Saturday, July 29, 2017

#21 Indah Hidup Pada Memberi

Post ke-21.
Setelah 7 bulan.
Maa sya Allah. 

Blog berhabuk teraniaya dek kemalasan dan kealpaan pemiliknya. 
Lupa, takdak masa, malas, busy dan sebagainya. 

Kerja sambil belajar, sambil nak kumpul duit nak kawen, berbakti kat mak bapak, belanja member, stress-free youth punya misi. Stress sungguh ekonomi sekarang. Bila kita mula cari duit sendiri kita paham lah. Macam mana kena jimat cermat, tak boleh beli apa-apa saja yang terlintas kat kepala. Banyak benda kena korban la, tak boleh ikut nafsu, bagi2 duit untuk keperluan, kehendak, bagi mak bapak, sedekah dan banyak lagi lah.

Tapi yang bestnya bila ada duit sendiri ni, bila kita bagi kat orang kita rasa puas. Duit masyuk tiap-tiap bulan (banding dulu tunggu setengah tahun baru masyuk haha), boleh asing siap2 mana nak hulur. Masa nak hulur not lima puloh atau ratus kat mak ngan ayah tu, tahu lah perasaannya macam mana. Bukan nak bayar jasa, hello! jasa mak bapak memang tak terbayar lah dengan setakat seratus dua sebulan. huh... Tapi tanda ingat, tanda sayang, tanda kasih, tanda jemput berkat. Jangan berkira, jangan yang lebih baru nak bagi. Keutamaan bagi lah kat depa, kalau syurga bawah tapak kaki, rezeki apatah lagi.

Tesis Yang Belum Siap.
Dah dua tahun jadi student master berdaftar dengan izin. Tapi tak siap-siap lagi. Sekarang kerja, weekend baru boleh tulis semangat-semangat. Hari kerja tahan mata malam-malam macam nak pengsan. Tepat jam 12, maka loceng cinderella berbunyi, tutup laptop dan tido! huhu.

Tapi nikmat dan indah hidup pada memberi; mengajar budak-budak darjah satu sampai enam ni jauh lebih bermakna daripada pikir kehidupan setahun lepas duk ngadap tesis tapi rasa takde makna diri. Dah lah tajuk tak lepas pulak tu. *sadis*

But still, adalah dengan ini jealous dengan mereka yang dah nampak jalan cerah kat depan nak grad tahun ni. Congratulations! Semoga diberkati. Lain orang lain rezeki, maka rezekiku inginku jemput dengan bakti kepada orang dahulu. Bila super busy, dosa pun kurang, dak.. Kalau tak, tengok korea saja time free. Sekarang takdak dah, bz campur takdak wifi. hihi.

Doakan. Tesis siap. Bulan ini. Dan fully organized. Tahun ini. 
PhD? inshaAllah. Dream and pray, again.

Hamizah.
Puncak Alam.
Masih berharap.
Cinta Ilmu lebih lagi.
Amal Banyak lagi.
29/7/2017.

1 comment: