Saturday, February 4, 2012

menghadapi hari esok dengan sunnahnya







terkelu . melihat kosongnya 'kertas' blog post ni . rasa kosong sahaja idea . tapi kucuba coretkan jua . masih berpegang pada prinsip bahawa menulis itu ialah satu keperluan , bukan menulis hanya apabila tercetusnya mahu semata-mata.

hari ini, diingatkan lagi dengan Maulidur Rasul . saya belum mahir dalam ilmu tentang Rasulullah. baru saya sedar yang saya sebenarnya masih belum kenal baginda . benarlah, orang bilang , "tak kenal maka tak cinta" . jika jelas kita belum kenal Rasulullah, bagaimana kita mahu cintakan baginda , bagaimana kita mahu menagih kasih syafaat baginda saw. dan yang paling penting , bagaimana kita mahu ikut baginda saw dalam setiap jejak langkah baginda . saya ada mendengar pesanan daripada seorang kakak , katanya , bersyukurlah kita masih punya hati yang cinta dan kasihkan baginda saw . boleh lihat satu bukti ; di mana kita mendengar kisah baginda , kita menitiskan air mata . kita mendengar tuduhan melulu dan fitnah terhadap baginda saw (walaupun jarak antara kita dan baginda saw begitu jauh , namun masih ada yang mahu mencipta kata , mengingkari dan memfitnah baginda saw. nauzubillah ) , kita pasti melatah , bukan . saya berbangga punya hati yang masih 'hidup'nya Rasulullah di hati ini .

tapi cukupkah hanya hidup pada zahir semata-mata , tapi tidak pada hati?
jika hati masih mati daripada memahami ,
jika mata masih buta daripada melihat ,
jika telinga masih pekak untuk mendengar ,
jika mulut masih bisu daripada menyatakan ,
segala pesan dan jejak langkah NABI MUHAMMAD SAW .
kata cinta , tapi mendustakan baginda .

segala yang Rasulullah pesan , saya cuba untuk ikut .
segala yang Rasulullah sabdakan , saya cuba untuk hadamkan .
segala yang Rasulullah inginkan , saya cuba untuk penuhkan .
tapi siapalah aku untuk memenuhi kata 'segala' sedang kemampuan ini begitu membatas upaya.
saya masih belum mampu mencipta bahagia dalam diri , menghayati semua sunnah Nabi . tapi setidak-tidaknya saya cuba . semoga Allah menilainya sebagai saham untuk ke syurga bersama kekasih-Nya .
pesan Rasulullah , " assolatis solah ... الصلاة الصلاة...!!"
kerana baginda saw tahu, setelah wafatnya baginda saw. pergantungan ummatnya hanyalah pada DIA, Pemilik Hati-hati Hamba .
semoga sekalian manusia punya hati yang ingin beriman pada-Nya .
nikmat dan indahnya Islam ,Iman dan Ihsan . siapa yang mahu dustakan?
"maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan ?"ar-rahman : 13

esok, bakal menghadapi semester kedua di bumi Jordan . semoga Allah permudahkan sekalian mahasiswa Melayu di bumi ini . bumi yang banyak mengajar erti tarbiyah dan istiqomah . segalanya atas disiplin dan keyakinan pada diri . tiada pergantungan yang lain, kecuali Allah . serius. saya ingin katakan , pergantungan itu letaknya pada Allah sahaja yang setinggi-tingginya . yakinlah , jika kalian berpaling, maka pertolongan siapa lagi yang bisa kalian harapkan?
(3:160)

kutitipkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam . semoga hari esok dan seterusnya , aku bakal mengenal dan mencintai baginda dengan lebih mendalam . jejaka idaman wanita mukmin- Rasulullah saw .

irbid
10.30pm
hamiz ruslan .

"bersedialah hadapi hari esok dengan seribu satu perancangan . walaupun jaminan untuk menghadapinya bukan terletak pada kalian , tapi setidak-tidaknya berusaha dan bertawakallah ."

1 comment: