Dengar lagu
Muslimah , oleh Ustaz Nazrey Raihan .
Terdetik
untuk cuba menulis tentang muslimah . ya , muslimah . saya sendiri muslimah .
dan dengan izin Allah , biarlah kita jadi seorang mukminah , solehah yang taat
pada Allah dan Rasul-Nya . dan yang telah berkahwin , taat pada suaminya .
subhanallah . indahnya kelembutan seorang muslimah .
“memandangmu
menyejuk hati , menundukkan nafsu hati yang goyang”
Ya , itulah
sifat muslimah . menjadi penyejuk di kala kepanasan , menjadi penenang tatkala
kegundahan , menjadi inspirasi tatkala buntu . hebatnya jika mampu menjadi
sebegitu rupa . tak hairanlah , watak solehah sebenarnya menjadi idaman si
jejaka , dan menjadi impian si wanita . siapa tak mahu jadi solehah ? kami mahu
jadi solehah . setunduk Saidatina Fatimah , sesetia Saidatina Khadijah ,
secerdik Saidatina Aisyah Ummul Mukminin dan Saidatina Ummu Salamah !
Tapi
bagaimana?
Iya . kami
mahu dibentangkan cara , bukan dilemparkan dengan harapan dan kata nista .
“saya
mahu awak jadi solehah . jadi baiklah ..”
“saya
tak suka tengok awak pakai macam nie!”
Kalau di
sekolah dulu ,’ famous’ lah ayat ni “ape muslimat ni , ramai pakai tudung
singkat ??!!! “ =_= ala, muslimin ni , macam tak biasa tengok orang kat
luar tuh ! masuk kawasan sekolah jadi alergik pulak tengok tudung singkat
singkaT! Huh!
wanita . ia
bukan sembarangan ‘substance’ yang boleh dilentur macam tu je . ia bukan satu
‘plasticine’ yang boleh dipenyek , dibentuk sesuka hati dengan mudah . plasticine
pun kalau tinggal lame2 keras jugak,kan! Sebab itu lah , diumpamakan wanita
itu umpama ; tulang rusuk lelaki . pertama , sepatutnya ia dekat di hati lelaki
untuk disayang , dijaga dan dipelihara . sakitnya dia , sakitnya juga sang
jejaka .
kedua ,
mahu lenturkan ia . satu benda keras yang bengkok , nak lenturkan , guna cara
keras, maka patahlah ia . maka cara terbaiklah , perlahan-lahanlah ! luruskan
dengan nilai-nilai kemanusiaan . jika ikut logiknya akal , boleh ke tulang
rusuk itu diluruskan ? mustahillah! Nama pun tulang rusuk . tapi nak tak nak , ia
mesti lekat pada batang tubuh seseorang , kalau tidak , lumpuhlah badan . jadi,
nak tak nak , seorang lelaki , jaga sang wanita sepertimana tulang rusuk itu
hendaknya , dan dalam masa yang sama
berkasar itu bukan cara terbaik . sebab itulah , pelihara, bukan
luruskannya .
wanita .
kalau diberi kerja , ia bisa bekerja , tak menjadi masalah . kalau disuruh , ia
buat , tiada keraguan padanya . kalau ditengking , dipaksa , itu masalah .
kerana ia punya hati kecil yang mudah beralah . laju sahaja air mata mengalir
andai ada yang menyakiti .
wanita .
yang beriman , itulah yang bakal membawa kebaikan . yang kuat , itulah yang menjadi idaman . sama
ada dalam satu-satu tugas atau sebagai peneman . kena jadi hebat , perlu jadi
kuat hati ; perlu dididik dengan cahaya
iman , baru ada benteng yang menambahkan system pertahanan badan! Tak perlu ada
alat kawalan jauh dari rumah untuk pastikan anak perempuan kita selamat ,
isteri kita selamat . cukuplah sekadar bekalkan iman dan ilmu syariat Islam .
itu bekalan yang cukup ampuh untuk dibuat modal sebuah kepercayaan .
sedih .
barangkali terlalu sayang . melihat seorang anak perempuan tok imam yang tegar
membonceng motor lelaki ke sana ke mari . melihat anak seorang ustaz bergaul
mesra dengan insan yang bukan bergelar mahramnya . melihat seorang anak pakcik
soleh dan makcik solehah yang tegar mengenakan pakaian ketat lagi sendat
seolah-olah tiada pedoman seorang Islam .
bila kata mak ayah tak ajar , melenting bagai! Memanglah . sebab memang
mak ayah mereka ajar . tapi ajaran tanpa bimbingan tak mampu hasilkan buah
keimanan . ajar sahaja , tanpa pengawasan dan larangan tak jadi apa-apa . dan
kita selaku kawan , mungkin akan tegar mencipta alasan; “mak ayah diorang
pun tak kisah , takkan aku nak masuk campur hal dia ???!!”
ohh.. bila
mak ayah mereka tak kisah , kita pun tak
ada hak la nak menegur . jadi , apa makna hadis Nabi yang kata “tak
sempurna iman seseorang selagi mana ia tidak kasih pada saudaranya sepertimana
ia kasih pada dirinya .”
semoga kita
jadi muslim cakna pada keadaan sekeliling .
kadang-kadang
, nasihat itu bukan hanya pada teguran , tapi dengan akhlak yang baik .
sama –sama
, untuk Islam . akhlak ; ini matlamat kita .
jaga adab
dengan Allah , dengan Rasulullah saw, ibu bapa , sahabat-sahabat , alam seluruhnya!!
-menjadi
wanita yang benar muslimah bukan mudah . jadilah wanita acuan ajaran Rasulullah
saw . baginda cukup sayang pada wanita . jangan murahkan diri kalian untuk yang
tidak halal! Kita mahal di kaca mata Islam ! naikkan mujahidah!
No comments:
Post a Comment