nak bertanding ke , tak nak bertanding .
dua hari je masa untuk buat keputusan . dua hari sahaja tempoh untuk mencalonkan diri sendiri setelah dicalonkan .
Ahh... harapan .
mereka sedang melakar harapan , aku sedang membina impian . menitik berat sebuah pengalaman dalam penghidupan . Allah itu sudah merancang segala lakaran , sama ada kita sudah ada bayangan , mahupun baru sahaja dicanangkan .
tepat jam 9.30 malam , 16 / 2 / 2013 saya mencalonkan diri . sebagai calon AMT PERMAI sesi 2013/2014 .
mak dan ayah selalu pesan "jaga akademik , jangan sampai mak ayah kena jual tanah nak support awak " . oh , bimbang sungguh saya . tak sanggup rasanya nak mintak satu sen pun daripada ibu bapa tercinta , pengorbanan mereka di luar jangka.
memang lah , akademik no 1 , tapi bersosial bukan no 2 .
public speaker . i'm not a good speaker actually . tapi saya harap tempoh 4 tahun di irbid beri impak besar pada skil ni .
pemimpin ; banyak benda perlu jaga . Solat , Al-Quran , Puasa , Zikrullah , Akademik , Hormati ibu bapa , adik-beradik , sahabat , dan guru .
semoga Allah permudahkan urusan ilmu ku . bukankah mereka yang berusaha dipermudahkannya untuk ke syurga . =D
calon AMT PERMAI 2013/2014
salam perjuangan , dengan hati-hati insan !
*senyum*
^^V
doakan ......
No comments:
Post a Comment