Wednesday, January 18, 2012

signifikan menulis.

alhamdulillah. dua tiga hari ini , giat juga membaca blog post , entri-entri orang . ramai yang post tentang himmah, hamasah, pengalaman dalam kehidupan. betullah, hidup ini untuk berkongsi . berkongsi suka duka, berkongsi pengalaman. kadang-kadang, dengan hanya status di Facebook pun sudah memadai untuk menyentuh hati yang sedang rawan. boleh jadi situasi seorang insan dan insan lain sama pada waktu itu. hebat . bahkan saya sendiri pernah , mencari status FB insan lain untuk tenangkan hati sendiri. inilah yang dibimbangi,kan. mahu tenangkan hati, cari internet, cari facebook, bukan cari Tuhan . heh~ saya tak rasa ini satu masalah. kalau benar facebook, twitter dan blog digunakan oleh golongan-golongan dakwah ini secara baik, pasti bawa manusia kepada Tuhan , yakni Allah Taala.

kadang-kadang, apa yang kita baca itu ialah satu doa. doa untuk terus thabat pada jalan Allah, doa untuk hari ini lebih baik daripada semalam, doa untuk adik yang sedang sakit, doa untuk diri supaya hari-hari mendatang lebih baik d
aripada hari semalam. itu sudah bagus, bukan. tapi , bergantung pada individu juga, sejauh mana ia mahu kembali kepada Allah, mencari ketenangan hakiki.

semenjak dua menjak ni, ada masalah sikit mahu istiqomah dalam mendisiplinkan diri untuk buat blog post. iya, sampaikan kebenaran, sampaikan nasihat . ramai orang takut , sebab katanya ;
"aku bukan baik sangat, a
ku ni biasa-biasa je . tak layak lah nak nasihat-nasihat orang"
"err...tak apalah, tak ada masa"
"ha...blogger dah sampai . geng-geng ayat bunge ."

kelakar pun ada bila fikir balik. satu ; mengaku diri bukan baik sangat. eh, macam silap ni. saya tak rasa orang yang berblog, orang yang menulis, orang yang menyampaikan pesanan nasihat sewajarnya pada orang lain sebagai 'sempurna' , cukup baik dan tak perlu baiki diri sendiri. ada terbaca blog post daripada ustaz hasrizal , hidup ini orang hanya nampak pelangi kita, orang tak tahu apa badai hujan yang kita tempuh sebelum pelangi. cuma kesusahan dan kesempitan; ada pilihan untuk diceritakan atau tidak. sama ada dikongsi untuk pengajaran, ataupun antara kita dan Tuhan semata-mata. ujian juga satu rahmat, bukan? ^^

diambil daripada blog Hami Asraff ^^


kemudian , ada yang mengaitkan dengan masa. betullah, mengaku je sebenarnya . menulis blog memang perlukan masa. masa untuk fikir ayat-ayat yang sesuai supaya tak sentuh sensitiviti orang ramai. masa untuk memikirkan idea (walaupun kebanyakannya idea datang tanpa fikir pun ) , masa untuk menulis semestinya . tapi, soal masa , itu bergantung pada individu juga. sejauh mana ia rasa keperluan untuk menulis , ia akan mencari masa untuk menulis. bahaya juga, menulis untuk publisiti (nauzubillah , semoga Allah jauhkan ) . menulislah dengan hati , menulis , niat untuk memberi peringatan, mana tahu di situ ada saham!
kadang-kadang , pernah terfikir dulu, ''aku tulis punya tulis, bukannya ada orang nak baca , sia-sia je , bukannya boleh jadi glamour macam ustaz zaharuddin, ustaz hasrizal, hilal asyraf , macam hami asraff , macam iqbal syar'ie, macam doktor cinta (^^,)"
kemudian fikir punya fikir, mereka dahulu lahir-l
ahir dah jadi aset Islam begitu je ke? ataupun mula daripada bawah. tiada ayam yang keluar daripada perut ibunya , terus jadi ayam, mesti awal-awal keluar telur dahulu,kan. (betul ke perumpamaan ni? 0_o)
"menulislah dari hati, niat itu urusan kita dengan Allah. menulis juga bukan senang-senang, menulis ikut suka hati sahaja. kan setiap bait bakal ditanya Allah kelak. jadi, saya tekad, saya minat menulis. dan saya mahu menulis. dapat tempat di hati masyarakat atau tidak , itu nombor dua. yang utama, saya perlu muhasabah cara penulisan ; menulis apa yang mer
eka perlu, bukan mahu . menulis apa yang dirasakan benar selaku mahasiswa dan remaja . jika ada yang boleh mengambil ibrah, itu rahmat Allah ."


