Friday, October 14, 2011

terima kasih, semua!

alhamdulillah.
hari ini genap sebulan meniti pengalaman di Jordan. indah? ya, memang indah, bumi anbiya' .
tapi benarlah pepatah melayu " hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. lebih baik di negara sendiri"
indah atau tidak , itu ukuran zahir. dalam hati, kerinduan ada di malaysia. mungkin kerana yang tersayang ada di malaysia. wallahua'lam. tapi inshaAllah, alang-alang diberi peluang hidup di bumi Jordan, moga Allah kurniakan ketenangan, ketabahan dan kesempatan untuk mengutip ibrah2 di sini, mengembarakan iman supaya makin keteguhan hati pada Ilahi.

"terima kasih"
ya, entah kenapa, fajar tadi, teringat zaman persekolahan dulu. zaman ujian. di mana iman, persahbatan, keyakinan, ketuhanan. semua teruji. segalanya bermula di sana.
di mana, ada kritikan daripada manusia sekeliling. benarlah tidak semua yang kita harapkan akan terjadi. tidak semua perkara kebaikan yang kita lakukan , orang akan menganggapnya baik. ingat lagi pada kata-kata sahabat " hanya yang baik bisa mentafsir yang baik"

hebat! bukankah itu aturan Allah.
surah fussilat : 34 "dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan . tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seprti teman setia ."
heh~! berat,kan. mahu me'layan' mereka yang seprti 'musuh' seperti 'sahabat ' . memang, bukan mudah . tapi janji Allah benar. jika kebaikan yang kita persembahkan, inshaAllah, kebaikan juga sebagai 'feedback'.

"ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal belum datang kepadamu(cobaan) seprti (yang dialami) orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cobaan) , sehingga rasul dan orang yang beriman bersamanya berkata "bilakah akan datang pertolongan Allah? " ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat " al-baqarah : 214

alhamdulillah, ujianku, tidak seberat mereka . tidak sehebat mereka sebelumku. mereka hebat digoncang dengan kelaparan, penderitaan , tohmahan, caci-maki. tapi apa yang ada pada mereka , hanya ; keteguhan. noted! sehingga hanya pada Allah mereka mohon perlindungan dan pengharapan. Allah itu MAHA ADIL . benarlah ,kadang-kadang rasa malu apabila rasa dii kurang bersyukur, bahkan ada kalanya lupa untuk bersyukur,. iya, ujian itu perit, tapi itu bermakna Tuhan tidak sayang,kah? yang ditinggalkan tanpa ujian, cabaranlah yang lagi kasihan.bukankah ujian dan dan cabaran tanda Allah pandang? ^^

dalam sebanyak-banyak alam milik Tuhan. kita;manusia hanya kerdil sekerdil-kerdilnya di mata Allah. tiada nilai-nilai keistimewaaan. semua sedia maklum, kita bakal menghadap Allah. tidak kurang orang kafir, mereka mengakui kehadiran Allah; Tuhan sekalian alam. tapi kesombongan lebih daripada kewarasan. itu aturan Allah memberi hidayah pada yang dikehendaki, melaknat sesiapa yang dikehendaki. tapi kita yang bertuah di bumi bertuah ni? dapat nikmat iman dan islam. pernahkah kita terfikirkan, pakah 'persembahan' yang bakal kita bawa pada Allah. dengan amalan yang tidak seberapa. 'rehersel' di dunia yang penuh cacat cela. entah mampu atau tidak mendapat tempat di mata Tuhan. tambahan, sangat ramai yang mengambil kesempatan , lebih baik daripada kita. bersungguh memohon hidayah Tuhan.

kadang-kadang, bimbang~ bimbang nasib di padang mahsyar. dan jika 'lulus' di hari hisab. bimbang nikmat di syurga. mustawa berapakah hamba ini. ada yang boleh lihat wajah Allah setiap saat, ada yang lihat setiap bulan , ada yang berkesempatan setiap tahun, bahkan ada juga yang 50 tahun sekali sahaja! rugi, rugi, alangkah ruginya manusia~ kerdilnya hamba.

"katakanlah (muhammad) "tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah, bertawakallah orang yang beriman." -at-taubah :51

""dan janganlah kamu berasa lemah dalam mengejar mereka(musuhmu) . Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih boleh mengharapkan dari Allah, apa yang tidak dapat mereka harapkan .Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. " surah an-nisa' 104

buat yang me'nyakiti' , menguji , meng'kritik' , mengguris hati ... terima kasih semua! kerana kalian , akhirnya hamba Allah ini tahu, belajar erti kehidupan. mungkin dulu, saya tidak mengambil langkah untuk bersyukur dan benar-benar menghargai kalian. tapi izinkan sewaktu saya sedang 'sedar' , saya ingin umum pada dunia. terima kasih! :-) kerana kalian, saya kuat!
tanpa izin Allah, sebagaimana kuat pun kalian menguji, tetap tak membawa erti. tapi bila ada Allah di sisi, baru saya tahu, rupa-rupanya segalanya aturan Dia. supaya hamba-hambaNya ; mengerti~


kutahu bukan mudah meniti dakwah,
kutahu bukan mudah menerima dakwah,
kutahu bukan mudah untuk berdakwah,
sebab itu kumahu kalian tahu,
sebenarnya dengan dakwah hidup jadi mudah,
bukan kerana manisnya jalan itu,
tapi kerana ukhuwah yang dijalin atas hadaf mardhotillah,
dakwah; memang perit kerana syurga itu manis,
tapi sedarilah hakikat dan realiti,
dakwah; bukan satu jalan untuk memaksa,
tetapi ia jalan untuk kenal Yang Esa,
bukan secara terpaksa, tapi kerana ketenangan yang dirasa.
apabila tenang , pasti nak lagi, kan!


salam sayang meniti hari,
moga Allah adili segala usaha mendekati Dia, dan mendekatkan diri kita pada DIA.
menjadi doktor ummat Islam bukan mudah,
mahu menyelami hati-hati,
menyuburkan iman.
perlukan kesabaran,
yang diperlukan lagi ialah kasih sayang dan keikhlasan,
bukan material mahupun perkataan ,
yang bisa menggugat keimanan ~
wallahua'lam.

generasri al-fateh,
dalam usaha lahirkan syabab , akhowat penggegar dunia, dengan keutuhan Islam di mata dan di hati ^-^







1 comment:

  1. bertuahnya diri kerana dipilih oleh Allah untuk berada di jalan dakwah
    beruntungnya diri kerana menerima jalan dakwah ini
    jalan yang penuh dengan sesuatu yang memeritkan
    tapi jalan ini tetap diterima
    kerana yakinnya pada agama Allah
    mahunya mendapat mardhotillah

    dakwah itu halus ^_^

    ReplyDelete