Tuesday, June 26, 2012

awan mendung pasti cerah kembali .



siapa sangka awan yang cerah itu kian mendung ,
siapa sangka air yang tenang itu kian berkocak ,
siapa sangka wajah yang ceria itu hari ini kian murung ,
kian sedih .
cuba dikuat digagahkan demi sebuah senyuman .
menutup hati yang bimbang .
apatah lagi apabila berita itu menyapa .
sungguh memeranjatkan .
sungguh merenjat!



saya baru baca , saya baru tahu!
Allah .. beratnya ujian untuk senior seperjuangan saya . Mohd Hatta . saya tak kenal sangat pada beliau . cuma saya tahu , beliau sangat disegani di sini . beliau banyak berbakti untuk kami di sini . beliau ada agenda beliau sendiri untuk sedaya upaya memberi manfaat kepada kami sepanjang pengajian kami di Jordan . 

petang semalam , saya dapat tahu mendung yang menaungi beliau . bapa beliau didapati dimasukkan ke wad icu , kerana serangan jantung . saya tembakkan doa dari kejauhan , semoga Allah berikan ketetapan yang terbaik untuk beliau sekeluarga . 

tup tup , ketika sedang meeting bersama saf kepimpinan , dan saya sedia maklum beliau tiada kerana pulang ke malaysia seawal jam 2 pagi . tapi ,saya tidak ditakdirkan untuk tahu bahawa bapa beliau telah kembali ke rahmatullah . 
sedih .
bimbang .
suram .
mendung , memanglah!

saya membayangkan saya di tempat beliau . dan seketika tadi , saya baru baca post di blognya . kata-katanya masih segar bugar di situ . ''hanya kumampu menembak doa daripada jauh , sangat jauh! dan mohon tembakan doa daripada semua . ada 'hutang' yang masih belum terbayar " -Hatta Razian

hutang yang masih belum terbayar. 

Allah ,,, bagaimana mahu membayar kepada yang telah tiada . serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa . Yang Maha Pemilik Segalanya . semoga Allah tempatkan bapa beliau dalam kalangan insan-insan soleh yang dijanji syurga . insyaAllah .

tembakan doa telah lama sampai .
Allah mendengar setiap rintihan doa hamba-Nya . selagi mana kita punya iman , keyakinan kita pada Allah tu tetap ada . Allah mungkin tak makbulkan apa yang kita pinta . tapi HE is the only ONE that really know what our needs are . 

kepada senior yang saya segani . bertabahlah . ujian hebat untuk insan yang hebat . mungkin senior sedang hadapinya , dan orang lain mungkin ada yang sudah hadapinya , sedang hadapinya dan bakal hadapinya . saya tak kata semua orang akan hadapi , sebab boleh jadi , kami yang berada di Jordan ini selaku anak yang akan pergi terlebih dahulu . ajal tak pernah mengenal usia . dan sedia maklum , senior Ilham Elani kembali ke rahmatullah pada 3 Disember yang lepas (al-fatihah!) . dan tak mustahil benda tu bakal terjadi . nauzubillah . semoga Allah beri peluang kepada hamba-hamba kerdil yang sedang berjihad menuntut ilmu . apa-apa pun , segala ketetapan Allah itulah yang terbaik .
semoga Senior Hatta terus tabah dan terus ceria . mungkin selepas ini , kami pula yang bertanggungjawab untuk menceriakan hari-hari berbaki senior di sini . segalanya tak mustahil untuk dihadapi , as long as kita rasa bahawa kita masih punya keluarga . 

ketetapan Allah ketetapan yang terbaik !
awan mendung kan cerah semula . air berkocak kian tenang . wajah itu bakal hiasi PERMAI lagi ! 
insyaAllah .
al-fatihah untuk bapa beliau .
hidup ; apa-apa pun , perlu diteruskan selagi kita masih punya ladang untuk akhirat ini .
ujian itu ;mematangkan .
kesedihan ; bawa kita kepada Tuhan . 
manusia ; sering kelalaian .
semoga ukhuwah sesama 'keluarga' PERMAI memberi kekuatan . mudah-mudahan .
amin .


semoga dia terus tabah . dan kian tabah .
mengambil kekuatan daripada kekuatan orang lain . 
Allah , rahmatilah kami .
berjauhan , bukan bermakna tidak berhubungan .
sayang kalian kerana Tuhan .......



##buat mak ayah di Malaysia , saya (hamizah binti ruslan) di sini , mengharapkan satu ketetapan yang terbaik untuk kita hadapi . insyaAllah . semoga saya dan adik-beradik lain menjadi anak soleh- solehah untuk kalian ! amin.



No comments:

Post a Comment