Dalam syurga ada taman. Bagaimana indahnya taman syurga tidak tercapai akal fikiran. Yang pasti taman itu ialah taman orang yang beriman. Iman hanya boleh capai bila ada kekuatan untuk lawan maksiat dan kemungkaran. Ayuh jadi Mukmin yuk !
Friday, February 10, 2012
mahasiswa belum ter'buka'
bismillah .
kali ini, isu yang saya rasa saya bukan ahlinya . ada open-talk di Irbid malam ni . tajuk berat , isu berat tapi berjaya mengumpul hadirin yang sangat ramai secara kasar. dan saya boleh lihat , ramai mahasiswa berbanding mahasiswi . mungkin isu ini lebih kepada jiwa lelaki .
."dunia Islam pasca Revolusi Arab " .
malam inilah saya baru mendapat satu medium baru untuk membuka mata . soal hamas dan fatah , israel dan palestine , revolusi dan evolusi , dan sebagainya . sekarang , saya dapat lihat
manusia banyak berbicara tentang isu semasa tanpa memiliki pengetahuan yang mendalam tentang suatu perkara . ada banyak yang kalian belum jelas tentang suatu isu . apatah lagi , jika isu tersebut sebagi satu isu di luar negara . sepertimana kata seorang senior, Presiden Permai kami ; 'wakil yang paling layak untuk berbicara ialah yang ada di dalamnya , iaitu yang terlibat dengan Palestine itu sendiri " . betul . cuma kita sebagai 'orang luar ' boleh kemukakan pandangan dan pemerhatian , tapi bukan hukuman dan telahan buta . mulakan titik pengkajian , jangan tutup mata dan butakan hati daripada memahami . suatu perkara itu boleh jadi benar , boleh jadi juga tidak wajar .
memang . ada sahaja 'puak' yang tidak berpuas hati dengan revolusi Arab ataupun lebih dikenali sebagai Arab Spring . mereka yang tidak berpuas hati , mungkin akan dicop protes , kerana fenomena dunia Islam seolah-olah majoriti menyokong 'gerakan' ini . tiada kesilapan dalam ketidaksetujuan , tapi memerlukan hujanan hujah . sedang Allah mencabar hamba-Nya yang mahu sombong terhadap-Nya . tapi perlukan hujah ! saya bukanlah faqih dalam bidang agama , tapi saya mahu kemukakan satu contoh hujah jika mahu sombong pada Allah ; "jika kamu betul mahu sombong , carilah bumi lain untuk hidup , jangan hidup di bumi Allah ! " . jadi, mahu ke mana? sampai mati sekali pun kita tidak dapat lari daripada Allah .
tapi jika kita dapat lihat , orang kafir ; mereka i'tiqod kewujudan Allah , tapi tidak beriman dengan-Nya , tidak menyembah-Nya dan tidak i'tiqod ketuhanan Allah . alangkah ruginya apabila mata hati dibutakan , walaupun tidak dibutakan mata kasarnya daripada menilai suatu ilmu Allah.
teringat point yang dibentangkan oleh senior . "kaji suatu yang nak diperjuangkan . specifickan , bukan hanya secara umum . kajilah sampai tahap ; tahu siapa pilot yang telah melepaskan bom di Palestine " . sama sahaja hukumnya dengan matlamat perjuangan , cuba specifickan apa yang mahu diperjuangkan . tak semua orang yahudi ataupun orang Amerika yang menyokong kekejaman zionis , tapi kita sekarang ambil mudah menghukum "ini orang yahudi! laknatullah ,laknatullah ! " ..jadi, siapa mahu tarik mereka daripada laknat Allah kepada rahmat Allah . Islam , harus disejahterakan , bukan dijauhkan daripada puak kafir. kan boleh ditarik orang kafir ini kepada Islam . dan sebab itulah Islam , rahmat sekalian alam , bukan rahmat sekalian muslimin , ataupun sekalian arab . jadi, bagi saya , golongan yang memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama membataskannya kepada puak-puak tertentu , bukankah itu satu kesilapan?
Islam ; rahmat sekalian alam .
masih banyak yang perlu dikaji . selepas ni , perlu lebih rajin mengkaji , bukan hanya sekadar tunggu disuap macam anak burung tunggu ibu bapanya cari cacing . ^^ wallahua'lam.
jadi, mahasiswa perlu lebih terbuka pemikiran , bukan hanya membuka mata dan menyatakan 'hidup,hidup ! palestine , palestine ! ' . tapi , fikrah kosong daripada memahami . bak kata orang pantai timur , "berat nanang ~ heh.. "
"suatu yang kita tidak tahu, adalah lebih baik kita mengkaji daripada mendengar daripada mulut yang belum tentu memahami "
-hamiz ruslan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment