"ala.....apsal kalah malam ni? aahhhh..... "
"padan muka! tu lah, berlagak! "
apakah fenomena ini?
generasi sekarang,kan. ternyata bukan mudah nak mengaplikasi Islam, supaya bukan hanya pada nama. jika dilihat, yang menjadi 'football fever' bukannya non-muslim. orang Islam kita tu. apatah lagi, golongan pemuda. tak dilupa, golongan pemudi pun sama! alahai, hidup~
ok, walaupun saya ni bukanlah jenis yang suka bola (tapi kadang-kadang layan je, mungkin dah duduk jauh ni, tak. dah tak ade saing~) , tapi tahu lah apa yang berlaku di Malaysia. apa yang terbaru ye? terengganu (tanah airku~) - negeri sembilan ; 1-2 , kan? haa... dah kalah, ada lah habuannya, dah menang pun ada habuannya. apa cerita, sampai bertumbuk-tumbuk?
yang menang pun satu hal, yang pergi bakar bendera negeri (tanah airku~) tu kenapa?
Allahu Robbi.
salah ke?
siapa kata salah? tak salah pun. cuma cara berhibur tu yang salah. hiburan tu harus dalam Islam, tapi biarlah kena pada cara dan gayanya. bukan main hentam sahaja. kalah menang, adat permainan , adat la kan... tak perlu nak dilanjutkan sampai ke luar gelanggang. ada yang merasuah, yang bertumbuk, yang menghasut. ahh-- hidup~
dunia belaka!
ini pemuda-pemudi kita
lihatlah, pemuda-pemudi siapa? Islam.
jadi, apa yang hebat tentang Islam? siapa yang gagah, dia menang. begitukah?
jadi, apa signifikan pada masyarakat ? huh!~ pandang rendah lah. mana moralnya? mak bapak tak ajar ke? huhu, parah,parah..
baiklah, saya mahu bawa anda menjelajah sirah pemuda-pemudi tatkala Islam tak 'mampu' difitnah. jika lihat, zaman sultan muhammad al-fateh, adakah masa mudanya dibuang mengikut hawa nafsu? pada hal pada zamannya, mustahil tiada hiburan,kan. ada yang rosak, tapi matlamatnya pada Islam, tidak goyah. adakah 'goyang kaki' dalam hidupnya? tiada. yang difikirkan ialah, melihat kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. demi merealisasikan sabda Nabi ;
"kota Konstantine akan dibuka oleh sebaik-baik pemimpin, dan sebaik-baik tentera ."
lihat, sultan muhammad, ia berjaya.
baiklah, contoh lain. imam syafie . dari kecil, apa yang diminatinya? menuntut ilmu.lihat sahaja bagaimana beliau mengembara dari negara ke negara, meninggalkan ibu tercinta, demi mencari apa yang benar, apa yang batil. Beliau sendiri tidaklah menyimpan hasrat untuk mengasas mazhab, namun disebabkan ketinggian ilmu yang dituntut berpuluh-puluh tahun, mengangkat pendapatnya sebagai mazhab. Kemuliaan yang tidak diminta-minta tetapi datang kerana semangat untuk memperjuangkan ajaran Allah kepada sekalian ummat Muhammad. hebat,kan.
tapi orang kita
ala.. kita bukannya ulama,
kita tak ada la nak bertembung nasab dengan Rasulullah.
kita sekarang dah zaman mana, buat sejarah boleh la, nak perjuangkan...ish! susah..
banyaknya alasan orang kita ,kan. sedangkan pejuang-pejuang Allah yang memperjuangkan agama tu, mereka tahukah yang mereka bakal menggegar dunia sepanjang hidup mereka. mereka tiada ilmu ramalan , yang mereka ada ialah yakin! keyakinan pada Allah, bahawa yang perjuangkan agamanya bakal menang , bakal menggegar dunia kejahilan. kadang-kadang, kita hanya menunggu orang lain yang memulakan, sedangkan hakikatnya, kita bukan lah yang memulakan, kita kan penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah.
jangan hanya duduk di rumah, goyang kaki. menunggu buah yang tak gugur. bagai pungguk rindukan bulan. buang masa sahaja.apa salahnya , kita yang perjuangkan? lihat ikhwan akhowat di Palestin. apa yang mereka lakukan sekarang. sila bandingkan dengan apa yang kita buat sekarang. mereka bermati-matian, melawan kafir laknatullah, kerana musuh Allah ialah musuh mereka, kekasih Allah ialah kekasih mereka.
"dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu, dan orang selain mereka yang tidak kamu ketahui, tetapi Allah mengetahui. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepada mu, dan kamu tidak akan dizalimi,(yakni dirugikan). ; al-anfal , ayat 60.
tinta buat kalian, taring Islam!
pemuda pemudi, taring ummat Islam. sila bangkit sekarang. dan jangan menjatuhkan air muka Islam. buat masa sekarang. Islam sudah kembali dagang. bahkan boleh dilihat di sekalian tempat. dan yang 'dagang' itulah yang beruntung. moga segalanya bisa diubah. Dunia memerlukan kalian.
ahh..hiburan. itu hanya sampingan, percaya dan yakinlah. dengan mencintai Allah, hatimu akan ter'hibur' dengan kemanisan iman. mungkin belum sekarang , tapi inshaAllah, akan datang.
tiada yang Nabi Muhammad saw. harapkan , kecuali ingin melihat ummatnya berkumpul semula di syurga sana. indahnya ~ =-=
buat kalian, saya hanya menyampaikan, yang melunakkan hati-hati insan, hanyalah Tuhan. moga Allah terima setiap amalan ; semata-mata membawa agama Allah yakni Islam pada kalian.
"tugas kita, bukan hanya menunggu Islam berkembang, tapi berJUANG! ''
kalian, anda perlu bangkit bersama saya, dan sahabat-sahabat, teman seperjuangan.
moga 'istiqomah', Allah anugerahkan~
nyata, untuk istiqomah menulis tinta membawa insan-insan pada Tuhan bukan mudah, kerana nafsu dan syaitan sentiasa melawan. ya Allah, aku mohon moga Engkau menetapkan hati-hati berjuang, supaya tidak tergelincir dari landasan tarbiyahMU, moga kami lah, insan dagang~~
irbid
4.47petang
insan lemah , mengharap redha Tuhan.
moga bisa mem'fateh' ummah
No comments:
Post a Comment