"Huh , susah apa. Ko belajar tak ?? Kuat sangat berangan , pastu main fesbuk. Banyak tido je kau ni"
" T-T "
Putus asa hidup. Tekanan perasaan. Tidur banyak-banyak. Malas study. hahah
***
Motivasi.
Siapa tak perlukan motivasi? Saya kira semua orang sukakan motivasi. Sesuatu yang membina diri dan pemikiran. Mungkin ada sesetengah orang kata , orang yang banyak diuji ni (tak kira lah dari segi pemikiran , tekanan emosi , harta benda , keluarga dan sebagainya) , dia sangat berpotensi untuk jadi orang hebat suatu hari nanti.
Ya . Saya tak nafi . Dia boleh jadi orang hebat. Sebab dia kebal. Antibiotik ujian dia dah mantap . Power dah.
But, Kalau lah masa kena uji (seperti dialog pendek di atas) , datang orang yang memberi aura negatif padanya. Do you think dia boleh survive lebih lama kalau dia sendiri yang tak cari kekuatan.
Dulu , mungkin saya rasa begitu. Saya rasa macam sesetengah orang perlu diberi sakit, tekanan dan 'smash' dengan kata-kata atau perbuatan yang agak menyengat baru dia akan sedar.
Tapi tu dulu. Saya makin menyedari bahawa manusia itu boleh ditawan dengan kasih sayang, dengan kelembutan , dengan harapan walaupun kadang-kadang kita memberi harapan palsu. Jika tidak, masakan Rasulullah saw mengajar kita untuk memberi harapan, berkata benda yang baik-baik sahaja kepada orang sakit? Ini tidak lain adalah untuk memberi aura posiitif kepada pesakit supaya semangatnya tak luntur.
Kita jarang ambil peduli pada mereka yang masih sihat. Iman; kalau sihat ia perlu dijaga , kalau sakit ia perlu dirawat. Tiada aura negatif yang diperlukan untuk melonjakkan iman.
Berilah harapan. Jangan terus-terusan melemahkan emosi dan pemikiran insan. Jangan terlalu meletakkan desakan terus-menerus dengan dunia.
Ibu bapa. Guru. Rakan sebaya.
Sangat lah memainkan peranan. Pernah saya terbaca ada budak India (kalau tak silap), di Malaysia bunuh diri, ditemui tergantung di dalam biliknya kerana tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR.
Kemon... UPSR je pun .... Tapi kenapa jadi begitu ? Fikirlah sendiri siapa yang tak memberi harapan untuk terus hidup lepas dia hadapi kegagalan dan kesedihan dalam hidup.
Kadang-kadang saya pelik dengan sifat kemanusiaan dalam kalangan kita. Sebagaimana kamu mahu dilayan , begitulah kamu perlu melayan.
Dan jangan lupa untuk bergantung pada Yang Tidak Mati.
Chill. Live on even it's a big and sharp thorn stabbed on you.
Malaysia. Last day.
No comments:
Post a Comment