hidup memang selalu begini . ada banyak cabaran dan ujian yang melanda daripada hari ke hari .
tak ujian pada diri sendiri , ujian pada sahabat-sahabat , ujian pada keluarga dan sanak-saudara .suka untuk saya ulang kata-kata yang selalu saya baca daripada saudara hilal asyraf , "hidup ini kembarnya ujian , hanya selepas ajal ujian akan berhenti " . hidup. bukan satu perkara mudah , bukan hanya menunggu mati . dalam perjalanan hidup perlu ada panduan untuk sentiasa istiqomah pada jalan Allah untuk meniti hari .
Allah pernah pesan , bahawa Allah tak menjadikan kesusahan dalam kehidupan manusia untuk beragama . surah al-haj , ayat 78 . jadi, apa kuasa manusia untuk menghukum suatu perkara itu secara rumit . merumitkan cara-cara untuk solat sebagai contoh . jika seseorang itu menghidap kesakitan yang tak tertanggung , dipermudahkan baginya untuk solat secara duduk , berbaring bahkan dengan isyarat mata sekali pun. sampai begitu sekali Islam menjaga ummahnya . bagi wanita pula , banyak yang berpendapat , jika 'serius' dalam beragama , perlu pakai tudung labuh , perlu pakai baju kurung , jubah dan segala bagai . itu hanya optional . Islam tidak menggariskan sebegitu sebagai wanita yang menjaga agama . cuma pemilihan tudung labuh dan jubah itu ialah yang mudah dan sempurna dalam menutup aurat . tiada masalah jika hanya mengenakan sebidang tudung yang boleh menutup bahagian dada , tepi dan belakang badan berserta sepasang pakaian longgar . Islam bukan terkenal dengan ke'jumud'an , tapi dengan kesempurnaan .
kerap kali , jika berlaku sesuatu yang tak diingini . biasanya berlaku dalam bidang kepimpinan , tak kiralah di sekolah , di pejabat atau di mana-mana . apabila berlaku satu masalah , pasti orang bawahan akan bertanya , "bagaimana mahu selesaikan itu, ini ? " . dan majikan pula asyik bertanya "mengapa boleh terjadi begitu begini ?" . jika kita perasan, kedua-dua perkataan ini merupakan satu tekanan untuk si penerima . kadang-kadang saya tak faham , tidak bolehkah jika kita wujudkan satu suasana yang lebih sihat daripada penyakit-penyakit jiwa sebegini . apabila berlaku satu masalah yang umumnya diketahui . tak perlu diperbahaskan lagi . cuba ciptakan satu jalan penyelesaian yang boleh diambil sebagai jalan keluar . apa yang saya nampak di sini ialah pergantungan .
iya, memang adanya pemimpin, maka adalah tanggungjawab ataupun amanah atas pemimpin itu . tapi, tidaklah semua beban serta-merta semuanya atas kepala bahu pemimpin tersebut . mungkin sebab inilah ramai yang takut untuk menjadi pemimpin, apabila mereka tahu keadaan yang akan berlaku sepanjang tempoh kepimpinan . suka untuk saya petik kata-kata Rasulullah , "mudahkanlah, jangan susahkan " . ringkas . tapi seringkas-ringkas ayat ini pun kita masih belum mampu laksanakan , bukan ?
saya lebih suka akan suasana yang melibatkan semua pihak . apabila semua pihak merasakan tanggungjawab atas bahu mereka . pernah dengar satu frasa 'orang putih' ;" Those who stop learning , they stop leading " . mereka yang berhenti belajar , mereka berhenti memimpin . saya rasa frasa ini tidak memfokuskan kepada yang menjadi pemimpin tertinggi kepada sebuah komuniti , bahkan yang memimpin secara umum ; memimpin diri sendiri . jika lihat sekarang , ramai yang berbicara tentang hak, tapi berapa kerat yang bercakap tentang tanggungjawab . semuanya mahu hak mereka dipenuhi , tapi yang mahu melaksanakan tanggungjawab tak seberapa . bagaimana mahu penuhi hak , jika tiada yang melunaskan tanggungjawab .
sedang zaman Rasulullah saw dahulu , sahabat-sahabat banyak membantu dalam mengeluarkan idea-idea bagi suatu situasi . Rasulullah saw juga menerima pendapat wanita dalam masalah baginda sepertimana Rasulullah menerima pendapat Saidatina Ummu Salamah sewaktu peristiwa pengsyariatan rukun haji di Hudaibiyah .
"mukmin itu ibarat satu bangunan , mereka saling menguatkan " . bahkan ada pepatah Melayu, bukan ? cubit peha kanan, peha kiri terasa . jadi, apabila berlaku satu perselisihan atau gelora dalam kehidupan . berhentilah bertanya , 'how ' dan 'why' , tapi katakanlah , 'why don't you try this.. ' , 'everything happen with a reason , insyaAllah ' , 'let us think the way out ' .
jika kalian tanya , kenapa bahasa Inggeris ? "ada sesuatu yang kita tak boleh terjemahkan dalam bahasa lain , kecuali bahasa tertentu sahaja ". =_=
"people may always ask you for a way out , why don't you make them thinking the ways out . it's about an 'understanding' ."
hamiz ruslan
No comments:
Post a Comment