Dalam syurga ada taman. Bagaimana indahnya taman syurga tidak tercapai akal fikiran. Yang pasti taman itu ialah taman orang yang beriman. Iman hanya boleh capai bila ada kekuatan untuk lawan maksiat dan kemungkaran. Ayuh jadi Mukmin yuk !
Sunday, February 10, 2013
ukhuwah sesama muslim
help them .
sebarkan bahagia .
nampak pakcik tengah jalan . pakai tongkat . lebih kurang 40meter di hadapan . terjengket-jengket pakcik tersebut . sakit lutut barangkali . aku lihat ada budak sekitar 13 tahun bermain-main di tanah lapang . aku mendekati mereka .
"ma 'aleisy , mumkin iza a'thoitum musa'adah ilal jad hunak ?"
terkulat-kulat bebudak tu . pelik mungkin aku tegur mereka . tapi mereka akur . mungkin merasakan kata-kata aku betul . ahh... siapa tak kenal kebaikan . kemudian mereka bantu pakcik itu @ lebih dikenali sebagai "atuk" .
bahagia . mudah atuk tu jalan sampai rumah @ mungkin pergi kedai .
***
ada 3 budak kecil . main apa entah . kejap suka , kejap gaduh kecil , kemudian baik semula . kanak-kanak . indahnya hidup mereka . aku menyeluk saku jaket baju sejukku . 'ahha! ada tiga gula-gula. cukuplah ni' . aku mendekati mereka .
"tafaddholi .. tuhibbun hek ? " [silakan, kamu sukakan ini?] sambil hulurkan 3 biji gula-gula berlainan rasa pada mereka .
terkejut . senyap.
kemudian , sorang-sorang pilih gula-gula yang mereka suka.
"syukran :-)" [terima kasih]
terkocoh-kocoh mereka buka gula-gula dan makan bersama . aku masuk ke perut rumah .
bahagia .
***
hebat,kan . boleh berukhuwah tanpa kira pangkat darjat dan latar belakang. ini lah ukhuwah kerana Allah , tiada niat lain .
bukan payah nak amalkan konsep taaruf dan tafahum dalam Islam .
hehs.. berkhayal lah mizah ! ini semua angan-angan yang membuktikan bahawa hidup tidak kosong dan membosankan . ke arah bina masyarakat yang lebih baik . =D cheese ~
peace no war .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment