Friday, November 25, 2011

cerpen adha.

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk post blog kali ini.
ini mahu kongsikan satu cerpen . cerpen pertama rasanya yang saya buat. =_=
tapi naseblah, sebenarnya ini aktiviti kelab penulisan, tapi tersilap baca soalan. terlebih rajin pulak ye. suruh buat satu perenggan , tapi buat satu cerpen panjang. apa pun. enjoy aje la, (kalau boleh enjoy) :-)





......................................................................................

’Allahuakbar , Allahuakbar, Allahuakbar …

La ilaha ilallah huallahuakbar …”

Takbir terus berkumandang memecah kesunyian pagi itu. Tenang sekali. Setenang hati hamba-hamba Allah yang beriman kepadaNya di muka bumi. Mungkin tatkala ini ramai yang sedang menghayati keagungan Ilahi yang telah menganugerahkan satu hari kemenangan buat umat Islam. Memperingati kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anak tercinta demi cinta Yang Maha Agung. Semua bergembira di hari mulia, sedangkan umat Islam yang lain mungkin ada yang sedang berduka.

“Alhamdulillah…” terlafaz juga dari mulutku. Hari raya tahun ini mungkin berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Lebih dua bulan berada di bumi Jordan banyak mengajar erti kehidupan. Erti kegembiraan, erti kesedihan, erti kerinduan , terutamanya erti pengorbanan . bertepatanlah dengan perayaan hari ini. ‘Alhamdulillah, setidak-tidaknya aku termasuk hamba Allah yang sedang berkorban demi mencari redhaNya. Tapi mungkin sedikit berbeza, bukan untuk berperang seperti di Gaza mahupun Syria . Aku dengan niat yang jitu dan insyaAllah dipandang mulia di sisi Allah . Menuntut ilmu ‘ . Bumi Jordan . masih banyak yang mampu aku dapatkan di sini. Cuma mengambil masa, mungkin. Sebulan dua berada di sini mustahil dapat mengorek segala khazanah yang ada di sini.

“Assalamualaikum, ayah. Apa khabar orang ganu? Lama dah tak dengar berita, sihat ke?” .Panggilan ke kampung halaman memang menjadi kewajipan di hari istimewa begini. Maklumlah, pertama kali berjauhan di hari perayaan.

“waalaikummussalam. Alhamdulillah, sihat je. Kamu tu, lama dah menghilang . mak kamu ni duk tanya-tanya mane tak telefon pun. Iyelah, kat sana baru pagi,kan. Kat sini dah dekat petang, dah habis pun melapah. “ suara si ayah menyapa di hujung talian. Ahh…rindunya pada keluarga.

Mungkin raya kali ini ada ibrah yang lebih berharga yang dapat aku kutip. Cuma perlu bertabah. Rindu, tetap rindu. Mana mungkin aku lupakan keluarga, ibu ayah, kakak abang, nenek dan saudara mara di kampong. Segalanya terserah pada pengalaman tahun pertamaku di sini. Semoga baik-baik sahaja.

Senyum .

…………………………………………………..

Hari ini, ada program melapah daging. Semalam, hari pertama raya Aidiladha , aku Cuma menghadiri rumah-rumah terbuka di rumah senior. Tiada yang istimewa melainkan makanan yang dirindui di Malaysia. Ada kakak-kakak seniors yang masakkan barulah dapat merasa rendang, soto, nasi himpit dan sebagainya. Mahu harapkan diri sendiri dan rakan sebilik, alamatnya tunggu tahun kedua dulu gamaknya.

Pagi itu merupakan giliran aku dan sahabat-sahabat usrahku untuk memotong daging. Suasana di Bayt PERMAI agak sesak dengan insan-insan yang kukagumi. Hebat sekali. Berada di Negara orang menjadikan kami cukup berdikari. Mula dari sembelih, kemudian melapah dan sekarang ialah masa untuk memotong daging sebelum disimpan ke dalam freezer. Tapi , kebanyakannya syabab yang mendominasi, akhowat hanya mengambil bahagian dalam pengurusan jadual, dan memotong apa-apa yang patut. Memang terkejut juga, memasak pun diambil oleh syabab . takjub, takjub.

Mungkin ini menjadi pengalaman manis yang boleh masuk dalam senarai memorabilia hidup aku. Ruang bilik hanya dipecahkan keheningan dengan suara mesra akhowat . agak bebas jugalah, memandangkan syabab hanya mengambil tempat di luar rumah ,mengambil bahagian melapah kulit lembu dan kambing. Berdentum-dentam bunyi papan pemotong dihentam pisau pemotong. Bising betul. Katanya akhowat tidak biasa buat kerja dapur, benarkah? Wallahua’lam. Dah tolong potong-potongkan pun kira bersyukur.

Sewaktu aku sedang memerhati gelagat akhowat yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing, aku terlihat seorang makcik di atas sofa di satu sudut ruang rumah . pelik juga, dalam kalangan orang Melayu yang belajar, ada seorang makcik yang rasanya sebaya dengan mak aku. ‘takkanlah pelajar juga? ‘ hatiku terdetik.

Kemudian, aku mendekati wanita tersebut. Rasa rindu pula pada ibu di kampung .

“Assalamualaikum, mak cik. Maaf, ye. Err…. Mak cik dari mana, ya?Ada anak ya kat sini? “ aku mulakan perbualan santai pagi itu.

“waalaikummussalam. Makcik dari Perak . tak adalah, anak saudara. Tu ha…” kata makcik tersebut sambil menuding jari telunjuk ke arah anak saudaranya. “teman dia beraya kat sini. Emaknya ada, kat rumah. Tak larat nak datang , penat sangat berjalan minggu ni. Jelajah Jordan . “ Makcik tersebut senyum meleret. Ahh…saling tak tumpah wajah ibuku.

“ohhh…. Lama dah ke datang sini? Baru kali pertama Nampak mak cik kat sini.” Aku memulakan persoalan. Sekadar berbasa-basi, setidak-tidaknya boleh hilangkan penat memotong-motong daging dan bahan-bahan masakan yang sedari tadi, baru berehat.

“seminggu lebih jugaklah. Penuh aktiviti makcik . duk jalan-jalan kat Petra, Aqobah, Mu’tah…. Banyak tempat sejarah kat sini. Menarik… tapi, Allahuakbar , penat berjalan ! dah la duit habis macam tu aje. Memang kalau nak pergi jalan-jalan, duit kena ada kat tangan la, tak boleh cukup-cukup makan.” Panjang lebar mak cik bercerita. Sekali-sekala mendengar celoteh orang tua, seronok juga.

“ohh…betullah tu. Tapi mak cik dah sampai sini, boleh beraya ngan anak saudara , kira orang senang jugaklah,kan.. gembira betullah anak saudara makcik. Kena suruh jugak mak datang sini ni. Boleh merasa beraya di tempat orang. “

“hmm… makcik dengan mak dia ni bukan apa. Nak kata berduit tu, tak adalah sangat. Si Raudhah tu (bukan nama sebenar) baru kematian ayah. Tu yang datang teman. Takutlah dia kesunyian. Tak sampai hati jugak ,” tutur mak cik tersebut. Aku terpana. ‘kematian ayah? ‘ . Allah…. Hebatnya ujianMu untuk hambaMu itu.

“innalillah… iye ke , mak cik. Minta maaf , saya tak tahu menahu pulak. Lama dah ke meninggalnya? “ aku cuba untuk mengetahui lebih lanjut. Mana tahu aku boleh berikan sebanyak mungkin sokongan untuk akhowat yang dimaksudkan. Walaupun pada ketika itu aku masih tidak mengenalinya , memandangkan dia ialah mahasiswi tahun ketiga, sedangkan aku baru setahun jagung.

“Adalah dalam dua bulan lepas. Baru lagi. Tapi tengok keadaan dia , elok aje tu. Alhamdulillah.eh, adik ni, namanya apa? Tak payahlah panggil ‘makcik’-‘makcik’, panggil mama lah senang. Anak saudara mama pun panggil ‘mama’ jugak. “

Mama? Aduhhh…rindunya pada ibu.

………………………………………………………………

Dalam perjalanan pulang ke sakan , aku masih terfikir-fikir perbualan aku dengan Mama sebentar tadi. Ahh…tabahnya dia. Sedangkan aku, hidup di sini serba lengkap. Ibu bapaku sihat walafiat seadanya di Malaysia. Aku masih berpeluang mendengar suara garau milik bapaku, milik abang-abangku, suara keibuan ibuku , suara manja adik-adikku. Tapi dia, hari berbahagia di bumi Jordan tidak dihiasi dengan ucapan selamat daripada seorang bapa. Sudah hilang satu nikmat itu. Nikmat yang masih ada pada aku, tapi sejauh mana aku bersyukur.

‘Alhamdulillah, Alhamdulillah’ . hatiku tidak lekang rasa syukur. Aku harus bersyukur selagi aku bisa bersyukur. Semoga Allah permudahkan urusan insan-insan yang sedang tegar berkorban demi meraih cinta agung Tuhan. Menuntut ilmu di bumi Anbiya bukanlah semudah yang disangka . perlukan pengorbanan masa , waktu dan tenaga. Bukan mudah mahu melepaskan keluarga di tanah air tercinta. Namun, aku redha dengan ujian dariNya. Moga akhowat dan syabab Malaysia terus tabah di bumi Jordan walau apa pun ujian melanda. Soal hidup dan mati, serahkan pada Yang Maha Berkuasa. Kita yang masih hidup perlu menghargai hari-hari yang mendatang, agar ia bias menjadi bekal di akhirat nanti. Salam Aidiladha. Pengorbanan perlukan kekuatan iman.

Thursday, November 24, 2011

short post ; mengutip ibrah dari ia.



serius! menangis tengok video ni. moga Allah rahmati Tok Guru Nik Abdul Aziz ...moga segala usaha yang dikerah mendapat tempat pada pandangan Allah, Tuhan Sekalian Alam.

ramai yang kata, jangan terlalu taksub dengan Tok Guru. huh~ sekarang tiada alasan untuk taksub sebenarnya. cuma mengagumi ketinggian ilmu. bukankah ulama itu waris para nabi. dan saya tak nampak lagi apa kesalahan Tok Guru ini pada masyarakat dunia, (malaysia terutamanya). hmm~ mungkin ada yang berpendapat , golongan ber'agama' mesti memuja.
hakikatnya, kami hanya mengagumi, dan doaku, Allah...ampuni beliau dan ampuni mereka yang memfitnah, membenci dan meminggir.redhailah...

p/s; saya kurang setuju dengan istilah golongan ber'agama' . ustaz ustazah, mahasiswa, graduan jurusan syariah sahajakah yang mahu masuk syurga? yang sedang berjuang demi agama? ahh..dunia dah pelik. agama dan kehidupan sudah dipisahkan. sebab itu makin lama makin banyak ikhtilaf. yang peliknya , dengan ulama pun mahu berkhilaf.
kadang-kadang hukum dunia @ barat lebih diagungkan daripada hukum Allah..berat, berat...!


hamiz. short post. kongsi rasa cuma.

Sunday, November 20, 2011

bila ada 'dia'

Apabila seorang sahabat menghargai sahabat lain, apatah lagi, dalam diam, betapa berharga jadinya sebuah persahabatan itu. Dan sekarang, saya mahu membawa kalian menghargai hubungan kasih sayang antara sahabat, tanpa mereka mengetahui, bukankah itu tanda keikhlasan? J

Di langit biru itu aku menangkap ketenangan,

Di langit nan indah kupetik nilai kemanusiaan,

Di tengah-tengah keheningan pagi kugapai satu noktah kebahagiaan,

Pernah kubahagia dalam hidup,

Walaupun kutahu keluargaku tiada di sisi,

Kakanda yang dulunya sentiasa mengisi kekosongan hati tiada di sini,

Namun kulihat pada ‘dia’,

Kutoleh pada tingkahnya,

Nyata ‘dia’ istimewa,

Pabila aku resah, aku gundah, ‘dia’ ada bersama,

Memahami detik-detik kesukaran,

Tatkala kesusahan mengisi uncang kehidupan,

Moga aku tidak kelalaian dalam mencari redha Tuhan,

Payah!

Memang payah mahu menghargai nilai seorang teman,

Bila kesunyian aku mencari,

Bila kealpaan aku yang dicari,

Benarlah kata orang “ ukhuwah itu pabila diimplementasi dengan hati,

Natijahnya membuah budi pekerti,

Susah senang tetap sehati,

Sejiwa dalam membentuk inspirasi”,

Bukan ketinggian ilmu yang kucari darinya,

Bukan ketinggian pangkat yang kudambakan padanya,

Bukan juga sekaut harta yang kuminta daripadanya,

Tapi yang kurayu, ialah selaut kasih sayang dan kejujuran,

Yang bisa membawa aku kepada Tuhan.

Kini, aku memahami erti ukhuwah dalam keimanan,

Tatkala berukhuwah bertaut sayang,

Terus , hati itu kembali pada Tuhan,

Walaupun badai ombak ganas datang menyimpang,

Tetap teguh meredah medan ,

Moga segalanya kian tabah,

Bersama insan bernama teman,

Allah.. aku minta padaMu,

Moga Kaukekalkan ia,

Di hatiku..

Tuesday, November 15, 2011

post ringkas ; cuak

alhamdulillah.
tiba juga harinya.
heh, cuak juga , 'exam -fever' ni.
bangun awal pagi. buka laptop (sempat lagi~)
kemudian, belajar dan belajar. kadang-kadang perlu beri masa untuk diri, itu yang menulis ni.

inshaAllah, pukul 12.30 petang nanti ada 'exam' . first exam sepanjang berada di bumi anbiya' ni. bagaimanalah agaknya. insyaAllah, i just think positive , so i won't be too nervous. Arabic doesn't make much senses. insyaAllah, kheir. Allah ma'ana.

ila asdiqo! bittaufiq. sesungguhnya , perjuangan jihad, mana ada yang mudah?

"dan tidaklah semua kamu keluar berperang. mengapa tidak ada segolongan kamu yang menuntut ilmu agama (tafqquh fiddin) untuk memberi peringatan kepada kaumnya setelah mereka kembali, agar mereka dapat menjaga diri." at-taubah:122

fardhu kifayah terletak di pundak kita. tafaqquh fiddin. ada dalam Quran? alhamdulillah, Allah memberi peringatan.

salam exam fever... Allah sebagai sebaik-baik penolong..kemudahan? ada pada DIA..

-perjuangan Fateh diteruskan, insyaAllah.:-) smile mujahadah~~







kalo nak jadi book worm, jangan jadi last-minute reader..:)

Friday, November 11, 2011

sanah helwah kakakku~

12/11/2011

Tarikh keramat!

Saya tidak pasti ini tarikh yang memberi makna atau tidak untuk insan yang tidak asing dalam hidup saya, Norhafizah binti Ruslan. .

Jika orang barat, apabila tiba hari lahir, orang yang diraikan yang menyatakan pengharapan di hadapan kek, di hadapan lilin, kemudian diberi hadiah bermacam-macam. Tapi sekarang, saya mahu ubah konsep itu, boleh,kan. Sekarang, saya mahu yang meraikan mendoakan yang dirai dan yang meraikan menyatakan pengharapan yang menggunung untuk yang dirai. Dan yang dirai juga perlulah menyatakan rasa syukur dan terima kasihnya. Pada siapa? Pada insan yang menyebabkannya wujud, menjadi khalifah di dunia; seorang emak dan Tuhan Pemilik hati dan jiwa manusia , Allahu Robbul Jalil. J

Mungkin terlalu awal ataupun mungkin juga lewat tatkala tuan hamba membaca warkah ini. Biarlah, ada aku kesah? Asalkan ko bace ^-^

“dear my only sister,

Mungkin dulu tak terasa yang fizah ruslan ialah satu-satunya sister, sebabnya ada di Malaysia, siapa mahu ambil kira. Sekarang, baru terasa, betullah! Dia satu-satunya kakak yang aku ada. Dan sekarang, aku di Jordan dan dia di Malaysia. Sekarang dia ialah ukhti yang kuharapkan untuk jadi penghibur duka ayah bonda di sana. (amboi, ayat~ xpe la ye, ada aku kesah?) jadi, sila pegang satu tanggungjawab ni; jadi ‘golden; mok ayoh. Dan sila balik sokmo, sebabnya orang dop pasti balik ke dop tahun depan. Wallahua’lam.

Baiklah. Itu soal persaudaraan. J sekarang, pengharapan setinggi gunung buat insan yang sedang menyambut sanah helwah. Bahagiakah? Anda sedang menua, ya fizah! Maknanya umur semakin pendek. Saya, selaku adik sendiri, saya tidak pastilah kakakku yang seorang ini mahu menjadi apa. Cuma yang saya pasti, dia mahu menjadi yang terbaik untuk keluarga, dan ‘responsible’ pada keluarga. Fizah ruslan! Bukan mudah tu. Tapi cubalah! Junjung cita-cita anda , supaya hidup ini ada matlamat. Dan matlamat pula halal di sisi Allah, semestinya. inshaAllah. Ini ada sikit kata-kata ,

“beramal ibadatlah seperti engkau akan mati esok, dan bekerjalah seolah-olah kau akan hidup selamanya “

Apa kita lihat sekarang, ramai orang baik-baik. Apatah lagi kat Jordan ni. Berlambak. Rasa diri hamba ni, kerdil yang teramat. Tapi, yakinlah selagi, kita tak tersalah niat, dan berjuang , berhidup bertuhankan Allah . berkasih kerana Allah (fuuhh!) , inshaAllah syurga itu jaminan DIA. Tapi perlu ingat, bergantung pada terma dan syarat, iaitu IKHLAS & BERTEPATAN SYARA’ .

Saidina Ali pernah berkata ;

‘’ jika antara sepuluh orang, hanya seorang yang masuk syurga, aku akan pastikan yang akulah seorang itu”

Dan sila pastikan, kitalah orang itu. Berjuang itu bukannya mudah, sebab ganjarannya cukup indah. Iaitu SYURGA ALLAH. Semua insan di’momok’kan dengan syurga, tapi tak ramai yang bertindak sekarang untuk dekatinya. Jadi, moga kita antara insan yang mendekat~

“dan setiap umat mempunyai ajal . apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun” al-a’raf ;34

Saya ingin bawa anda mengingati mati. Sebab itu ciri orang yang paling bijaksana, jadi, jom jadi bijak. Carilah hati sewaktu membaca al-quran, jika tak kaujumpai, carilah ia di dada solat, jika tak kaujumpai carilah ia ketika mengingati mati, jika tak kaujumpai, pintalah hati yang ‘baru’ kerana hakikatnya ketika itu kau sudah tidak punya hati.

Baiklah, baik di Malaysia mahupun Jordan, ajal bakal datang bila-bila masa. Kupohon kita dalam kalangan ummat Muhammad yang dikasihi-Nya.

Doakan aku di sini, ya Fizah Ruslan.

SELAMAT HARI LAHIR. Apa-apa pun, moga dipanjangkan umur, untuk ibadah dan pengorbanan yang lebih . J

p/s: bila nak mai cni? And bila hang nak menikah? :P

-irbid, sampaikan salamku di angina lalu~! (fuhh, jiwang.)

From ur dearest sister, inshaAllah.

Hamizah Ruslan ----<@ “

Thursday, November 10, 2011

akses pemikiran Islam!



Akses Pemikiran Islam .

banyak lagi maklumat yang belum diterjemahkan dalam bentuk penulisan. memang tidaklah semantap penyampaian, tapi inshaAllah, sedikit sebanyak boleh menjadi perkongsian.

Aqidah Islam.

biasa kita dengar. aqidah Islam. tapi penghayatan itu ramai yang tiada. katanya aqidah, hanya sekadar melafaz ; la ilaha illallah muhammadar rasulullah. begitukah?

aqidah itu sebenarnya ialah ikatan . asalnya dari perkataan عقد.

tapi secara istilahnya. ia bukanlah ikatan semata-mata. tapi ikatan yang kuat; iaitu pendapat @ pegangan yang tak mungkin ditarik semula. Pegangan ini juga tak mungkin goyah dengan hanya kata-kata yang bisa menggugah keyakinan.

Baik, kita lihat. Berapa ramai yang murtad. Ya, benar, ramai yang akan menjawab, ‘aqidah mereka tak mantap . kalau kita stick pada Islam, jangan fikir dah agama lain, just stick aje’

Iya. I’tiqod kita tak semudah kata-kata, dituturkan sesedap rasa. Cuba bayangkan jika aqidah tidak kuat, bagaimana mahu menepis bisikan-bisikan halus syaitan yang n, meragu-ragukan kebenaran dan kewujudan Tuhan, yakni Allah subhanah wa taala. Yang dimaksudkan aqidah tidak teguh itu apa?

