Permulaan 2012 .
Inilah ia. Ada permulaan yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Suatu yang menggembirakan, menyedihkan dan meresahkan. Biasalah, ujian dalam kehidupan sering kali menimbulkan seribu satu persoalan dalam hati dan jiwa. Mungkin itu tanda Allah cinta kasih dan sayang pada hamba-Nya. Semoga sekalian insan yang sedang berjuang meletakkan seribu satu pengharapan pada Allah sepenuhnya. Hanya Allah sumber kekuatan, mudah-mudahan .
Permulaan 2012, ramai yang mengaitkan tentang ‘peristiwa berdarah’ Safwan Anang yang dibelasah sekumpulan pengawal keselamatan ataupun FRU . err…pengawal keselamatan? Adakah Safwan Anang seorang penjenayah yang bakal meletupkan Negara dengan bom atom ciptaan canggih bak peluru berpandu Amerika? Ahh.. butanya sesiapa yang berfikiran sedemikian . seorang mahasiswa yang hanya mewakili segenap mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia, menuntut hak mahasiswa untuk bersuara diinjak sebegitu rupa. Saya bukanlah seorang yang mahir berpolitik, yang mendalami ilmu politik. Tapi setidak-tidaknya, rasa cakna dan prihatin itu ada. Iya, saya cuba untuk bersangka baik pada kedua-dua belah pihak , sama ada pembangkang apatah lagi kerajaan , pemerintah Negara tercinta. Namun, hampa. Mengapa kebaikan yang saya harapkan, namun keburukan yang dizahirkan.
sungguh, saya tak sangka ia berlaku di Malaysia
Mungkin juga saya ada terlepas pandang? Mungkin benar, sekadar menonton ‘bukti’ melalui you-tube bukanlah satu tindakan bijak untuk membuat penilaian. Tapi, mana mungkin beberapa buah video yang sama kandungannya boleh diupload secepat itu selepas kejadian? Mungkinkah ianya diedit? Expertise mana yang boleh menipu sedemekian rupa. Langsung tak logik mengikut pandangan akal manusia. Tapi, teknologi canggih mengatasi minda manusia. Kadang-kadang, kebenaran ditolak tepi hanya kerana meragui. Patutkah? Saya rasa setakat ini, saya tidak bias dalam mengadili.
Apabila ada seseorang memberi pandangan berkenaan politik atau sekali sekala terlibat dalam gerakan neutral tapi anjuran mana2 parti politik. Biasanya akan muncul manusia yang berkata "Senang2 masuk politik je la atau bertanding terus". Sedarilah, itulah tanda minda individu yg berkata itu putus beberapa 'wayar kebijakan & kefahaman'. Sedarilah, SEMUA KITA terlibat dlm politik selagi kita berada dlm sebuah negara yg memberi ruang pilihanraya & pilihan pemimpin. Bersuara menyatakan pandangan adalah sihat & bukan indikasi bahawa yg berkata itu PERLU FULL TIME menjadi ahli parti politik tertentu. Pandangan berkaitan politik pula pastinya akan ada cenderung ke mana2 pihak, sesiapa yg sentiasa neutral adalah ciri munafiq berpendirian lalang.
(ustaz zaharuddin)
Dalam angka satu jam selepas jam 12 malam waktu Malaysia. Saya menonton dua buah video berkenaan tragedy berdarah mahasiswa. Jelas memaparkan tentang Safwan Anang yang dibelasah pihak polis dan FRU. Dalam kekalutan suasana, ada suara tempik jerit mahasiswa lain , bagi membela sahabat mereka. Tapi, jeritan Cuma tidak memberi bantuan apa-apa. Apabila saudara Safwan dikepung, diinjak, dipijak, disepak sebegitu rupa. Saya tak Nampak di mana erti ‘manusia’ di situ. Mungkin , mereka marah benar apabila mahasiswa tidak berganjak setelah amaran dikeluarkan. Tapi, di mana hak mahasiswa yang sejak pertengahan bulan Disember yang lepas. Perbincangan cara baik , dan perbincangan bersemuka antara pemimpin dan orang bawahan , bukankah itu lebih baik?
sewaktu dibebaskan dari lokap. alhamdulillah. masih bisa teruskan perjuangan
Saudara Safwan Anang dimasukkan ke hospital, saudara Adam Adli dan sahabat-sahabat yang lain dmasukkan ke lokap, dan saudara Ammar cedera di kepala. Peristiwa berdarah yang dirakamkan pada 1 Januari 2012. Permulaan perjuangan yang baik, mampu buka mata yang umat Islam , semangat juangnya bukan pada jasad, tapi pada kuatnya semangat jihad. Mana mungkin, orang biasa masih tersenyum dengan darah di kepala, dengan patahnya tulang dan anggota . =) respected!
