Friday, October 7, 2011

bedah2 blog

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

alhamdulillah.
hidup lagi hari ni.
masa-masa mendatang , mana kita tahu,kan.
kadang-kadang ter' bersalah ' pula buat blog. cop! bukan salah. cuma hati rasa tidak selari dengan kehendak. macam mana tu?
pada awalnya, ya.. saya tertarik dengan blog. sebab rasanya ia satu medium, iaitu medan baik untuk dakwah, untuk jihad. tapi makin hari saya lihat perubahan pada diri saya, lebih utama lagi, pada blog saya. semacam sepi. tanpa latest update yang membina. yang beri motivasi untuk diri. dan yang penting, beri positive input untuk pembaca.

bedah. kenapa saya kata bedah. ya, saya teliti setiap bait yang pernah saya nukilkan di sini. memang, susah mahu kita hukum sesuatu. adakah ini mendapat redha Allah, adakah ada nilai di sisi Allah . memang, itu bukan tugas hamba. tapi terkadang, terfikir juga saya, sampai bila mahu menyepi dari medan dakwah yang saya dah mula sejak kira-kira 2 tahun?
katanya, gugur di tengah jalan adalah disebabkan kekurangan di permulaan. ada yang tak kenakah? mungkin ya, mungkin tidak.

mungkin sekarang, apa yang saya perlukan ialah momentum untuk saya terus istiqomah. benarlah. istiqomah, bukan mudah. apatah lagi dalam medan dakwah. siapa kata, dakwah itu mudah? yang kata mudah ialah yang belum memulakan dakwah. percayalah. ini bukan satu dorongan untuk anda 'jauhi' ataupun 'takut ' pada dakwah. tapi ini selaku pesanan atau taujihad buat kalian. yang jalan dakwah bukan suatu medan yang dibentang dengan karpet merah. bahkan batu-batu yang bercerakan. mungkin~

benarlah, dunia= syurga bagi orang kafir tetapi penjara bagi mukmin.
siapa setuju kata-kata ini? saya setuju. :-) sebab memang sudah menjadi satu lumrah ; hidup itu, kembarnya ujian. hanya selepas ajal, ujian akan berhenti .
(dipetik dari novel HERO . :-))

heh~ jadi? bersedia untuk hidup?
itulah anda sekarang, hidup untuk diuji, tapi selagi ada Tuhan di sisi, semuanya bukan rintangan yang patut kita takuti.


"sungguh, engkau (muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki , dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk" al-Qasas :56

petunjuk Allah. sedangkan nabi Muhammad tidak dapat beri petunjuk pada orang yang baginda kasihi, apatah lagi kita. apa kuasa kita? cuma menyampaikan dan mendoakan semata2. ya, kadang-kadang datang perasaan takut, bimbang bagaimana nasib saudara mara yang masih terkapai-kapai mencari agama. itu bagi yang mencari. bagi yang tidak mencari? yang merasakan diri sudah 'cukup' untuk menghadap Ilahi? sungguh, itu lagi rugi .
jadi, bagaimana. hidayah milik Allah. satu masalahkah? tidak, itulah sebab Allah ciptakan khalifah. bagi yang tahu agama, sampaikanlah~
kadang-kadang, sampai datang satu fitnah pada golongan beragama,
'budak agama, memang macam tu~'
'mentang-mentang duk belajar agama, dia betullah?!!'
'belajar agama? kenapalah tak ambil medik ke, engineering ke?'

errkkk... hmmm... hentaman kuat buat 'budak' agama. kesal?? huh! sama sekali tidak. ini ialah pandangan masyarakat semata-mata. pendapat peribadi saya, kerana kita, yang 'budak' agama ni tidak ketengahkan nilai agama dalam diri. sebab itu jadi begini. belajar agama, tanpa aplikasi . dengan izin Allah, memang tak membawa hasil. belajarlah sejauh mana pun, teorinya tetap sama. tanpa tanfiz [pelaksanaan] , hati-hati orang takkan mampu kita sentuh. apatah lagi mahu menanam tarbiyah iman.
ya! keadaan masyarakat satu hal. tiada kesedaran. oh, mungkin ada. cuma 'kurang ' kesedaran. dan kurang ke'sensitif'an.
soal 'sedar' dan 'sensitif' inshaAllah, dapat dilahirkan dengan.. keimanan.
pernah dengar? ..keimanan ialah paksi.
ya, paksi segalanya. kebahagiaan, keharmonian, keagamaan , bahkan keredhaan Tuhan. :-)

dan bagaimana mahu lahirkan keimanan . mestilah dengan taaruf kepada ISLAM.
siapa? kitalah. kata khalifah Allah. :-)
bila? di mana? sepanjang masa, di mana anda berada sekarang. anda dan saya.

kadang-kadang, sibuk urusan dunia, hingga terlupa; sebenarnya, Allah itu ada.
memerhati setiap gerak kita. jadi, janganlah hanya asyik mengejar dunia. di SANA, bukan natijah dunia yang ditanya, tapi bekal akhirat ; sebanyak mana telah kita kumpul untuk menghadap DIA. kita punya masalah dalam niat. mungkin bertinta untuk ramaikan 'followers' , hingga mahu umum satu dunia. mungkin bersahabat , untuk jadi glamour, biar semua kenal kita. untuk yang ber'geng', mahu meramaikan puak. huhu, tak usah, buang masa sahaja . dalam masa kita berdakwah, sila bedah amalan kita, adakah segala usaha kita untuk membawa manusia ke arah DIA, atau ke arah 'kita' semata-mata?
wallahua'lam.

engineer ummat .. mampukah, inshaAllah, tekad dan matlamat untuk hidup! :-) Allah ma'akum.
moga segala tinta bisa jadi persembahan indah menghadap DIA esok-esok. amin~~
srikandi fateh . perantauan~
1809,jumaat




yarmouk~ ini first year, mungkin tahun-tahun seterusnya, menjanjikan pandangan hati yang lebih baik~

No comments:

Post a Comment