Bismillah.
Indah khabar dari rupa.
Ini bukan khabar indah, ini khabar duka.
Ya Tuhan, bagaimana kami hamba lemah mampu bertahan, tatkala kehilangan insan tersayang, pulang menghadap-Mu, Tuhan.
Aku cuba menyelami perasaan itu. Perasaan apabila menghadapi kehilangan cinta hati yang tiada ganti, tiada tandingan. Siapa? Ibu. Ayah. Tersayang.
Memikirkan sahaja sudah tidak sanggup.
Memikirkan sahaja sudah mampu bergenang lalu merembeskan air mata.
Inikan pula dihadapinya sehingga akhir hidup dunia.
Ya Tuhan..
Kekuatan hanya milik-Mu. Oleh itu, mohon Kaupinjamkan kekuatan itu.
Hari-hari kebelakangan mendengar khabar duka daripada teman-teman. Teman sendiri, teman bapa, teman ibu, saudara jauh, saudara dekat.
Apabila khabar kematian menyapa, pasti yang jauh juga kurasa dekat. Seakan malaikat maut juga sedang mengintai-intai dan menanti masa untuk menyapa dan menarik nyawa. Entah pada waktu itu sedang aku lakukan apa..
Khabar duka lagi.
Asbabnya; kecelakaan, kemalangan, sakit yang panjang, sakit yang tiba-tiba datang dan sebagainya. Tapi itu cuma asbab. Ya, asbab untuk berlaku kematian, supaya boleh manusia bersandar padanya. Kenapa meninggal? Kemalangan.
Kenapa meninggal? Sakit.
Ya, manusia memang perlukan sebab untuk setiap perkara.
Sekarang, khabarkan aku sebab untuk mati.
Jawabnya supaya kamu bisa jumpa Tuhan-Mu dan tempuh hidup abadi.
Sekarang, khabarkan aku sebab untuk terus kuat bagi hidup?
Jawabnya supaya kamu bisa mengumpul amal seterusnya menjadi asbab untuk ke Syurga abadi. Syurga, taman yang dirindukan sedang kita semua asalnya di sana, bukan di neraka.
Tuhan.
Khabar duka.
Sahabatku, Arifah.
Ibu tersayang, ibu tercinta menghadap Ilahi tadi senja. Jam 5 petang hari Isnin, tanggal 5 Februari.
Terasa aku mahu terbang ke sana juga.
Dalam kekuatan, ada tangis bimbang sedih duka beraja di hati.
Moga kau terus kuat sehingga akhir dunia ini.
Sebab dengan kekuatan itu kulihat harapan pada hidup ini.
Terima kasih atas ucapan yang baik, perhatian yang baik, harapan yang baik yang selalu kamu tuturkan. Sekarang giliran aku pula barangkali. Untuk kuat lagi menguatkan.
Bersabarlah.
Bertenanglah.
Reda lah,
Berdoalah.
Kuatlah.
Tabahlah.
Jangan bimbang.
Jangan takut.
Kasih sayang Allah SWT masih luas, dan Maha Luas sehingga kita boleh bertemu semula yang tersayang itu kelak nanti di Syurga.
I love you, Pah.
Be strong as you always are.
Thank you.
And i really miss you at a time like this.
Make her and the family strong, Allah..
No comments:
Post a Comment