Friday, January 6, 2012

aku ialah aku.





"jangan memandang seseorang terlalu tinggi sehinggakan menganggapnya tidak punya salah dan silap."

sebab itulah ada pesan , sayangilah seseorang itu sekadarnya , sebab boleh jadi orang yang kita sayang akan menjadi orang yang kita benci. dan membencilah sekadarnya kerana boleh jadi orang yang kita benci menjadi orang yang paling kita sayangi.

mungkin ayat ini bisa menenangkan hati yang sedang gundah. 'susah' juga apabila kita dikenali sebagai orang yang baik-baik. baik pada agama, akhlak, kepimpinan dan muamalat. baik di facebook, baik di blog, baik dalam masyarakat, bermakna orang ramai mengiktiraf kita baik.

saya kurang senang apabila orang bercakap sesuatu berdalilkan cakap orang. dalam bahasa lebih mudah, mentafsirkan suatu keadaan dengan perbualan bersama orang lain semata-mata. sama juga sifirnya dengan menilai manusia. jangan dinilai hanya dengan orang kata, dia baik, dia thiqoh , dia warak . tapi nilailah sendiri. pernah ada pesanan , nasihat daripada luqman al-hakim. :
"wahai anakku, ada tiga perkara yang tidak dapat diketahui melalui tiga perkara :
1) kelembutan sewaktu kemarahan
2)keberanian sewaktu perang
3)persaudaraan sewaktu memerlukan"

tapi, kenyataannya. manusia ialah manusia. punya kelemahan sendiri. kadang-kadang manusia silap menilai. manusia silap bertindak. dan penilaian yang dibuat pada awal perkenalan berbentuk harapan. iya, saya faham itu. tapi, kesalahan seharusnya dibimbing, bukan dibenci serta-merta. seperti kes saudari Amalina Che Bakri. ramai yang melatah . ramai yang memaki mencerca .
"harap belajar sahaja tinggi, tapi tak boleh fikir yang baik buruk!"
"bagaimanalah mak ayah ajar!"
" belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau akhlak tak baik, agama letak kat mana.."

ahh.. mereka sudah lupakah yang Amalina juga pernah membuat mereka bangga dengan pencapaian spm dahulu. sumbangan beliau juga besar. cukuplah sekadar nasihat dan doa buat saudari Amalina, tidak perlu mencaci memaki.








jadilah insan yang apabila dikenali sebagai yang baik, semakin baik setelah dirapati.
mungkin sehingga sekarang saya masih belum berjaya untuk menjadi insan baik yang terbaik dalam berakhlak. akhlak yang kurang senang untuk tatapan sahabat masih menjadi sebahagian daripada diri saya.
dan saya harap kalian sahabat-sahabat bisa membimbing, bukan menuding. saya juga hamba ALlah yang inginkan kesederhanaan dalam berkehidupan. hidup seorang mukmin bukan hanya solat, puasa, zakat dan haji. tapi hidup mukmin itu, bukan mengharamkan yang harus. dan bukan mewajibkan yang sunat. Islam cukup mudah, ia mengawal , bukan mengharamkan. seterusnya, semoga kalian dan saya bisa mendoakan kehidupan mukmin yang sempurna untuk kita semua hari ke hari. insyaAllah, mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan.







semoga Allah tempatkan hamba-hamba -Nya yang sedang berjuang pada makam yang terpuji. Allah, kami rindu rahmat kasih sayang-Mu, dan kami rindu Rasul-Mu.
hidup ini perjuangan , semoga Allah temukanku dengan orang yang berjuang. amin.

semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment