Thursday, April 4, 2013

Farewell ~

Hari itu . Happy ja semua . Tiada apa yang berlaku . Tiada perasaan pun . Esoknya exam . Cuak , duk pegang buku je lah . Tak layan perasaan sangat .

Sikit lagi nak masuk dewan . Annual Grand Meeting AGM PERMAI 12/13 .
Presiden panggil suruh berkumpul depan dewan . Depan pintu masuk je .
Muhasabah sikit . Presiden bagi ucapan, lepas tu senior Ulya pulak . Alhamdulillah , insyaAllah 0-0 . Lega dah . Semua saling memaafkan . Tak ada dendam dendam lagi dah .

Habis ucapan . Presiden baca doa. Khusyuk . Semua senyap .
"Ya Allah , Kau ampunilah segala dosa kami ya Allah , jangan Kau jadikan tanggungjawab yang tidak tertunai sebagai penghalang untuk kami masuk ke syurga Mu ya Allah . Kau ikatkanlah kami dengan jambatan ukhuwah yang telah sedia kami bina sepanjang  sesi ini ya Allah . Jadikanlah kami insan yang sentiasa mengharapkan redha Engkau ya Allah . Ampunilah kami ya Allah ..."

*It's raining !! * *basah* T-T ..

Semoga Allah ikat hati-hati supaya sentiasa syar'ie .

Habis sudah sesi 2013/2013 . Masuk sesi 2013/2014 .
Semoga Allah ampunkan amanah yang tak tertunai , semoga Allah lancarkan apa yang bakal ditunaikan . Kepada pimpinan sesi 2012/2013 , semoga pengalaman dan jerit perih kita dihitung sebagai saham ke syurga , dan semoga dengan jasa dan pengorbanan itu menjadi sebab rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersama !


Ukhuwah Fillah . SYAR'IE . Bukan senang , tapi cubalah . Terbuka jangan sampai Hanyut , Tertutup jangan sampai Jumud .

*Happy Ending ... kot ! ^^V





New Session with a new HOPE .
Semoga Allah iringi langkah dengan hidayah ..
Tegurlah andai aku salah ,
Kuatkanlah andai aku lemah !

HR 93 . .







 



Thursday, February 28, 2013

kahwin muda ??




Ahha ... !
let the pic speak !
Semoga Allah tenangkan hati pada malam ini .
hamba Allah ini masih bertatih merangkak dalam pengucapan awam .
saya tidak mahu menghampakan . Oleh sebab itu , dengan ini saya grab the challenge to be the most humble moderator for the event !

Dengan tajuk Kahwin Muda , dengan lafaz bismillah aku melangkah !
Dewan Al-farabi . Khamis , 28 Disember 2013 , jam 8.00 malam ..

Mahasiswi PERMAI tidak lesu ! =D

Thursday, February 21, 2013

seputar pilihan raya PERMAI 2013/2014 I

aiishhh...
nak bertanding ke , tak nak bertanding .
dua hari je masa untuk buat keputusan . dua hari sahaja tempoh untuk mencalonkan diri sendiri setelah dicalonkan .

Ahh... harapan .
mereka sedang melakar harapan , aku sedang membina impian . menitik berat sebuah pengalaman dalam penghidupan . Allah itu sudah merancang segala lakaran , sama ada kita sudah ada bayangan  , mahupun baru sahaja dicanangkan .

tepat jam 9.30 malam , 16 / 2 / 2013 saya mencalonkan diri . sebagai calon AMT PERMAI sesi 2013/2014 .

mak dan ayah selalu pesan "jaga akademik , jangan sampai mak ayah kena jual tanah nak support awak " . oh , bimbang sungguh saya . tak sanggup rasanya nak mintak satu sen pun daripada ibu bapa tercinta , pengorbanan mereka di luar jangka.
memang lah , akademik no 1 , tapi bersosial bukan no 2 .

public speaker . i'm not a good speaker actually . tapi saya harap tempoh 4 tahun di irbid beri impak besar pada skil ni .

pemimpin ; banyak benda perlu jaga . Solat , Al-Quran , Puasa , Zikrullah , Akademik , Hormati ibu bapa , adik-beradik , sahabat , dan guru .

semoga Allah permudahkan urusan ilmu ku . bukankah mereka yang berusaha dipermudahkannya untuk ke syurga . =D


calon AMT PERMAI 2013/2014
salam perjuangan , dengan hati-hati insan !