ramai yang mengaitkan , 'geng-geng' blogger mesti ayatnya berbunga-bunga. pandai bermadah pujangga . ya, memang tidak dinafikan , kekerapan menulis, bertinta boleh melahirkan skil untuk menulis sesuatu yang indah , yang mungkin boleh memberi kesan kepada masyarakat . tapi itu nilai tambahlah . bukan menjadi syarat untuk menjadi seorang penulis, kemudian memberi peringatan kepada pembaca . saya sekarang mahu mengajak lebih ramai lagi yang punya minat mahu menulis, punya kelapangan mahu menulis, punya kemahuan untuk menulis agar menulis. setidak-tidaknya boleh menjalankan dakwah di dunia global . penulisan ; ia sesuatu yang semakin mendapat tempat untuk masyarakat mencari pedoman . dan wasilah paling mudah untuk mencarinya di mana ? seharusnya di internet , walaupun ada dijual majalah-majalah mahupun akhbar yang memberi ibrah , tapi bagi yang berkemudahan internet , mesti mendahulukan yang lebih mudah, bukan .. sebab itulah, saya galakkan untuk 'menulis' , bukan berblog. blog mungkin suatu yang memerlukan nilai istiqomah dalam diri . tapi, untuk melatih diri menulis, mulakan dengan membuat notes di Facebook, setidak-tidaknya dapat mengupas lebih panjang berkenaan suatu isu, bukan hanya melalui status FB sahaja.

saya kagum dengan penulis yang mampu rungkaikan satu isu dengan baik. penulisan ada banyak skil . ada yang penulisannya formal ; membentangkan tentang hukum hakam, qaedah fiqh , isu dunia dan sebagainya . ada yang penulisannya santai; sesuai untuk para remaja , lagi-lagi berkaitan cinta , ikhtilat dan muamalat sepanjang kehidupan meningkat dewasa. ada yang penulisannya tentang alam rumah tangga ; isunya dikupas santai dan dalam masa yang sama mendidik hati-hati insan bagi membina baitul muslim yang diredhai Tuhan . dan tidak kurang pula yang menggabungkan semuanya , mengikut label-label masing-masing. dan apa yang saya dapat lihat , tidak semua bahkan ramai dalam kalangan penulis bukanlah yang berada dalam bidang pengajian agama . latar belakang cukup berbeza ; dalam kalangan engineer , doktor , profesor , peguam , consultant dan sebagainya . kefahaman dalam beragama milik setiap individu muslim. dan apatah lagi jika dapat mengaplikasikan ilmu fardhu kifayah yang dipelajari dengan hikmah dan ibrah dalam islam . sebab itu perlunya perkongsian , bukan hanya menolak tanggungjawab ini pada individu tertentu sahaja.



sekarang , kita boleh mengagumi saudara-saudara penulis yang sedang hangat mendapat tempat di hati masyarakat , membuka minda masyarakat tentang indahnya Islam . menunjukkan syumulnya nizhom Islam . dan sekarang, alhamdulillah masyarakat semakin pandai 'bermain' persoalan bagi mengamalkan Islam . semakin ramai yang sedar yang setiap inci dalam kehidupan ialah ibadah . bukan hanya pada syahadah, solat , puasa , zakat dan haji semata-mata . setiap nafas ialah ibadah , setiap denyutan nadi ialah taqarrub, ubudiyyah pada Pencipta . tetapi, pernahkah kalian terfikir untuk menjadi seperti mereka . saya sendiri, saya tidak pandai menyusun kata-kata , bermadah-madah dan ilmu juga hanya satu rekahan kecil daripada ilmu Allah taala , bahkan jika diukur, ramai lagi yang selayaknya menulis daripada saya. tapi jawapannya ; "saya minat dan saya cuba" . semoga Allah mengira usaha ini sebagai salah satu daripada cabang usaha untuk manifestasikan keimanan kepada DIA . mudah-mudahan. semoga dengan kehadiran lebih ramai blogger, facebooker , vlogger dan websiter yang giat menyampaikan pesanan kebaikan , Islam semakin berkembang dan dijulang tinggi . dan sandarkanlah sebaik-baik pergantungan kepada Allah di samping usaha berpanjangan . semoga Allah redha.


--------------------------------------------------------------------------------------

hari ini, pada 20/1/2012 bersamaan hari jumaat , hari penuh barakah ini, ada satu program di Irbid , anjuran PERMAI; Forum bertajuk , 'cabaran rumah tangga '

baru buat status sebegini, orang dah cakap, 'x lama dah tu' .^^

gabungan panel berbagai-bagai latar belakang ; sudah lama berkahwin, baru berkahwin dan belum berkahwin (di ambang perkahwinan) .dan moderator (tak lama lagi, insyaAllah ) .
dan tak pasal-pasal tadi macam kena 'radd'. tak ape, gurauan penambah manis perbincangan . insyaAllah, baik saje . asalkan orang boleh dapat ibrah sedikit sebanyak .

kalau berkesempatan, akan dibincangkan pada post seterusnya .

p/s: bab cinta memang laju lah,kan. biasalah , remaja yang semakin meningkat dewasa.

1 comment: