"Dia lelaki jahat. Dia kata dia cintakan saya, tapi dia tinggalkan saya. Saya cintakan dia sepenuh hati saya. Dasar penipu ! Ahh.."
Keluhan si gadis cantik. Remaja. Oh cinta ! Mudah-mudah ia dilafazkan.
Berapa ramai, couple dan putus tiap-tiap semester . (eh?) :)
Cinta ni bukan benda mudah nak define.
Sebab tu aku setuju kalau kata cinta itu selepas nikah.
Banyak tekrif cinta yang aku dengar.
"Cinta itu apabila kautak tahu kenapa kaucinta. Sebab kauhanya cinta the way he is. Tanpa sebab , tanpa syarat. Allah yang bagi"
"Cinta boleh dipupuk. By time. Dan boleh berubah, by time"
"Cinta itu memberi dan memaafkan"
Fuhh... Yang last. Means so much untuk aku.
Sedalam-dalam cinta kau pada manusia, takkan mampu tandingi cinta Allah pada kau.
You know a fact...
"Dia tinggalkan saya. Saya cinta dia sepenuh hati, sampai hati dia buat saya macam ni"
"Betul awak cintakan dia?"
"Ya"
"Saya kata tak. Awak belum cintakan dia"
"Eh? Mana awak tau? Awak ingat saya tipu?"
"Kalau awak cintakan dia sepenuh hati awak, awak tak kisah apa yang dia buat pada awak. Bahagia dia bahagia awak, derita dia derita awak. Amacam?"
"Maksudnya?"
"Macam Allah swt cintakan awak. Awak perasan?"
"Macam Allah swt cintakan awak. Awak perasan?"
"......."
"Kita banyak dosa, kan.. Tapi sebab Allah cintakan kita, Allah bagi lagi nikmat yang banyak pada kita. Tak kira betapa banyak dosa kita pada DIA; besar ke , kecil ke.. Dan, bila kita tersedar hidup berTuhan, kita bertaubat pada DIA. Apa respon Allah pada kita? Memaafkan."
"Itu bukti cinta. Memberi tanpa syarat. Dan memaafkan. "
Allah swt sentiasa cintakan hamba-Nya. Tapi hamba-Nya payah nak sedar. Setiap kali dapat dugaan , terus kata hidup tiada erti segala.
Come on, kausedang bernafas! Itu tanda cinta Allah. Mahu apa lagi?
Ini orang kata, Hasbunallah Wa Ni3mal Wakeel.
Cukup. Cukuplah DIA..
Cukup. Cukuplah DIA..
Lately, ramai orang kahwin. Musim cuti sekolah. Moga bahagia sampai syurga.
Korang yang dah lepas ni, doa-doakan lah yang belum lepas ni.. :)
Korang yang dah lepas ni, doa-doakan lah yang belum lepas ni.. :)
"Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasih-Nya"
>.<
Alasan. Malas pikir lagi. Belajar dulu, dik..
***
Saya CInta Awak.
-Bukti?
Saya beri apa yang mampu saya beri, dan saya maafkan awak so kita boleh sama-sama baiki diri.
Baru Allah sayang macam ni :)
- ^^
No comments:
Post a Comment