Wednesday, August 27, 2014

Biar..

Blog-walking. 
Kemudian terjumpa satu blog. 
Soal hati yang sedang menanti. :') 
Sekarang musim , cerita ana muda. Walaupun saya belum terlibat sama , mudah-mudahan kalian yang terlibat sekarang dipermudahkan jalan. 
Life is so long for us to make it waste. 

Sabar..



Hamizah Ruslan.
Pengimpi Syurga Allah Taala.

Thursday, August 21, 2014

Soal Jodoh



Ada orang, nak kahwin cepat-cepat. Bosan hidup sendiri. (Walaupun hakikatnya banyak benda belum dicapai waktu hidup bujang).

Ada orang, tak nak kahwin lagi, nak tunggu kaya, cukup persediaan, tak nak hidup susah. Apatah lagi lelaki, nak jaga anak orang, kena banyak wang, banyak gentleman. (Padahal nak tunggu persediaan cukup dan kemas entah bila sedangkan umur sudah lanjut).
Yang perempuan pula asyik membelek-belek album lama, aku ni siapalah untuk dia. Aku bukan ini, bukan itu, tak sempurna untuk jadi pendamping si dia.

Belum bersedia jangan berani bercinta. 

Cinta. Siapa yang berani menterjemah sebenar-benar makna cinta. 'Love solves everything'. Ya benarlah tu.
Kerana cinta kausanggup lakukan apa saja.
Kerana cinta, sanggup kauberkorban segalanya.
Kerana cinta, rela kauberkelana sini sana.
Indah sekali jika kaucinta semata-mata kerana DIA.
Maka terarahlah cinta kerana taat pada-Nya.
Maka terserahlah cinta kerana ingin menggapai redha-Nya.
:)

Membina keluarga bukan mudah-mudah. Subhanallah, kagum aku melihat sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga. Kesabaran. Kecekalan. Tolak ansur. Semuanya diperlukan. Percaya, kasih sayang yang tiada bertepi. Iyalah, mahu hidup bersama sehingga mati.
Sangka baik lah,kawan. Kita tak perlukan yang sungguh cantik, sungguh handsome! Cukuplah sekadar yang tenang dipandang mata.
Kita tak perlukan yang petah berkata-kata, indah menyusun bicara! Cukuplah sekadar menjaga tutur kata , sopan mengatur bicara.
Kita tak perlukan yang masyhur di mata jelata! Cukuplah dia membawa kita masyhur di mata DIA dengan berjaga malam daripada lena dunia.
:)

Apa yang kita tahu? Apa yang kita idam-idamkan sebenarnya?
Kita andaikan kisah kita seperti kisah mereka? Indahnya hidup di alam pernikahan!
Berdoalah. Tidak perlu kisah kita seindah dia, tidak perlu kisah kita serumit dia.
Cukuplah kisah kita merupakan perubahan fasa yang membawa kita kepada syurga Akhirat berbanding Syurga Dunia.
Ada orang, Allah swt mudahkan jodoh dia.
Ada orang, Allah swt uji dia dengan soal jodohnya. Supaya dia sabar, supaya dia dapat yang terbaik, bukan yang main-main. Yang benar-benar, bukan cuba-cuba.

:)

Bersabarlah. Bina yakin. Bina percaya. Didiklah dia. Moga-moga dia yang terbaik.

Susah untuk kulepaskan melainkan aku punya yakin. Tapi aku doa, moga-moga dia mampu jaga dan dijaga dengan baik.
Sorry for not being there.

Barakallahu lakum !

*Perpisahan, jauh lebih serius berbanding mengikat perjanjian. Harap kamu ingat ini.
:)
Sayang semua. T-T

Sunday, June 1, 2014

Syahir Hamidi ; terkubur jasadmu di usia muda.

Pada 1 hb Jun 2014, Maghrib.

"Mijah, tahu ke x lagi berita terbaru?"
"Berita?"
"Meninggal"
"....."
"Ey " (panggilan manja untuknya)
Tersentak. Baru 2 hari lepas aku ketemu dia. Innalillah.

***

16 tahun. Cukup muda.
Kemalangan meragut nyawa di Klang.
Allah knows best.
Bila lagi mahu menzahirkan sayang, kalau bukan sekarang.
Cukuplah sekadar doa akutitipkan buat sepupu tersayang.
Kamu sudah lepas hidup di dunia. Tuhanmu memanggil pulang.
Pergilah engkau dengan tenang.

Tahan sebak tangis di dada.
Sedih mengenangkan cinta kasih ayahanda dan bonda.
Anak ke-3 daripada 4.
Masih segar di ingatan gambar hari raya, kau selalu ada.
Selalunya aku yang tiada.
Tahun ni, aku tiada , kau pun tiada.

O' Allah, bless Him as You pleased.
Al-fatihah.




"He died in an accident in Klang"
Arwah Syahir Hamidi.
Pahitnya nak taip. >_<




Kita bakal menyusul. 

***
Pernikahan & Kelahiran.
A: "Tahniah, Barakallah ... "
B: "Terima kasih. Awak bila lagi?"

Kematian.
A: "Takziah. Al-Fatihah. Moga awak tabah"
B: " InsyaAllah.."
{Awak bila lagi?} -sama ada ni ayat sarcasm atau ayat keinsafan. Boleh try-

3 perkara yang pasti kita ingat 'setting'nya; Kematian, Kelahiran dan Perkahwinan.
Kecuali kelahiran: Perkahwinan dan Kematian bisa berlaku sama ada di usia muda atau tua.
Redha atau tidak, perkahwinan ialah benda yang tidak pasti sempat berlaku atau tidak dalam kehidupan, tapi kematian ; terlalu pasti untuk dinafikan..

***
That day i'm just acting like a child. Waiting for the phone call and tell me that he is still alive. Just a wish. Innalillah.
We still need to stay strong. Al-Fatihah .


Saya Cinta Awak






"Dia lelaki jahat. Dia kata dia cintakan saya, tapi dia tinggalkan saya. Saya cintakan dia sepenuh hati saya. Dasar penipu ! Ahh.."


Keluhan si gadis cantik. Remaja. Oh cinta ! Mudah-mudah ia dilafazkan.
Berapa ramai, couple dan putus tiap-tiap semester . (eh?) :)
Cinta ni bukan benda mudah nak define.
Sebab tu aku setuju kalau kata cinta itu selepas nikah.

Banyak tekrif cinta yang aku dengar.
"Cinta itu apabila kautak tahu kenapa kaucinta. Sebab kauhanya cinta the way he is. Tanpa sebab , tanpa syarat. Allah yang bagi"
"Cinta boleh dipupuk. By time. Dan boleh berubah, by time"
"Cinta itu memberi dan memaafkan"

Fuhh... Yang last. Means so much untuk aku. 
Sedalam-dalam cinta kau pada manusia, takkan mampu tandingi cinta Allah pada kau. 
You know a fact...

"Dia tinggalkan saya. Saya cinta dia sepenuh hati, sampai hati dia buat saya macam ni"
"Betul awak cintakan dia?"
"Ya"
"Saya kata tak. Awak belum cintakan dia"
"Eh? Mana awak tau? Awak ingat saya tipu?"
"Kalau awak cintakan dia sepenuh hati awak, awak tak kisah apa yang dia buat pada awak. Bahagia dia bahagia awak, derita dia derita awak. Amacam?"
"Maksudnya?"
"Macam Allah swt cintakan awak. Awak perasan?"
"......."
"Kita banyak dosa, kan.. Tapi sebab Allah cintakan kita, Allah bagi lagi nikmat yang banyak pada kita. Tak kira betapa banyak dosa kita pada DIA; besar ke , kecil ke.. Dan, bila kita tersedar hidup berTuhan, kita bertaubat pada DIA. Apa respon Allah pada kita? Memaafkan."
"Itu bukti cinta. Memberi tanpa syarat. Dan memaafkan. "


Allah swt sentiasa cintakan hamba-Nya. Tapi hamba-Nya payah nak sedar. Setiap kali dapat dugaan , terus kata hidup tiada erti segala. 
Come on, kausedang bernafas! Itu tanda cinta Allah. Mahu apa lagi?

Ini orang kata, Hasbunallah Wa Ni3mal Wakeel.
Cukup. Cukuplah DIA..



Lately, ramai orang kahwin. Musim cuti sekolah. Moga bahagia sampai syurga.
Korang yang dah lepas ni, doa-doakan lah yang belum lepas ni.. :)

"Biar sendiri hingga hujung nyawa, 
Asal tak sepi dari kasih-Nya"
>.<
Alasan. Malas pikir lagi. Belajar dulu, dik..

***
Saya CInta Awak. 
-Bukti?
Saya beri apa yang mampu saya beri, dan saya maafkan awak so kita boleh sama-sama baiki diri.
Baru Allah sayang macam ni :)
- ^^

Sunday, November 24, 2013

Syahid?

" Sampai sekarang apa yang awak naakkk sangat dalam hidup awak tapi awak belum dapat?"
Soalan Anis memecah kesunyian petang itu. Sepoi-sepoi bahasa angin bertiup di bawah pohon rendang di sebelah bangunan kuliah .
Ain tersenyum mendengar soalan tersebut.
"Hmmm.. Banyak kot. Mula-mula , saya harap saya boleh jadi anak solehah untuk kedua-dua mak ayah saya " .

Anis mengerutkan dahi. "Kenapa? Macam mana nak ukur ? Lagipun awak kan memang selalu buat baik dengan mak ayah awak? Selalu telefon mereka di waktu awak lapang.."

"Ya. Memang. Tapi saya risau kalau mak ayah saya ada berjauh hati dengan saya . Ye lah , saya satu-satunya anak mereka yang sanggup tinggal mereka jauh di perantauan. Walaupun mereka melepaskan , tapi jauh di sudut hati , mana kita tahu kan~"
Anis mengangguk-angguk. Tanda mengerti. 'Ya tak ya juga'.

"Hurmmm... Selain dari tu?"
"humm??" Ain meminta penjelasan.
"Ye lah, selain dari tu , ada lagi tak harapan dan impian awak?"
"ummmm... Ada."
Kali ini, penuh makna. Senyuman semakin lebar.

Anis tak sabar menanti. Ditatap wajah jernih sahabatnya.
"Saya teringin nak syahid, Anis".
Anis tersentap. Terdiam seribu bahasa.
Ain menambah lagi," Saya teringin nak syahid di sini, awak doakan saya ya.Cemburu saya lihat wajah suci syuhada tetamu Allah swt di Syria , Palestine ..dan sahabat-sahabat kita yang meninggal di sini.  Itu satu kemuliaan kan , meninggal di bumi Anbiya "

***
'Assalamualaikum. Anis , enti dah gerak ke belum?'

Tersentak Anis dari lamunan kenangan lama apabila kawan sebiliknya menghantar SMS mengajaknya keluar.
'Ahhh... jauhnya aku mengelamun !'

Anis bergegas ke luar rumah , menghidupkan enjin kereta dan bersedia untuk ke bangunan kuliah , menjemput kawannya di sana.

' Ain, kaupernah ceritakan pada aku kau nak syahid di sini. Aku tak tahu nak mendoakan macam mana , dan aku tak pasti bagaimana bersungguhnya kaumahu syahid. Betapa setiap hari kauselalu ingatkan aku soal mati, kauselalu tegur aku kalau aku lengah-lengah solat . Kau selalu bersama aku bila aku lemah semangat belajar. Kau kata , hidup kita tak lama. 
Kau insan baik , Ain. Allah sayang kau. Aku tahu tu. Dan sekarang , baru 2 minggu lepas , doa kau makbul. Semoga kau bahagia. Kau tenang kan di sana .. Hari tu aku telefon mak ayah kau bertanya khabar . Mak ayah kau menangis bila aku ceritakan segala yang kauceritakan pada aku. Kau anak solehah, jangan risau. 
Sekarang, aku cemburu . Aku tanam azam dalam hati aku; aku nak syahid di jalan Dia ! Jumpa kau kat sana , insyaAllah'

Peristiwa pahit 2 minggu lepas mustahil untuk Anis lupa. Ain menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital setelah disahkan menghidap penyakit yang Ain sendiri tidak tahu menahu tentangnya. Baru 2,3 hari masuk ke hospital, penyakitnya didapati berada di tahap kritikal. Ajal. Allah swt sebaik-baik perancang.

Syahid di jalan juang pengajian di bumi Anbiya' milik Tuhan.

Bagi yang umurnya dipanjangkan Tuhan , ambillah peluang untuk membaiki ummat Nabi Muhammad saw yang sedang tenat terkapai-kapai membutuhkan 'oksigen' Islam.
Kalian lah harapan. Kalian lah sinar kegelapan.
Jadi lah 'alim yang soleh solehah. Cerdiknya dia untuk insan-insan di sekelilingnya.

--------THE END. *tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah mati------

Ikhlaskan hati. Terus berlari. Sampai ajal tiba. Semoga Kau matikan kami untuk syurgaMu ya Allah.

Amin.

.
.
.
Al-fatihah untuk sahabat-sahabat yang meninggal di bumi bertuah Allah swt ;
Allahyarham Ammar (Turki), dan sahabat-sahabat Jordan ; Allahyarham Ilham Ellani, Allahyarham 'Oyak Kayo', Allahyarham Sumayyah (pelajar UK) yang terlibat dalam kemalangan di Jordan dan semua yang kita kenal ataupun tidak. Moga kalian tenang menjadi tetamu istimewa Tuhan.

. Cukuplah kematian itu peringatan untuk setiap insan yang masih menghela nafas kehidupan.

Wassalam.

11.07pm . Ahad. 24/11/2013. Irbid.

Monday, September 9, 2013

The Weakness

"Aku tak score sangat la exam kali ni. Susah kot..."
"Huh , susah apa. Ko belajar tak ?? Kuat sangat berangan , pastu main fesbuk. Banyak tido je kau ni"
" T-T "

Putus asa hidup. Tekanan perasaan. Tidur banyak-banyak. Malas study. hahah

***

Motivasi.
Siapa tak perlukan motivasi? Saya kira semua orang sukakan motivasi. Sesuatu yang membina diri dan pemikiran. Mungkin ada sesetengah orang kata , orang yang banyak diuji ni (tak kira lah dari segi pemikiran , tekanan emosi , harta benda , keluarga dan sebagainya) , dia sangat berpotensi untuk jadi orang hebat suatu hari nanti.
Ya . Saya tak nafi . Dia boleh jadi orang hebat. Sebab dia kebal. Antibiotik ujian dia dah mantap . Power dah.

But, Kalau lah masa kena uji (seperti dialog pendek di atas) , datang orang yang memberi aura negatif padanya. Do you think dia boleh survive lebih lama kalau dia sendiri yang tak cari kekuatan.
Dulu , mungkin saya rasa begitu. Saya rasa macam sesetengah orang perlu diberi sakit, tekanan dan 'smash' dengan kata-kata atau perbuatan yang agak menyengat baru dia akan sedar.
Tapi tu dulu. Saya makin menyedari bahawa manusia itu boleh ditawan dengan kasih sayang, dengan kelembutan , dengan harapan walaupun kadang-kadang kita memberi harapan palsu. Jika tidak, masakan Rasulullah saw mengajar kita untuk memberi harapan, berkata benda yang baik-baik sahaja kepada orang sakit? Ini tidak lain adalah untuk memberi aura posiitif kepada pesakit supaya semangatnya tak luntur.

Kita jarang ambil peduli pada mereka yang masih sihat. Iman; kalau sihat ia perlu dijaga , kalau sakit ia perlu dirawat. Tiada aura negatif yang diperlukan untuk melonjakkan iman.

Berilah harapan. Jangan terus-terusan melemahkan emosi dan pemikiran insan. Jangan terlalu meletakkan desakan terus-menerus dengan dunia.

Ibu bapa. Guru. Rakan sebaya.
Sangat lah memainkan peranan. Pernah saya terbaca ada budak India (kalau tak silap), di Malaysia bunuh diri, ditemui tergantung di dalam biliknya kerana tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR.

Kemon... UPSR je pun .... Tapi kenapa jadi begitu ? Fikirlah sendiri siapa yang tak memberi harapan untuk terus hidup lepas dia hadapi kegagalan dan kesedihan dalam hidup.

Kadang-kadang saya pelik dengan sifat kemanusiaan dalam kalangan kita. Sebagaimana kamu mahu dilayan , begitulah kamu perlu melayan. 






Dan jangan lupa untuk bergantung pada Yang Tidak Mati.

Chill. Live on even it's a big and sharp thorn  stabbed on you.

Malaysia. Last day.