saya harap mereka boleh jadi perintis 'heroes' umat Islam satu hari nanti. ini hanya permulaan . amin
Alhamdulillah, tak kurang juga satu ‘sambutan’ count up (^^) oleh ustaz Azhar Idrus di dataran Shah Alam. Subhanallah, sambutan pertama yang berunsurkan Islamik, mendapat sambutan sebegitu rupa . lebih 70 000 umat manusia berkumpul di dataran shah Alam. Berkumpul demi redha-Nya , insyaAllah. Sedangkan ada yang masih dalam kelalaian. Mendapat hidayah daripada Tuhan, selama ini tahun baru dihiasi dengan sorakan, tarian dan gempita mercun dan bunga api. Tapi, malam itu diteriak dengan laungan takbir. Ahhh…manusia, mereka dahulunya kelalaian. Berapa lama dan berapa kali suara itu sudah melafazkan suatu yang luar batasan redha Allah. Malam itu, ia berubah ^^ syukur , ya Allah. Walaupun saya tidak berada di situ, semoga tempias sebagai rakyat Malaysia tetap berkobar di sini.
Pagi itu.
Hari ini tahun baru . tahun 2012. Banyak yang dijangka untuk tahun ini. Tahun untuk maju, tahun akan berlaku ‘malapetaka’ juga ada. Iya ke malapetaka ? ataupun bala dari Allah sebagai pengajaran dosa?
Mereka. Masih ada yang tegar meminta-minta. Masih ada yang sedang mengutip sisa. Sedih juga. Mengapa masih ada yang menjadi ‘sisa’ dalam masyarakat. Sayu melihat seorang pak cik tua yang maish tabah menggeledah tong sampah kuning di tepi jalan. Mencari tin-tin atau bahan terbuang , mungkin. Mudah-mudahan dapat menjadi sumber rezeki tambahan. Sedang, yang lain sedang enak bersenang-senangan, melepak, meng’hirup’ syisya , menjamu selera. Butakah hatinya? Niat hati memang mahu membantu, tapi apakan daya, aku hanya musafir. Tiada wang di tangan yang mampu diberikan. Cuma, berharap suatu hari nanti saya mampu memberi, pada mereka yang sedang mencari! Dan semoga, Allah rahmati usaha mereka meredah ujian hidup, walaupun perit, tapi menjanjikan seribu satu rahmat! insyaAllah.
Malam itu. 3 disember 2012. 8.25 malam.
Malam sudah pekat . syari’ jamiah tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melabuhkan tirai, menutup hari dengan ubudiyyah. Manusia masih berkeliaran, bertebaran di muka bumi. Kedai-kedai makan , kedai-kedai pakaian dan gerai-gerai di tepi jalan masih meriah dengan penjual dan pelanggan. Saya dan sahabat-sahabat masih berjalan meredah gelap malam. Selepas kelas tafsir setiap malam selasa, begitulah. Berjalan di tengah malam. Sesekali terdengar suara nakal yang mengusik ‘malizi, malizi! ‘ , ‘ ni hau ma? ‘ . saya tak pastilah, mereka faham atau tidak apa yang mereka perkatakan, sedangkan kami pun tak faham ! ^^
‘isytari, isytari (belilah, belilah..) ‘ , tiba-tiba ada seorang kanak-kanak menyapa. Saya memandang ke bawah . ‘ ya Allah…. Budak sekecil ini? Budak sekecil kanak-kanak berumur 4 tahun sedang menjaja sesuatu. Saya tak pasti itu apa. Ahhh.. tak tegar, mahu membantu, tapi teringat pesanan senior.
‘kadang-kadang, mereka ini sindiket, tak payahlah. Mahu derma, pilih juga keadaannya, takut datang mudarat juga ‘ tersenyum.
Mudarat? Iya, suasana di sini, akibat terlalu ramai golongan miskin, golongan yang memerlukan , apabila kita memberi pada seorang, ramai yang akan menyerang. Uhh?? Adakah ini ialah tuduhan rambang? Wallahua’lam, saya belum merasainya, tapi niat untuk mencuba masih belum terlaksana. T-T
Begitulah. Tahun 2012. Sarat dengan kemajuan, namun masih ramai yang melarat. Itu yang dapat saya lihat, jika yang tersembunyi, saya tak pastilah berapa jumlahnya. Itu di Irbid (Jordan) yang kecil sempadannya, jika di Malaysia , saya tak pasti seramai mana. Yang pasti di pusat zakat masih ramai yang menagih bantuan. Bilakah seluruh manusia bias merasai aman, merasai bersama-sama kemanisan dalam kesenangan. Tiada jawapan. Bahkan saya sendiri, tiada jawapan. Cuma berharap agar diri diberi kesempatan untuk menyumbang pada yang memerlukan , sebelum saya sendiri yang memerlukan.
Semoga Allah redha. Dan semoga tahun 2012 menjanjikan suatu yang lebih, baik di Malaysia, Jordan, Mesir, Syria dan seluruh bumi seisinya. Allah… sa’idna.
Mengimpi sehebat fateh!
irbid
7.30 pagi
"dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan ) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sungguh Allah berserta orang yang berbuat baik"
al-ankabut : 69
No comments:
Post a Comment