penyakit .
manusia ni banyak penyakit . sakit dalam hati bahaya . rasa iri hati kat orang , sakit hati , makan hati . ada hati ? ada hati tak apa . tak salah . cuma sakitnya sakit sorang-sorang lah kalau tak berbalas .
baik . sakit hati . ada yang keluarkan fakta bahawasanya , bila kita sakit hati dengan orang pun ialah satu dosa ? betul ke ? setakat kehidupan saya setakat ni , saya belum pernah dengar mana-mana ayat quran yang Allah katakan bahawa berkecewa dengan orang lain ialah satu dosa . cuma yang menjadi satu dosa ialah apabila kita yang menyakitkan , kita yang melukakan .
kita , bukan kerja kita untuk mengkritik apa perbuatan orang . orang itu buat itu salah , buat ini salah . seolah-olah kita ialah insan kamil . insan paling betul yang tiada salah . apabila kita dalam keadaan ada A dan ada B . si A beri pandangan dan si B juga memberi pandangan . tetapi akhirnya pandangan si B yang diterima . dan setelah dilaksanakan pendapat si B , keadaan menjadi kurang baik . kurang efektif . kemudian , berkatalah si A "kan aku dah cakap , tu lah tak nak dengar cakap aku " .
pernah berlaku tak macam ni ? mesti banyak kan .
hadis Nabi saw ada sebut . jika berlaku sesuatu yang melibatkan pemutusan keputusan . yang menuntut kita untuk buat keputusan , maka buatlah keputusan . berbincanglah ! kalau betul keputusan itu maka bagi kamu 2 ganjaran . jika salah , maka satu ganjaran yang kamu peroleh .
tengok . bukan salah . bukan dosa untuk buat kesilapan dalam mana kita sedang berijtihad sendiri .
si A perlu ingat , tak semestinya si B itu salah maka si A betul !
siapa boleh jamin kalau ikut pendapat si A , everything will be ok ?
perihal hati . hasad . dendam .
berpersatuan terutamanya . apabila ia melibatkan buat keputusan dalam satu-satu kumpulan manusia yang berorganisasi . akan berhadapan dengan banyak mesyuarat . apabila timbul suatu isu , apatah lagi yang melibatkan rakyat bawahan . masyarakat .
baiklah . kita bincang . bincang punya bincang akhirnya ada keputusan . sangka ketuanya , "alhamdulillah , settle ! " . tapi siapa tahu ada yang memendam . kemudian ada mesyuarat yang lebih kecil daripada mesyuarat kecil tersebut . kemudian berlakulah cakap belakang . ini yang kita tidak mahukan dalam satu-satu organisasi .
pertamanya , ia melibatkan keberkatan . sangat-sangat libatkan keberkatan . ketaatan pada pemimpin itu tiada . cakap-cakap belakang tentang apa yang diputuskan oleh ketua ? baikkah begitu . . ya , siapa tak nafikan , pernah sahaja saya buat kerja begini . pernah sahaja saya berbincang dengan sahabat semesyurat di belakang mesyuarat . tapi , benda itu perlu disuarakanlah pada pimpinan . perbincangan tanpa tindakan tak mampu ubah apa-apa . malah , tak bercambah membuah hasil .
kedua , perpecahan . masing-masing membawa idea sendiri . tidak sependapat . kemudian , kutuk-mengutuk , fitnah memfitnah sedangkan ruang perbincangan luas terbentang . hal ni boleh berlaku sama ada , pada kelemahan pimpinan , ataupun kelemahan ahli . sama sahaja . ada yang pemimpinnya sendiri yang enggan mendengar . ada yang ahlinya yang enggan bersuara, lebih suka berkata-kata nista di belakang tabir sana . hmm...kalau silap pemimpin , cadangan kecil saya , berjuanglah untuk jadi pemimpin pulak yang akan datang ! kita selaku orang bawahan , jika ada silap di atas , tegurlah dengan cara hikmah . insyaAllah , Allah buka hati sang pemimpin , maka berubahlah ia . jika tidak , berdoalah sehabis daya , selama mana , dan mohon Allah selamatkan organisasi supaya sentiasa kukuh dan jatuh benda maksiat naik benda ma'ruf .
sebenarnya kesannya lebih daripada dua benda ni . cuma ini sebahagiannya sahaja .
jadi , kesimpulannya , jagalah organisasi kita walaupun organisasi kecil-kecilan yang terdiri daripada empat lima orang pun . sebab , Allah redhai mereka yang bekerjasama dalam perkara kebaikan . dan kita maklum , muslim ni , mustahillah berkumpulnya mereka kerana perkara batil .
even dalam AJK-AJK program sekalipun , binalah TEAM yang kukuh . yang Allah redha . yang Allah bersama kita . jaga diri dan ahli daripada maksiat , sebab maksiat lah yang menjauhkan . kita tak sedar kadang-kadang tu .
jadi , begitulah ..
wallahua'lam .
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ
وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلاَئِدَ وَلاَ آمِّينَ
الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا وَإِذَا
حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلاَ
يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ
تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى
الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ
الْعِقَابِ}(المائدة/2).
No comments:
Post a Comment