Thursday, February 9, 2012

menjadi ahlul Quran

pernah kaji satu perkara ni , berkenaan istiqomah . bagaimana mahu sentiasa semangat dalam melakukan suatu perkara . pertamanya , merasakan ada satu tanggungjawab besar dalam diri . sentiasa rasa kitalah yang bertanggungjawab untuk hal tersebut ; sebarang hal . jadikan diri kita ini sebagai pemimpin, bukan selamanya dipimpin.
yang kedua , anggap suatu perkara itu sebagai satu keperluan . sebagai contoh ; menyampaikan rislah-risalah perjuangan . suka untuk saya petik status daripada rakan saya , "rasa serba salah pula , bila tahu sesuatu tak disampaikan . apa guna ambil tahu . hidup bukan sorang-sorang ." betullah tu , hidup bukan seorang , apabila kita merasakan suatu itu sebagai perlu , kita akan buat . dan takkan bersenang-lenang , bergoyang kaki . contoh mudah lain ; makan . heh~ saya malas hurai panjang .
yang ketiganya ; mengajak orang lain . pernah saya terbaca , apabila kita menyuruh orang untuk buat suatu perkara , secara tidak langsung ia akan menjadi satu 'force' untuk kita buat perkara itu . saya terfikir, mungkin sebab ini agaknya penulis-penulis sering kali menulis . menulis, kerana mereka lemah . menulis, kerana mereka mahu motivasikan diri mereka juga . menulis, kerana mahu mencari ketenangan . hebat!





jadi sebagai manifestasi saya punya kajian itu, saya mahu kongsikan beberapa kaedah yang saya rasa penting dalam menghafaz al-Quran .
  1. pertamanya , ikhlaskan niat . dalam al-quran , banyak ditekankan soal niat . niatlah yang membezakan antara ibadah dan bukan ibadah . niatlah yang membezakan antara muslim dan kafir . dan niatlah yang membezakan semua orang yang menghafaz al-Quran . kerana apa ia menghafaz . jika niatnya hanya cemburu melihat sahabat-sahabat lain juga menghafaz quran , itu sudah silap . hafazlah kerana ingin menegakkan ayat-ayat Allah . jika saya sendiri , suka untuk fikir '' jika Quran ini tiada padaku , sebagai contoh terperangkap dalam kurungan ataupun kesesakan lalu lintas tanpa 'ain (medium) al-Quran di sisi , hafalan boleh menemani "
  2. hafazlah ayat-ayat Allah dengan menggunakan naskhah al-Quran yang sama , iaitu cetakan yang sama . jika darul iman , darul imanlah hingga akhir ayat .
  3. ketiganya , selalu tasmi' (perdengarkan ) pada orang yang pandai mengaji . walaupun baru sahaja siap menghafaz tiga ayat .
  4. keempatnya , disarankan hafaz setelah fajr (setelah masuknya waktu subuh hinggalah terbit matahari ) . waktu sebegini ramai yang tidak memanfaatkan sepenuhnya . apatah lagi pelajar-pelajar . mengikut pengalaman dan sepengetahuan saya , pelajar biasanya tidur pagi pada hari cuti kecuali jika ada kelas waktu pagi . terbaca juga satu peristiwa pada zaman saidina Umar yang menasihati anaknya ," kamu tidur sedang rezeki sedang dibahagi-bahagikan??"
  5. setelah menghafaz ayat-ayat suci Allah , jagalah tiga perkara ; makan , tidur dan ucapan . jangan makan terlalu banyak kerana itu masuk ke dalam makruh , jangan tidur terlalu banyak kerana itu melemahkan badan , dan jangan terlalu banyak bercakap , kerana banyak bertutur maka banyaklah silapnya dan banyak silapnya maka banyaklah dosanya .
  6. last but not least , pohonlah pada Allah agar dikuatkan ingatan dan diberi izin Allah untuk terus menghafaz kalam mulia-Nya . bukan orang biasa-biasa yang boleh hafaz al-Quran .
baik, yang terakhirnya sekali , saya rasa semua sedia maklum . mengulang bacaan . tanpa ulangan, tiada yang bisa melekat di kepala . sama macam muroja'ah (ulangkaji) pelajaran , kalau seminggu dua baru nak membuka lembaran satu semester , belum tentu 30% pelajaran boleh diingati apatah lagi dikuasai .

tanamlah rasa cinta pada Al-Quran . al-Quran ni , ia unik . membacanya tanpa mendalami maksud sahaja sudah tenang , apatah lagi apabila menghayati maksud yang ingin Allah sampaikan pada hamba-hamba-Nya . dan sebagai nilai tambah ; dapat tambahkan akaun pahala , boleh jadi saham di akhirat sana . hanya ALlah yang mampu menimbangbicarakannya .
siapa tak mahu syurga ? ^-^

"saya mahu 'tempah' 'lelaki kacak' yang boleh teman daripada alam kubur sampai jumpa Allah ^-^ "




No comments:

Post a Comment