Thursday, September 5, 2013

20 tahun dah aku hidup

<>

Ada seorang budak , Maya namanya. Dia cantik, sangat cantik. Perawan. Kaya. Hidup mewah. Dia punya segala. Tapi dia sunyi. Tiada kawan. Tiada siapa pun yang mahu berkawan dengannya.

Suatu hari , ada seorang lelaki rupawan datang bertandang. Mahu berkawan.

Bila ditanya kepada sang jejaka , "Saya tiada kawan kecuali awak. Kenapa awak nak berkawan dengan saya ? Mengapa saya ? "
Jawab sang jejaka , " Kerana cinta."
'kerana cinta aku pada Pencipta kamu menemukan aku kepada kamu '.

Happy ending.

***

'Selamat Hari Lahir Hamizah !! '
'Sanah Helwah' (Tahun manis)
'Tahniah'

Alhamdulillah. Sekejap saja berlalu tahun ke tahun. Tahun ni 2013 , tepat jam 2.30 petang 2 September saya dah nampak dunia selama 20 tahun (campur sekali masa tidur , tutup mata sekejap dan sebagainya). Saya lupa saya sempat ucap syukur alhamdulillah ke tidak masa keluar daripada perut mak. Jadi , sedang saya dah mumayyiz dan sedar keadaan jasmani dan rohani sekarang maka saya kira tak terlambatlah saya nak apresiasikan rasa syukur pada Allah swt.


Yang pasti mengikut sejarah , lepas lahir terus dengar azan dan iqomah. Alhamdulillah. Muslimah. Siapa sangka ? Siapa tahu? Kamu dilahirkan muslim atau kafir , itu kamu punya ketetapan dan pengetahuan tak?
Tidak.
Allah swt tetapkan.
Iman dan Islam. Tak semua orang dapat. Letih saya menonton filem dan drama Korea , English, Perancis dsb , ya saya suka. Saya enjoy drama tu. Persahabatan , percintaan , erti kehidupan, penghargaan pada manusia dan binatang dan sebagainya. Banyak moral.
Siapa lah dalam dunia ni tidak suka akan kebaikan.
Sedangkan kezaliman Zionis , Israel laknatullah di Syria , Mesir, Palestin pun dikecam hebat oleh non-muslim di negara Barat sendiri.

Tapi apa beza kita dan mereka ? Fitrah sama. Tubuh badan sama. Muka , ya mungkin ada yang iras sama. Yang beza ; kepercayaan. Syurga neraka, dosa pahala sejauh mana mereka percaya. Ada yang atheis; tiada tuhan. Tiada tempat bergantung. Terus menghalakan mereka kepada perpindahan alam (baca: bunuh diri) apabila tertekan dalam kehidupan. Ahhh... murahnya kehidupan !

Kasihan. Ingin sekali aku sampaikan , mudah-mudahan mereka diberi kesedaran sebelum ajal bahawasanya , mati bukan sekadar mati. Masih ada kehidupan untuk dikemukakan di hari pengadilan. Ya Allah , aku sayangkan insan-insan di atas muka bumi ini walaupun mereka tidak sehaluan dengan aku sekarang.
Ya, sekarang . Hidayah milik Allah.

Azam sempena hari lahir ialah kebahagiaan dalam harapan. Ingin sekali aku menyebar harapan supaya manusia tidak putus asa mengharap pada Tuhan.
Allah terlalu baik untuk kalian persiakan.

Semoga suatu hari nanti saya bisa lihat actor @ actress tempatan mahupun luar negara berhijrah mencari Islam. Mereka ibarat logam. Hebat mereka dalam kemungkaran boleh jadi hebat dalam kebaikan suatu hari nanti. Banyak pengaruh , makin banyak hati akan tertarik. InsyaAllah. *doa sungguh-sungguh !*

#aku terbayang Lee Min HO, Kim Bum , Kim So Eun , Park Shin Hye kalau mereka hijrah macam mana . heh ~ 

Wallahualam . Sampaikan salam kebaikan . Sebarkan kesejahteraan yang Islam , agama Allah swt tawarkan.

Selamat Hari Lahir. Semoga kuat sebagai 'prime number' ; Walau apa pun keadaan , you still have '1'. =D smile ! 

*Terima kasih kepada yang wish dan mendoakan. Sesungguhnya malaikat mencatatkan kebaikan dan memantulkan doa itu kepada kamu juga *