam kalangan kalian .."
teringat kata-kata ni . Imam Hasan Al-basri kalau tak silap .


Yang selalu sampaikan nasihat , yang selalu bercakap di hadapan khalayak , yang berani dan lantang bersuara , bukan bermakna dialah yang sempurna.
Sekali-sekala dengar ada kata-kata yang mendakwa “wanita solehah ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang” . kadang-kadang terfikir juga . ‘huh?? Tidak dipandang? So, mana boleh nak cakap-cakap depan orang , jadi public figure nih! Nanti orang duk main tengok! ‘
Alahai… habislah dunia kalau semua muslimat semakin jumud berpegang pada ayat ni . ya, ayat ni mungkin betul . jadi perhatian ramai orang bukanlah satu perkara yang baik . nanti semua sudut orang akan tengok . setiap steps kita orang akan perhatikan . tapi , tak semestinya kita menjadi orang pasif , mendiamkan diri daripada menyatakan yang benar , menyampaikan benda-benda ma’ruf kepada semua .
Kalau kita lihat sekarang pun , ramai je ikon wanita yang dah naik . tapi , yang terpenting ialah menjaga perlakuan dan pandangan . Islam tak mengongkong , tapi ia menghormati fitrah . Islam tak perbanyakkan perkara haram dalam hidup kita ni . tapi ia lebih kepada mengawal .
Ya , nak ke depan boleh , tapi jaga adab . apa ukuran yang Islam tetapkan ? tutup aurat , tak melenggokkan suara , berkatalah yang benar , bukan ikut sedap bicara .
Wanita . mereka asset Islam . mereka permata Islam . mereka bukan perhiasan dunia untuk sang jejaka yang keranjang matanya . tapi , ia perhiasan untuk cantikkan Islam .
Wanita . mereka permata dunia . apatah lagi wanita solehah.
Mahu jadi solehah !
Macam mana nak jadi solehah , saya tak pandai agama . saya tak pandai nak cakap bab-bab agama , nak beri tazkirah ..




 gambar sekadar hiasan , yang baik jadi pedoman



Banyak solat , bukan bermakna saya solehah . melainkan saya dah dapat apa itu IKHLAS
Banyak puasa , bukan bermakna saya solehah . melainkan saya dapat apa itu puasa daripada maksiat
Banyak berzikir , bukan bermakna saya solehah , melainkan saya sentiasa tahu yang ALLAH sentiasa kawal saya , dan saya TAKUT pada benda mungkar.
Banyak baca Quran , bukan bermakna saya solehah , melainkan saya hayati dan tadabbur apa itu nasihat agama pada saya sendiri selaku hamba ALLAH .

“hakikatnya agama itu bukan pada teori , bukan pada zahir . tapi amalam zahir itu penting untuk hadirkan hati yang ikhlas dan khusyuk ingat pada Allah . zahir itu meyakinkan manusia bahawa ibadah itu mampu lahirkan hati yang tenang ingat pada Allah . solat itu tiang agama , dengan solat emosiku terjaga . puasa itu menghalang nafsu , ia menjagaku daripada bernafsu ke  arah maksiat kepada Allah sama ada besar atau kecil . zikir itu mengingatkanku bahawa Allah sentiasa ada untuk membantuku sepanjang hari aku hidup , dan ia juga persiapan apabila ajalku sampai nanti . dan QURAN itu nadiku , dengan Quran , ALLAH ber’cakap’ denganku . DIA kata ;


“apabila hamba-KU bertanya tentang-KU , maka sesungguhnya AKU dekat “ albaqarah ; 186 ..

""
Allah … DIA memahami segala isi hati hamba .
Mahu jadi solehah , IKHLASkan diri , hanya pada DIA . cuba , mengadu , pada DIA .
Saya menulis , bukan kerana saya sudah Berjaya , tetapi saya menulis selaku hamba-Nya yang hina dina . wallahua’lam .
Doakanku kuat , sebagaimana insan solehah di luar sana kuat . amin .
Hamiz Ruslan.

No comments:

Post a Comment