Dalam syurga ada taman. Bagaimana indahnya taman syurga tidak tercapai akal fikiran. Yang pasti taman itu ialah taman orang yang beriman. Iman hanya boleh capai bila ada kekuatan untuk lawan maksiat dan kemungkaran. Ayuh jadi Mukmin yuk !
Saturday, July 29, 2017
#21 Indah Hidup Pada Memberi
Thursday, December 8, 2016
#20 "..."
Alhamdulillah.
Berlalu seperti biasa.
Cuma lewat lagi sampai u.
Rumah yang sepatutnya boleh sampai 10 minit, makan sejam naik public.
We got to see many people around.
We got to know many places around too.
Positive thinking is always good.
Just to share with this unnoticable place.
'The thing is... just do it. Yes, just do it. That shows it.'
"Why am i not?"
'Though, you must be a genius!'
Congrats!
Not getting good marks some day.
Not getting compliments, just deserve getting advices to always improve myself. Always being told to do better.
Should practice english.
Sebab banyak kali terminum semut, takut lupa.
So, sleep well !
Monday, November 7, 2016
#19 Life Is Perfect For Her
Uhuk ! Tersedak.
Perit rasa nak telan ayat ni.
Siapa yang kata?
Padahal diri sendiri yang kata.
And so your life is. Kamu boleh juga kata kehidupan kamu cukup sempurna, boleh jadi kehidupan kamu jauh sangat sempurna bagi sesetengah orang yang lain.
Bukan lah tak perlu untuk kita melihat kehidupan orang lain, mengagumi dan mengambil pengajaran. Silakan. Mana tahu boleh jadi 'baja' untuk semangat meneruskan kehidupan.
Tapi!
Kalau lihat kehidupan orang sampai kamu ralat untuk meneruskan kehidupan sendiri, so pelase stop.
Too precious.
Terlalu berharga sebuah kehidupan untuk kita mengalah kerana beberapa kelemahan dan ke'malang'an nasib diri.
Love makes it beautiful !
Cinta, kasih sayang dan kerinduan yang membuatkan suatu tampak indah. Begitu lah juga kehidupan. Kalau sudah jatuh cinta, apa sahaja tampak indah.
Kita takkan rasa kehidupan itu indah, selagi kita masih hidup.
Kita takkan rasa nikmat itu indah, selagi kita masih miliki nikmat itu.
Bila hilang, baru lah kita tahu, tanpanya betapa ruginya kita.
So, berterima kasih lah pada Pemberi Nikmat.
Lagi lah, tanpaNya, tiada kehidupan, tiada nikmat.
Learn To Let Go Of Anything That Worries You.
Belajar untuk tenang dan tenteram perasaan,
Apabila segalanya kita yakin berada di bawah kuasa Tuhan.
Hidup bertuhan bukan nak ikat dan tambat kehidupan kita,
Tapi supaya kita tahu, ujian kehidupan bukan lah apa-apa nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal akan datang selepas mati.
Be brave.
Be strong.
You have Allah, right...
Bersyukur adalah salah satu cara untuk kita tenang dan tenteram dalam kehidupan. Tanpa hasad, tanpa rasa low self-esteem dan inferior tak bertempat.
Tahniah , sebab anda dihidupkan! Dunia untuk dapat syurga.
Think this way, would be much better, uh? ^^,
Friday, October 21, 2016
#18 A Dreamer
Bismillah.
And alhamdulillah.
Today, many good things happened.
I feel that i am recovered from fatal injuries before.
Fully recovered.
When the good things happened to come one by one without notice. Without i am expecting them, though.
So, since i am feeling good right now.
Please just let me dream just for today.
So that tomorrow i will realize that the feelings today, is just a dream that i should be awake tomorrow morning.
Let me dream, just for today.
😃
***
Mudahnya gembira dan bahagia menjentik rasa. Asal kau pandai berangan-angan saja.
Namun jangan sampai lena, yang tak sudah.
Sebab angan-angan akan pergi, yang tinggal hanya realiti.
Jadikan lah...
Angan-angan dengan manusia,
Realiti dengan Tuhan.
Maka realiti lah yang lebih abadi.
Dan lebih menenangkan tanpa kebimbangan.
I love you, Allah..
Thank you, for a special today.
Alhamdulillah.
***
Engkau tahu apa yang terbaik untuk agamaku, diriku, hidupku, matiku.. maka tetapkan lah ia, sebaik-baiknya.
Sunday, October 16, 2016
#17 Pasti Kau Menangis Pilu
Sesekali ku teringatkanmu.
Mengingati pengorbananmu.
Betapa kau menyayangi.
Betapa kau cinta dan rindui kami.
Kau sering menangis untuk kami.
Kau sering berjuang untuk kami.
Mengingatimu membuat hatiku sayu.
Betapa kau menyintai kami.
Namun tak kuhargai segala jasamu...
Seringkali kau dihina.
Namun tak sekali kau jemu.
Kau tak mahu kami disiksa.
Walau kau sendiri disiksa.
Kau dipukul musuh, turut dicemuh.
namun tak kuhargai.
Andai dirimu kini berada di sisiku.
Pasti dikau menangis pilu.
Melihat diri ini.
Jauh darimu,
Tak hargaimu,
Melupakanmu..
Maafkan daku...
***
Aku insan berdosa,
Taubat pada malamnya namun berdosa pada siangnya.
Taubat pada siangnya namun berdosa pada malamnya.
Tapi tetap aku lihat dunia semakin tenat sedang aku semakin penat...
Pelihara daku ya Tuhan.. Jangan biar diri semakin lemah iman, kabur kebenaran, serabut pemikiran, resah perasaan.
Andai kesedihan dan kesunyian itu membawa aku kepadaMu,
Maka apa kelebihan kegembiraan dan berteman yang membuat aku jauh dan lalai?
Jatuhkan hati dan cintaku pada agama Islam setiap hari. Amin, ya Allah....
Allahummakhtim lana bihusnil khatimah.
Tuesday, October 11, 2016
#16 Cerdas Rohani
Bismillah.
Beberapa hari lepas sementara boring2 baca bab tesis semata, terjumpa artikel tentang spiritual intelligence.
Tentang bagaimana kecerdasan rohaniah diukur.
Kecerdasan rohani.
Ingatkan badan cergas otak je cerdas. Rupanya rohani pun boleh cergas sama.
Cerdas rohani confirm tak ramai orang dapat. Tak ramai orang miliki.
Dan lebih malang lagi, tak ramai orang tahu. Bahawa rohani pun perlu secergas mental dan fizikal.
Ada ahli ilmu yang mendefinisikan cerdas rohani ialah apabila seimbang IQ, EQ dan SQ. Maka cerdas lah rohaninya. Apabila boleh buat pertimbangan yang sewajarnya dalam setiap keadaan tanpa membahayakan maruah dan fizikal diri. Dan yang paling penting tidak terjejas spritualnya selaku seorang muslim.
Hebat, bukan?
Datang lah ribut taufan angin kencang fitnah sekali pun... Spiritualnya mantap, emosinya hebat, fizikalnya kuat.
Reflect!
Born a muslim is not only the title that matters. But, the integrity as a Muslim id all that matters.
Ungkapan pedas seorang lagi ahli ilmu:
"Islam terlindung oleh penganutnya".
Penganutnya yang menyebabkan Islam dijudge by its cover. Cover nya ialah penganutnya yang lalai, alpa dan tidak segan silu bermaksiat kepada Allah dan RasulNya di khalayak atas alasan human rights !
Mohon berhenti bernafas, jangan berpijak di bumi Tuhan kalau sikapmu begitu angkuh, wahai manusia.
Reflect ! And again... Reflect!
#AllahuAkbar
#Halilintar menyambar jantung
😣😣😣😣
Friday, October 7, 2016
#15 There are still much time left?
Terbaca post di facebook.
"There are still much time left to fail.."
And the post betitled "All twenty-three needs to read this". (Oh Well~ I am now a twenty-three, so i give it a try to read it thoroughly).
Ahak.
I don't get it how much time left to fail more and more in such a well grown up age. T-T
Post ini antara dua, ada baik dan ada bahayanya.
Satu, the good side is... ia memberikan satu suntikan semangat untuk buat kita rasa comfort dengan ayat-ayat pujukan. Secara ringkasnya pos berkenaan menyebut:-
Pada umur 23...
-anda tidak perlu bimbang sekiranya sekarang anda terumbang ambing tiada pekerjaan, tiada teman, tiada arah tujuan. Setiap orang hebat yang anda temui pasti melalui perasaan seperti anda sewaktu mereka sebaya dengan anda. Oleh itu, bersabarlah dan hadapi dengan tenang.
-anda sekarang hilang kawalan pada diri. Mungkin pengajian anda telah tamat, dan anda sudah hilang teman rapat. Secara fizikalnya, teman yang memahami anda dalam2 telah jauh daripada anda.
-anda perlu move on memulakan hidup baru. Jika anda sedang sambung study, atau memulakan pekerjaan baru, anda perlu adjust diri untuk menerima bahawa tiada lagi kawan rapat untuk diajak berbual, memahami perasaan dalaman dan untuk anda gila2 bersama.
-anda terasa seperti mahu menyayangi dan disayangi. Bersabar lah, pasti ada insan yang akan hadir menyayangi anda suatu hari nanti. Umur 24 pasti lebih cerah untuk anda~!
Motivational words that might work for you to live your life better. :)
Hebatnya mat saleh ni, kata-katanya deep inside. Seolah-olah memahami jiwa remaja yang sedang mencari identiti diri. Segala perkara yang dirasakan suatu perkara yang malang ditwistkannya sebagai suatu nikmat dan rahmat yang harus disyukuri sekarang dan akan datang. Ada satu laman web yang baik untuk dilawati berkenaan motivasi. Merangkumi banyak aspek. Mat saleh punya kerja an juga ni: http://www.helpguide.org/ . Motivasi yang tinggi boleh mengelakkan gejala stress sampai nak gila dan attempts to commit suicide yang banyak berlaku di negara tertentu terutamanya negara dalam kalangan penduduk atheis (tiada agama).
Bad side nya pula ialah... (ini ofkos ialah pandangan peribadi).
Sampai bila... Mahu pujuk diri bahawa kita masih punya banyak masa. Frasa 'Punya banyak masa' dan 'simptom biasa' kerap buat manusia lena. Bahawa kita hanya perlu teruskan kehidupan seperti biasa, like others always do. Segala naik turun dalam kehidupan hadapi dengan rileks dan chill dan segalanya akan berakhir. Waktu yang menentukan.
There is much time left to fail?
Instead of this kind of phrase, maybe you should remind yourself that..
There is much time and always the time to learn.
You actually didn't fail, but you learnt !
To be a better person, to be a better Muslim/ah.
Sebut bab dosa pahala lagi hebat kalau nak kata umur 23 ni.
Berjauhan daripada ibu bapa, tanggungjawab pada masyarakat memandangkan kamu sudah besar panjang, komitmen kepada jemaah gerakan Islam, taqwa kepada Allah dengan menjaga diri daripada batasan dosa pahala yang boleh membawa kepada syurga atau neraka.
Ya Tuhan..
Dalam pada kita memujuk diri bahawa masih banyak masa,
Beberapa dan banyak mana sudah berita kematian insan-insan muda yang jauh lebih muda dan sedikit sahaja lebih tua. Umur 20-40 tidak pelik untuk kembali kepada Tuhan.
Sakit, accident, mati mengejut dan sebagainya. Menghantui.
Bila kematian akan tiba.
Bila masa kita tidur dan tiada jaga.
Ia mungkin akan berlaku,
Dan adakah selepas mati penyesalan demi penyesalan yang akan kita hadapi ataupun satu kepuasan yang bakal dirasai bahawasanya kita sudah puas hati dengan amalan semasa hidup.
Al-Fatihah, for the deceased.
An emotional post caused by the facts that in only these 2 months there are some people around me had just passed away. In their youth...
There is not much time left, you need to change, now. As if there is no tomorrow.
AllahuAkbar.