Sunday, February 10, 2013

kerja kerja kerja !


rasa macam dah lama tak bekerja .
sama ada tiada kerja atau saya yang mengabaikan kerja .
sama ada saya yang sibuk dengan benda lain sehingga terlupa mana yang lagi utama .

ahh... andai Allah hisab , mesti dah lama didakwa tidak juhud dan berjihad sehabis mungkin . orang kata , pegang jawatan payah . siapa kata ? mudah ja , pegang jawatan . dah , senang..
sebenarnya yang payah bukannya pegang jawatan , tapi buat kerja dengan jawatan tu . bertindak sebagai penjawat , itu yang payah dan perlu sering belajar . bahkan orang yang mula daripada menjadi kuli pun , setelah menjadi pengurus besar pun masih banyak benda yang perlu belajar . apatah lagi kita .
bertatih . bekerjalah  .
datang tugas , buat , jangan fed-up . kalaulah manusia ni tahu apa ganjaran di sebalik menjawat dan segala apa kerja yang dia buat , mesti dia tak berhenti setakat ini . yang penting , buat . jangan lemah . kalau tak pandai , cuba . bertanya .

angkat phone please !
orang kata , kalau jawat jawatan ni apa yang rasa malas sekali ialah 'social media'. FB twitter , handphone , skype yang selama ni bertempel dengannya dah tak indah lagi dah . semua macam harem . tak nak angkat , tak nak layan . sebab tengok dm , tengok pm ; selalu ada kerja .

kerja dan kerja .!

tapi amanah , siapa boleh hadapi dengan tabah dan sabar .
pemimpin ; Allah sayang andai dia adil . Allah suka orang yang punya itqan yakni bersungguh-sungguh .
amanah ; siapa sangka ia bisa datang . dan datangnya ialah pada kita . terima dan teruskan segala . =D
make your heart calm and full of saidah [bahagia] .
semoga Allah teguhkan hati sang pemimpin , sabarkan hati rakyat .

bila kita di saf kepimpinan kita akan sayang dua benda dalam satu masa : pimpinan dan rakyat .
apatah lagi permai . sapa tak sayang . siapa lagi nak ubah kalau ada yang tak kena kalau bukan kita ?
jadi , untuk mempro-aktifkan lagi diri mahasiswa , sempena PRK yang akan datang tak lama lagi , dan mungkin esok pencalonan , jom bertanding ! *hehs ... pilihlah elok-elok ,ataupun anda sendiri menjadi calon . nak ? =D











ukhuwah sesama muslim



help them .
sebarkan bahagia .

nampak pakcik tengah jalan . pakai tongkat . lebih kurang 40meter di hadapan . terjengket-jengket pakcik tersebut . sakit lutut barangkali . aku lihat ada budak sekitar 13 tahun bermain-main di tanah lapang . aku mendekati mereka .
"ma 'aleisy , mumkin iza a'thoitum musa'adah ilal jad hunak ?"
terkulat-kulat bebudak tu . pelik mungkin aku tegur mereka . tapi mereka akur . mungkin merasakan kata-kata aku betul . ahh... siapa tak kenal kebaikan . kemudian mereka bantu pakcik itu @ lebih dikenali sebagai "atuk" .
bahagia . mudah atuk tu jalan sampai rumah @ mungkin pergi kedai .

***

ada 3 budak kecil . main apa entah . kejap suka , kejap gaduh kecil , kemudian baik semula . kanak-kanak . indahnya hidup mereka . aku menyeluk saku jaket baju sejukku . 'ahha! ada tiga gula-gula. cukuplah ni' . aku mendekati mereka .
"tafaddholi .. tuhibbun hek ? " [silakan, kamu sukakan ini?] sambil hulurkan 3 biji gula-gula berlainan rasa pada mereka .
terkejut . senyap.
kemudian , sorang-sorang pilih gula-gula yang mereka suka.
"syukran :-)" [terima kasih]

terkocoh-kocoh mereka buka gula-gula dan makan bersama . aku masuk ke perut rumah .
bahagia .

***

hebat,kan . boleh berukhuwah tanpa kira pangkat darjat dan latar belakang. ini  lah ukhuwah kerana Allah , tiada niat lain .
bukan payah nak amalkan konsep taaruf  dan tafahum dalam Islam .

hehs.. berkhayal  lah mizah ! ini semua angan-angan yang membuktikan bahawa hidup tidak kosong dan membosankan .  ke arah bina masyarakat yang lebih baik . =D cheese ~
peace no war .