*senyum*
^^V 
doakan ......

Sunday, February 10, 2013

kerja kerja kerja !


rasa macam dah lama tak bekerja .
sama ada tiada kerja atau saya yang mengabaikan kerja .
sama ada saya yang sibuk dengan benda lain sehingga terlupa mana yang lagi utama .

ahh... andai Allah hisab , mesti dah lama didakwa tidak juhud dan berjihad sehabis mungkin . orang kata , pegang jawatan payah . siapa kata ? mudah ja , pegang jawatan . dah , senang..
sebenarnya yang payah bukannya pegang jawatan , tapi buat kerja dengan jawatan tu . bertindak sebagai penjawat , itu yang payah dan perlu sering belajar . bahkan orang yang mula daripada menjadi kuli pun , setelah menjadi pengurus besar pun masih banyak benda yang perlu belajar . apatah lagi kita .
bertatih . bekerjalah  .
datang tugas , buat , jangan fed-up . kalaulah manusia ni tahu apa ganjaran di sebalik menjawat dan segala apa kerja yang dia buat , mesti dia tak berhenti setakat ini . yang penting , buat . jangan lemah . kalau tak pandai , cuba . bertanya .

angkat phone please !
orang kata , kalau jawat jawatan ni apa yang rasa malas sekali ialah 'social media'. FB twitter , handphone , skype yang selama ni bertempel dengannya dah tak indah lagi dah . semua macam harem . tak nak angkat , tak nak layan . sebab tengok dm , tengok pm ; selalu ada kerja .

kerja dan kerja .!

tapi amanah , siapa boleh hadapi dengan tabah dan sabar .
pemimpin ; Allah sayang andai dia adil . Allah suka orang yang punya itqan yakni bersungguh-sungguh .
amanah ; siapa sangka ia bisa datang . dan datangnya ialah pada kita . terima dan teruskan segala . =D
make your heart calm and full of saidah [bahagia] .
semoga Allah teguhkan hati sang pemimpin , sabarkan hati rakyat .

bila kita di saf kepimpinan kita akan sayang dua benda dalam satu masa : pimpinan dan rakyat .
apatah lagi permai . sapa tak sayang . siapa lagi nak ubah kalau ada yang tak kena kalau bukan kita ?
jadi , untuk mempro-aktifkan lagi diri mahasiswa , sempena PRK yang akan datang tak lama lagi , dan mungkin esok pencalonan , jom bertanding ! *hehs ... pilihlah elok-elok ,ataupun anda sendiri menjadi calon . nak ? =D











ukhuwah sesama muslim



help them .
sebarkan bahagia .

nampak pakcik tengah jalan . pakai tongkat . lebih kurang 40meter di hadapan . terjengket-jengket pakcik tersebut . sakit lutut barangkali . aku lihat ada budak sekitar 13 tahun bermain-main di tanah lapang . aku mendekati mereka .
"ma 'aleisy , mumkin iza a'thoitum musa'adah ilal jad hunak ?"
terkulat-kulat bebudak tu . pelik mungkin aku tegur mereka . tapi mereka akur . mungkin merasakan kata-kata aku betul . ahh... siapa tak kenal kebaikan . kemudian mereka bantu pakcik itu @ lebih dikenali sebagai "atuk" .
bahagia . mudah atuk tu jalan sampai rumah @ mungkin pergi kedai .

***

ada 3 budak kecil . main apa entah . kejap suka , kejap gaduh kecil , kemudian baik semula . kanak-kanak . indahnya hidup mereka . aku menyeluk saku jaket baju sejukku . 'ahha! ada tiga gula-gula. cukuplah ni' . aku mendekati mereka .
"tafaddholi .. tuhibbun hek ? " [silakan, kamu sukakan ini?] sambil hulurkan 3 biji gula-gula berlainan rasa pada mereka .
terkejut . senyap.
kemudian , sorang-sorang pilih gula-gula yang mereka suka.
"syukran :-)" [terima kasih]

terkocoh-kocoh mereka buka gula-gula dan makan bersama . aku masuk ke perut rumah .
bahagia .