AQIDAH

Baik, saya mahu kita lihat kembali soal aqidah. Sebagai muslim sejati, mampukah berhadapan dengan orang kafir , menerangkan satu persatu apa yang indahnya tentang agama suci ini? Susah,bukan.

(sedang saya sendiri masih tertanya-tanya , dan kurang keyakinan yang diri saya sendiri mampu menunjukkan syumulnya Islam. Cuma sedang berusaha untuk memenuhi kehendak Tuhan, walaupun rasa macam banyak sangat kekurangan =-= )

Sebenarnya semua orang keliru. Islam dipayahkan. Ummah tidak pasti yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Lihat penganutnya sudah. Tidak semua yang menunjukkan ciri-ciri keislaman yang benar dalam beragama.

Belum masuk lagi bab syubhah ; Islam pula dipecahkan ; ahl sunnah wal jamaah, syiah, mu’tazilah, wahabi dan sebagainya.

‘ah, hidup~ kenapalah dipayahkan suatu yang sepatutnya tidak serumit keadaan sekarang’

SYIRIK

Ramai yang tak perasan, mungkin. Syirik yang tak disedari, dan tak disangka-sangka bahawa itu sebenarnya syirik. Fenomena masyarakat banyak berlaku sebenarnya. Sebagai contoh ; buat air tawar. Minta ‘pak ustaz’ bacakan doa supaya berkat air tersebut untuk kejayaan, akhlak anak mereka. Bolehkah? Tidak salah meminta orang merukyah untuk kita. Tetapi Allah mengharapkan antara Dia dan hamba-hambaNya, tiada orang tengah. Terus sahaja. Apa yang tidak kena pada masyarakat sekarang ialah mereka menganggap hanya golongan ‘ustaz ‘ dan ‘ustazah ‘ sahaja yang da dimustajabkan. Aneh,kan. Apakah ustaz sahaja yang mahu masuk syurga?

Ada saya terdengar kisah seorang wanita yang murtad (nauzubillah) . nama nya hasnah . malang sekali dengar kisah murtadnya . sifirnya mudah sekali , apa katanya?

“I feel far away from God, I feel that He is not around when I sad. I guess YOU don’t care about me, so I guess I don’t need YOU”

Tegarnya , dia berkata-kata,kan. Sebenarnya, hamba Allah itulah yang tak mencari. Yang buta dari meraba-raba redha Ilahi. Ya, kita biasa dengar, kejayaan tidak datang bergolek. Jadi, kenapa tidak diaplikasi hal ni, untuk menggapai hidayah Allah. Sama sahaja sifirnya, sahabat sekalian.

Tapi insan yang keliru dengan akidah, jangan diasak dengan pertanyaan yang tak sudah, jangan menghujani mereka dengan jolokan amarah. Mereka keliru. Benar, mereka keliru. Dan saat mereka keliru, di mana muslim untuk membantu. Caknakah kita tentang mereka yang sedang buntu.

Biasa , fenomena manusia, bukan ingin membantu, tatkala buntu, jauh sekali ingin memimpin mereka bertatih satu persatu. Ahh…

“how can I believe a book(bible) that is made by man? No way, so I rejected them. But they don’t reject me”

Sedih sekali. Kecewa saya mendengar penyataan ini.seolah-olah, kita ‘belum cukup ummat’ di dunia ini. Ini ujian Allah untuk hamba-hamba-NYA di sekeliling Hasnah. Kita sepatutnya sedar, yang orang sekeliling kita , tak mustahil mereka sedang buntu mencari tarbiyah. Berjuanglah, nasihatilah sebelum terlambat.

"saya harap hasnah menyesali perkataannya sebelum 'pergi' "

Tapi lihatlah pada sudut yang positif pula. Tentang kisah si tukang gunting . bagaimana perbualan ringkas seorang tukang gunting dan ‘customer’nya mampu melahirkan ibrah.


“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

Ajaib ,bukan? Benarlah, Islam itu di mana-mana. J

Rasanya, cukuplah setakat ini. Pelan tindakan kea rah menggarap peribadi Islam inshaAllah , disambung selepas ini.

Selamat berjuang! Selamatkan aqidah Islam!

Irbid.