Wednesday, January 9, 2013

sedingin bayu salju .

sejuk . saljikah ?



gambar sekadar hiasan.


selepas lima tahun (sepertimana yang saya tahu ) Irbid turun salji .
dan imtihan sahabat-sahabat saya ditunda . ditangguhkan . banyak benda tergendala dan terpaksa tangguh . antara nikmat @ ujian . wallahua'lam . bergantung pada hamba itu sendiri mahu nilai bagaimana .

jeritan . teruja , wahhh!!!
oh . kebetulan . saya ada urusan di jamiah . jadi saat turun salji yang lebat tu saya di luar . redah lah salji tu . betul kuat , sangat . tak nampak jalan . dalam masa yang sama . dengar jeritan . perempuan . ya , itu suara perempuan . cuma saya tak pasti sama ada Arab atau Melayu . sebab tadi pun orang Arab tu jerit kuat-kuat jugak . pelik,kan . pada hal diorang ni syitaa (musim sejuk ) tiap-tiap tahun dah . biasalah , orang kata Arab Irbid yang jakun . sebab Irbid jarang turun salji . tak apalah .

cumanya , teruja jangan sampai binasa . jangan sampai terlupa segala benda . saya pun tak pernah jumpa salji 'fresh'2 dari langit . first time jugak . tapi , teruja pun , kena jaga lah apa yang tak boleh buat jangan dibuat . ini mungkin teguran halus untuk diri sendiri dan yang lain . biasalah kan . tak sedar .

semua update status pasal salji . cumanya , bila update status tu , jangan lupa untuk dikembalikan pada Allah segala kesyukuran . antara nikmat dan ujian , tak mengapalah . buat lah status yang tarbawi bukan men'teruja'kan orang lagi .

ingat . nikmat Allah ni Maha Hebat . tahun ni tak macam tahun lepas . tahun lepas tak ramai yang berharap sangat walaupun ada sahaja jangkaan salji akan turun . Allah dah bagi , apa yang kita nak buat untuk mensyukuri ? melompat-lompat kah ? lompatlah si katak lompat , tapi syukur jangan lupa pulak ya .

wallahua'lam .
#dua tiga menjak ni tak rasa teruja sangat pun dengan segala benda . dah kurang deria . kenapa ya ?
huh~ kadang-kadang elok jugek macam ni . boleh kawal emosi supaya tak lupa mati . ^^

wallahua'lam.


{وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ}(إبراهيم/7

Thursday, January 3, 2013

sof kena kuat

penyakit .
manusia ni banyak penyakit . sakit dalam hati bahaya . rasa iri hati kat orang , sakit hati , makan hati . ada hati ? ada hati tak apa . tak salah . cuma sakitnya sakit sorang-sorang lah kalau tak berbalas .
baik . sakit hati . ada yang keluarkan fakta bahawasanya , bila kita sakit hati dengan orang pun ialah satu dosa ? betul ke ? setakat kehidupan saya setakat ni , saya belum pernah dengar mana-mana ayat quran yang Allah katakan bahawa berkecewa dengan orang lain ialah satu dosa . cuma yang menjadi satu dosa ialah apabila kita yang menyakitkan , kita yang melukakan .

kita , bukan kerja kita untuk mengkritik apa perbuatan orang . orang itu buat itu salah , buat ini salah . seolah-olah kita ialah insan kamil . insan paling betul yang tiada salah . apabila kita dalam keadaan ada A dan ada B . si A beri pandangan dan si B juga memberi pandangan . tetapi akhirnya pandangan si B yang diterima . dan setelah dilaksanakan pendapat si B  , keadaan menjadi kurang baik . kurang efektif . kemudian , berkatalah si A "kan aku dah cakap , tu lah tak nak dengar cakap aku " .
pernah berlaku tak macam ni ? mesti banyak kan .
hadis Nabi saw ada sebut . jika berlaku sesuatu yang melibatkan pemutusan keputusan . yang menuntut kita untuk buat keputusan , maka buatlah keputusan . berbincanglah ! kalau betul keputusan itu maka bagi kamu 2 ganjaran . jika salah , maka satu ganjaran yang kamu peroleh .
tengok . bukan salah . bukan dosa untuk buat kesilapan dalam mana kita sedang berijtihad sendiri .
si A perlu ingat , tak semestinya si B itu salah maka si A betul !
siapa boleh jamin kalau ikut pendapat si A , everything will be ok ?

perihal hati . hasad . dendam .
berpersatuan terutamanya . apabila ia melibatkan buat keputusan dalam satu-satu kumpulan manusia yang berorganisasi . akan berhadapan dengan banyak mesyuarat . apabila timbul suatu isu , apatah lagi yang melibatkan rakyat bawahan . masyarakat .
baiklah . kita bincang . bincang punya bincang akhirnya ada keputusan . sangka ketuanya , "alhamdulillah , settle ! " . tapi siapa tahu ada yang memendam . kemudian ada mesyuarat yang lebih kecil daripada mesyuarat kecil tersebut . kemudian berlakulah cakap belakang . ini yang kita tidak mahukan dalam satu-satu organisasi .
pertamanya , ia melibatkan keberkatan . sangat-sangat libatkan keberkatan . ketaatan pada pemimpin itu tiada . cakap-cakap belakang tentang apa yang diputuskan oleh ketua ? baikkah begitu . . ya , siapa tak nafikan , pernah sahaja saya buat kerja begini . pernah sahaja saya berbincang dengan sahabat semesyurat di belakang mesyuarat . tapi , benda itu perlu disuarakanlah pada pimpinan . perbincangan tanpa tindakan tak mampu ubah apa-apa . malah , tak bercambah membuah hasil .

kedua , perpecahan . masing-masing membawa idea sendiri . tidak sependapat . kemudian , kutuk-mengutuk , fitnah memfitnah sedangkan ruang perbincangan luas terbentang . hal ni boleh berlaku sama ada , pada kelemahan pimpinan , ataupun kelemahan ahli . sama sahaja . ada yang pemimpinnya sendiri yang enggan mendengar . ada yang ahlinya yang enggan bersuara, lebih suka berkata-kata nista di belakang tabir sana . hmm...kalau silap pemimpin , cadangan kecil saya , berjuanglah untuk jadi pemimpin pulak yang akan datang !  kita selaku orang bawahan , jika ada silap di atas , tegurlah dengan cara hikmah . insyaAllah , Allah buka hati sang pemimpin , maka berubahlah ia . jika tidak , berdoalah sehabis daya , selama mana , dan mohon Allah selamatkan organisasi supaya sentiasa kukuh dan jatuh benda maksiat naik benda ma'ruf .

sebenarnya kesannya lebih daripada dua benda ni . cuma ini sebahagiannya sahaja .
jadi , kesimpulannya , jagalah organisasi kita walaupun organisasi kecil-kecilan yang terdiri daripada  empat lima orang pun . sebab , Allah redhai mereka yang bekerjasama dalam perkara kebaikan . dan kita maklum , muslim ni , mustahillah berkumpulnya mereka kerana perkara batil .
even dalam AJK-AJK program sekalipun , binalah TEAM yang kukuh . yang Allah redha . yang Allah bersama kita . jaga diri dan ahli daripada maksiat , sebab maksiat lah yang menjauhkan . kita tak sedar kadang-kadang tu .
jadi , begitulah ..
wallahua'lam .



{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلاَ الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلاَ الْهَدْيَ وَلاَ الْقَلاَئِدَ وَلاَ آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا  وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ}(المائدة/2). 














Wednesday, December 19, 2012

title: -none-

bismillah .
singgah di sini .
tak nak biar berhabuk .

menulis sebab hobi , boleh puaskan hati .
menulis sebab saja-saja , tak ada kerja , dapat apa ya ?
menulis sebab niat di hati , harap-harap ada saham akhirat yang boleh bawa mati nanti .
tulisan itu unik . kekal . kalau perbuatan , tolong-tolong orang mungkin kita hanya tolong beberapa orang saja . tapi penulisan , beribu-ribu boleh baca . malah bila-bila .

"sesungguhnya kebaikan -kebaikan itu boleh menghapuskan keburukan "
pahala itu penghapus dosa kecil .


{وَأَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَىِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ}(هود/114). 

semoga tulisan kita boleh bawa kita ke syurga Allah sana nanti
walaupun tak tentu , kadang-kadang rasa macam keliru juga . menulis ni betul ke tidak , ataupun tempah hisab yang lagi panjang dan lama . diadili setiap perkataan . 
tapi , syurga tu bukan semudah duduk diam dan melihat . mesti buat sesuatu sebagai batu loncatan , kalau Nabi saw  berdakwah kerana jahiliyah di sekeliling baginda patut dihapuskan , sekarang tak kurang sama pun keadaannya , kenapa masih rasa x perlu buat apa-apa    ?


______________________________________________
hati bila tak tenang kena buat apa ?
= cari hati .. solat , quran , dan ingat mati .


selamat hidup semua~




Sunday, December 16, 2012

bacalah wahai anak-anak

blog ni . dah macam penghuninya ke gua dan hutan belantara . tiada connection . lost . padahal ada je kat rumah ni ha . wireless alhamdulillah , tiada masalah . mungkin kurang istiqomah . tiada rasa , mahu berjasa , walaupun biasa-biasa .

