Ada seorang budak , Maya namanya. Dia cantik, sangat cantik. Perawan. Kaya. Hidup mewah. Dia punya segala. Tapi dia sunyi. Tiada kawan. Tiada siapa pun yang mahu berkawan dengannya.
Suatu hari , ada seorang lelaki rupawan datang bertandang. Mahu berkawan.
Bila ditanya kepada sang jejaka , "Saya tiada kawan kecuali awak. Kenapa awak nak berkawan dengan saya ? Mengapa saya ? "
Jawab sang jejaka , " Kerana cinta."
'kerana cinta aku pada Pencipta kamu menemukan aku kepada kamu '.
Happy ending.
***
'Selamat Hari Lahir Hamizah !! '
'Sanah Helwah' (Tahun manis)
'Tahniah'
Alhamdulillah. Sekejap saja berlalu tahun ke tahun. Tahun ni 2013 , tepat jam 2.30 petang 2 September saya dah nampak dunia selama 20 tahun (campur sekali masa tidur , tutup mata sekejap dan sebagainya). Saya lupa saya sempat ucap syukur alhamdulillah ke tidak masa keluar daripada perut mak. Jadi , sedang saya dah mumayyiz dan sedar keadaan jasmani dan rohani sekarang maka saya kira tak terlambatlah saya nak apresiasikan rasa syukur pada Allah swt.
Yang pasti mengikut sejarah , lepas lahir terus dengar azan dan iqomah. Alhamdulillah. Muslimah. Siapa sangka ? Siapa tahu? Kamu dilahirkan muslim atau kafir , itu kamu punya ketetapan dan pengetahuan tak?
Tidak.
Allah swt tetapkan.
Iman dan Islam. Tak semua orang dapat. Letih saya menonton filem dan drama Korea , English, Perancis dsb , ya saya suka. Saya enjoy drama tu. Persahabatan , percintaan , erti kehidupan, penghargaan pada manusia dan binatang dan sebagainya. Banyak moral.
Siapa lah dalam dunia ni tidak suka akan kebaikan.
Sedangkan kezaliman Zionis , Israel laknatullah di Syria , Mesir, Palestin pun dikecam hebat oleh non-muslim di negara Barat sendiri.
Tapi apa beza kita dan mereka ? Fitrah sama. Tubuh badan sama. Muka , ya mungkin ada yang iras sama. Yang beza ; kepercayaan. Syurga neraka, dosa pahala sejauh mana mereka percaya. Ada yang atheis; tiada tuhan. Tiada tempat bergantung. Terus menghalakan mereka kepada perpindahan alam (baca: bunuh diri) apabila tertekan dalam kehidupan. Ahhh... murahnya kehidupan !
Kasihan. Ingin sekali aku sampaikan , mudah-mudahan mereka diberi kesedaran sebelum ajal bahawasanya , mati bukan sekadar mati. Masih ada kehidupan untuk dikemukakan di hari pengadilan. Ya Allah , aku sayangkan insan-insan di atas muka bumi ini walaupun mereka tidak sehaluan dengan aku sekarang.
Ya, sekarang . Hidayah milik Allah.
Azam sempena hari lahir ialah kebahagiaan dalam harapan. Ingin sekali aku menyebar harapan supaya manusia tidak putus asa mengharap pada Tuhan.
Allah terlalu baik untuk kalian persiakan.
Semoga suatu hari nanti saya bisa lihat actor @ actress tempatan mahupun luar negara berhijrah mencari Islam. Mereka ibarat logam. Hebat mereka dalam kemungkaran boleh jadi hebat dalam kebaikan suatu hari nanti. Banyak pengaruh , makin banyak hati akan tertarik. InsyaAllah. *doa sungguh-sungguh !*
Wallahualam . Sampaikan salam kebaikan . Sebarkan kesejahteraan yang Islam , agama Allah swt tawarkan.
Selamat Hari Lahir. Semoga kuat sebagai 'prime number' ; Walau apa pun keadaan , you still have '1'. =D smile !
*Terima kasih kepada yang wish dan mendoakan. Sesungguhnya malaikat mencatatkan kebaikan dan memantulkan doa itu kepada kamu juga *
No comments:
Post a Comment