***

hebat,kan . boleh berukhuwah tanpa kira pangkat darjat dan latar belakang. ini  lah ukhuwah kerana Allah , tiada niat lain .
bukan payah nak amalkan konsep taaruf  dan tafahum dalam Islam .

hehs.. berkhayal  lah mizah ! ini semua angan-angan yang membuktikan bahawa hidup tidak kosong dan membosankan .  ke arah bina masyarakat yang lebih baik . =D cheese ~
peace no war .

Wednesday, January 9, 2013

sedingin bayu salju .

sejuk . saljikah ?



gambar sekadar hiasan.


selepas lima tahun (sepertimana yang saya tahu ) Irbid turun salji .
dan imtihan sahabat-sahabat saya ditunda . ditangguhkan . banyak benda tergendala dan terpaksa tangguh . antara nikmat @ ujian . wallahua'lam . bergantung pada hamba itu sendiri mahu nilai bagaimana .

jeritan . teruja , wahhh!!!
oh . kebetulan . saya ada urusan di jamiah . jadi saat turun salji yang lebat tu saya di luar . redah lah salji tu . betul kuat , sangat . tak nampak jalan . dalam masa yang sama . dengar jeritan . perempuan . ya , itu suara perempuan . cuma saya tak pasti sama ada Arab atau Melayu . sebab tadi pun orang Arab tu jerit kuat-kuat jugak . pelik,kan . pada hal diorang ni syitaa (musim sejuk ) tiap-tiap tahun dah . biasalah , orang kata Arab Irbid yang jakun . sebab Irbid jarang turun salji . tak apalah .

cumanya , teruja jangan sampai binasa . jangan sampai terlupa segala benda . saya pun tak pernah jumpa salji 'fresh'2 dari langit . first time jugak . tapi , teruja pun , kena jaga lah apa yang tak boleh buat jangan dibuat . ini mungkin teguran halus untuk diri sendiri dan yang lain . biasalah kan . tak sedar .

semua update status pasal salji . cumanya , bila update status tu , jangan lupa untuk dikembalikan pada Allah segala kesyukuran . antara nikmat dan ujian , tak mengapalah . buat lah status yang tarbawi bukan men'teruja'kan orang lagi .

ingat . nikmat Allah ni Maha Hebat . tahun ni tak macam tahun lepas . tahun lepas tak ramai yang berharap sangat walaupun ada sahaja jangkaan salji akan turun . Allah dah bagi , apa yang kita nak buat untuk mensyukuri ? melompat-lompat kah ? lompatlah si katak lompat , tapi syukur jangan lupa pulak ya .

wallahua'lam .
#dua tiga menjak ni tak rasa teruja sangat pun dengan segala benda . dah kurang deria . kenapa ya ?
huh~ kadang-kadang elok jugek macam ni . boleh kawal emosi supaya tak lupa mati . ^^

wallahua'lam.


{وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ}(إبراهيم/7

Thursday, January 3, 2013

sof kena kuat

penyakit .
manusia ni banyak penyakit . sakit dalam hati bahaya . rasa iri hati kat orang , sakit hati , makan hati . ada hati ? ada hati tak apa . tak salah . cuma sakitnya sakit sorang-sorang lah kalau tak berbalas .
baik . sakit hati . ada yang keluarkan fakta bahawasanya , bila kita sakit hati dengan orang pun ialah satu dosa ? betul ke ? setakat kehidupan saya setakat ni , saya belum pernah dengar mana-mana ayat quran yang Allah katakan bahawa berkecewa dengan orang lain ialah satu dosa . cuma yang menjadi satu dosa ialah apabila kita yang menyakitkan , kita yang melukakan .

kita , bukan kerja kita untuk mengkritik apa perbuatan orang . orang itu buat itu salah , buat ini salah . seolah-olah kita ialah insan kamil . insan paling betul yang tiada salah . apabila kita dalam keadaan ada A dan ada B . si A beri pandangan dan si B juga memberi pandangan . tetapi akhirnya pandangan si B yang diterima . dan setelah dilaksanakan pendapat si B  , keadaan menjadi kurang baik . kurang efektif . kemudian , berkatalah si A "kan aku dah cakap , tu lah tak nak dengar cakap aku " .
pernah berlaku tak macam ni ? mesti banyak kan .
hadis Nabi saw ada sebut . jika berlaku sesuatu yang melibatkan pemutusan keputusan . yang menuntut kita untuk buat keputusan , maka buatlah keputusan . berbincanglah ! kalau betul keputusan itu maka bagi kamu 2 ganjaran . jika salah , maka satu ganjaran yang kamu peroleh .
tengok . bukan salah . bukan dosa untuk buat kesilapan dalam mana kita sedang berijtihad sendiri .
si A perlu ingat , tak semestinya si B itu salah maka si A betul !
siapa boleh jamin kalau ikut pendapat si A , everything will be ok ?

perihal hati . hasad . dendam .
berpersatuan terutamanya . apabila ia melibatkan buat keputusan dalam satu-satu kumpulan manusia yang berorganisasi . akan berhadapan dengan banyak mesyuarat . apabila timbul suatu isu , apatah lagi yang melibatkan rakyat bawahan . masyarakat .
baiklah . kita bincang . bincang punya bincang akhirnya ada keputusan . sangka ketuanya , "alhamdulillah , settle ! " . tapi siapa tahu ada yang memendam . kemudian ada mesyuarat yang lebih kecil daripada mesyuarat kecil tersebut . kemudian berlakulah cakap belakang . ini yang kita tidak mahukan dalam satu-satu organisasi .
pertamanya , ia melibatkan keberkatan . sangat-sangat libatkan keberkatan . ketaatan pada pemimpin itu tiada . cakap-cakap belakang tentang apa yang diputuskan oleh ketua ? baikkah begitu . . ya , siapa tak nafikan , pernah sahaja saya buat kerja begini . pernah sahaja saya berbincang dengan sahabat semesyurat di belakang mesyuarat . tapi , benda itu perlu disuarakanlah pada pimpinan . perbincangan tanpa tindakan tak mampu ubah apa-apa . malah , tak bercambah membuah hasil .

kedua , perpecahan . masing-masing membawa idea sendiri . tidak sependapat . kemudian , kutuk-mengutuk , fitnah memfitnah sedangkan ruang perbincangan luas terbentang . hal ni boleh berlaku sama ada , pada kelemahan pimpinan , ataupun kelemahan ahli . sama sahaja . ada yang pemimpinnya sendiri yang enggan mendengar . ada yang ahlinya yang enggan bersuara, lebih suka berkata-kata nista di belakang tabir sana . hmm...kalau silap pemimpin , cadangan kecil saya , berjuanglah untuk jadi pemimpin pulak yang akan datang !  kita selaku orang bawahan , jika ada silap di atas , tegurlah dengan cara hikmah . insyaAllah , Allah buka hati sang pemimpin , maka berubahlah ia . jika tidak , berdoalah sehabis daya , selama mana , dan mohon Allah selamatkan organisasi supaya sentiasa kukuh dan jatuh benda maksiat naik benda ma'ruf .

sebenarnya kesannya lebih daripada dua benda ni . cuma ini sebahagiannya sahaja .
jadi , kesimpulannya , jagalah organisasi kita walaupun organisasi kecil-kecilan yang terdiri daripada  empat lima orang pun . sebab , Allah redhai mereka yang bekerjasama dalam perkara kebaikan . dan kita maklum , muslim ni , mustahillah berkumpulnya mereka kerana perkara batil .
even dalam AJK-AJK program sekalipun , binalah TEAM yang kukuh . yang Allah redha . yang Allah bersama kita . jaga diri dan ahli daripada maksiat , sebab maksiat lah yang menjauhkan . kita tak sedar kadang-kadang tu .
jadi , begitulah ..
wallahua'lam .



{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلاَئِدَ وَلاَ آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا  وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ}(المائدة/2).