_________________________________________________________

aqidah yang bagaimana yang kita imani sebenarnya ?
usuluddin . banyak sungguh membuka mata dan mencetus idea .
sekarang dah rasa dekat bebenar dengan aqidah syiah . bila bedah apa yang mereka pegang , apa yang mereka imani , rasa macam tak masuk akal pun ada . tapi , nak buat macam mana , hidayah tu milik Allah semata-mata .
Islam ni , (baca : ahlussunnah ) , orang kata agama fitrah . ya, betullah . agama fitrah . kena aja dengan fitrah kita . apa yang Allah larang , Allah suruh , itulah yang terbaik untuk hamba-hambaNya . tidak pula Allah larang benda baik , tak pulak Allah suruh benda yang tak baik untuk agama , keluarga , harta , dan nyawa kita . manusia ni , kena banyak fikir . yang penting lagi , rajin fikir .
macam mana mahu fikir , banyak tahu . macam mana nak banyak tahu , banyak belajar .
banyak belajar boleh dapat dari banyak baca .
membaca , kena jadikan budaya .
betullah yang diapi-apikan masa sejak zaman sekolah lagi , nadi ilmu nilai membaca . apa ya , NILAM ,kan ? walaupun tak pernah dapat anugerah , tapi sebenarnya saya rajin je , cikgu . cuma malas nak catat-catat ni ha . zuhud ;p  . tapi , apa pun , tahniah pada yang dapat anugerah , korang memang terbaik lah ! boleh jadi inspirasi pada orang lain .
*walaupun saya tahu je kadang-kadang baca kulit depan je , terus tulis . betul tak ;P *

bab membaca ni , Allah dah suruh lama dah . sejak awal penurunan wahyu lagi dah .
"IQRA'" .. surah al-'alaq . "bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan " .
bismillah , dan... baca ~
insyaAllah , semoga ditunjukkan kepada kita yang benar itu sebagai benar dan yang salah itu sebagai salah . supaya tidak melencong . supaya tidak kufur nikmat yang Allah beri.

apa guna , muka hensem , muka lawa , tapi pemalas .
apa guna , harta banyak , tapi ilmu tarak~
apa guna ,  isteri ramai , tapi iman hampeh~ *ok, ni tak ada kaitan*
apa guna , muslim , tapi nilai Islam tak membumi ~

Rasulullah saw sendiri pun orang yang bijaksana ,kan ? ma'sum . Rasulullah ummi (tak boleh membaca , menulis , mengira ) , tapi ada hikmah di sebalik itu, baginda dapat wahyu daripada Allah , itu tanda , al-Quran itu bukan direka-reka oleh baginda saw sebagaimana tohmahan  kaum kafir dan musyrik !

dan , Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun ada pesan ;

“Saya sering menyarankan orang muda supaya menjadikan kegiatan membaca itu satu budaya. Jika di usia muda kita gemar membaca, maka jika kita ditakdirkan menjadi pemimpin kelak, kita akan menjadi pemimpin yang mempunyai daya pemikiran yang tajam. Selaku umat islam, kita adalah khalifah Allah. Bagaimana ingin menjadi khalifah kalau kita tidak mampu berada di hadapan? Bagaimana kita boleh mara kalau
kita tidak mempunyai buah pemikiran yang bernas? Bagaimana kita mampu berfikkr secara bernas kalau kita tidak menghimpun idea melalui pembacaan? Inilah impaknya, dan kita sering melihat segelintir pimimpin kita mengitar semula bahan-bahan lama yang telah digunakan orang. Bagaikan surat khabar lama, pemimpin-pemimpin ini mengepit akhbar-akhbar lama untuk diulangi, hujah-hujah lama biasanya akan ketinggalan dan ditinggalkan” - Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
copied. 
 
wallahua'lam . so, baca dan bacalah sampai ke akhirnya . 
banyak sungguh faedah , yang tak disangka-disangka , dan Nabi saw pun pernah kata , orang yang belajar ni , dipermudah jalannya untuk ke syurga , moga kita lah orang itu . 
semoga thabat lah insan insan semua ~ 
 
________________________________________
sungguh sibuk dua tiga menjak ni , bahas , taqrir , talkhis (baca : homeworks . cuma istilah sahaja berbeza) dan persediaan untuk KAMI  . program terbaik abad ini ^^ .
nantikan ~ 
 
PP , maaf terpaksa tinggalkan anda sekejap ~ 
p.s;PP= portfolio JKK permai . 
 
peace , no war2 ... semoga Allah redha yang pasti !
 
sekian . 
 

Saturday, December 8, 2012

senyap , ok muncul balik .

setelah sekian lama buat tak tahu pada blog , saya kembali usik .
semoga Allah teruskan thabatkan hati-hati sang penulis .
*adakah ini effect senior hilal asyraf sudah grad ?
ok, tidak . istiqomah ; insyaAllah nak mula la ni ..

Jordan ; banyak benda perlu dicoret ~

-alhamdulillah
- bermula lah banyak kali pun , asalkan punya usaha
-insan berdosa , selalu punya peluang taubat selagi nyawa tak sampai kerongkong lagi .
- =D