Friday, August 30, 2013

Kahwin ?!! Yes, she is.

[Bismillah]

It has been a while. Lama tak menulis. Huh.

"It has disappeared little by little"
"What?"
"My skills"
"Since when?"
"A while ago, when i am lack of reading i guess" >_<

***

Back to the topic. My friend held her wedding ceremony today. Just in the morning. Alhamdulillah. Congrats, Barakallahu lakum to all my friends ; to be more specific , my Jordan mates.

Berapa pasangan dah balik cuti ni saja. Tapi satu pun tak berpeluang pergi. Agak hampeh. Antara saya yang tak berusaha untuk pergi atau memang saya bermasalah untuk pergi. Pengangkutan terutamanya. Susah juga kalau bergantung pada elders je untuk bergerak ke luar daerah. Sabar, masih bukan masa untuk memiliki kereta peribadi.

Sahabat yang dikenali ; Farah Aisyah binti Ahmad dan Abdul Hakim bin Othman. Officially suami isteri. Ma sya Allah. What a dream~ Alhamdulillah. Semoga momentum dakwah makin kencang gabungan dua insan hebat . Amin.

..
..
..
Terkejut.
Terkedu.
Teruja.
Jeles. (?)

Oh tidak. Sejauh mana kita percaya akan ayat Allah swt bahawa Dia tidak membebani seseorang kecuali atas kemampuan hamba-Nya. Pernikahan ialah satu fasa kehidupan yang baru. Menerima seorang insan baru yang kita kenali dalam tempoh yang singkat. Lebih singkat daripada jangka hayat kita sekarang, sudah tentu. Paling lama pun boleh jadi hanya 2/3 umur kita ialah usia perkenalan kita dengan si dia.
Bagaimana kita bersedia untuk menerima. Bagaimana persediaan kita untuk meletakkan full of respect kita pada seorang insan yang hadir untuk menjadi ketua dalam sebuah hayat sampai ke tua. (baca: sampai ajal andai diizinkan-Nya). Subhanallah.
Allah swt punya kuasa memasakkan mawaddah dan rahmah dalam sebuah rumah tangga.

Kemampuan? Apabila tiba masa , maka mampulah kita. Allah swt Maha Tahu .

Dan terima kasih kepada sahabat yang kahwin di usia muda sampai setiap kali bercakap tentang mereka pasti akan terbias soalan common "awak bila lagi?"

Jawapan common juga : "InsyaAllah tiba masa nanti , kalau ada , adalah"

Jawapan bajet macho : "Ish , awal lagi ni. Kita bagi orang tua-tua dulu. Mana boleh langkah bendul" *padahal??

Jawapan common II : *just sigh* no respon. >_<

I prefer the first. Bahkan ia satu doa.

Semoga Allah swt teguhkan hati para pemuda pejuang agama untuk terus memartabatkan agama Islam yang indah ini. Kahwin muda tua pun , asalkan bahagia dan tanggungjawab pada agama tidak kauabaikan.

To have love affairs for a long period of time (sebelum nikah) ; orang kata ia boleh melembikkan pemuda pemudi kita. Secara tidak langsung ia boleh jejaskan ke'khusyuk'an kita bersama perjuangan. Kadang-kadang ia membawa kita ke alam khayalan. Berkhayal. *looks bad. memang pun. buang masa , buang tenaga.
Tapi , apa-apa pun .. depends. Ada yang apabila dia dah ada Mr or Mrs Right awal-awal , it works well. Tapi kena make sure no zina lah ya . Supaya kita tak lekang daripada redha Allah swt dalam perhubungan . =D *seems blessed, insyaAllah.

Berpuasalah. Mungkin nampak enteng , tapi ia menjadi. Mudah-mudahan kita tak futur sebab terlalu eager dan tension dengan perkataan ; Nikah !

Heh.
Wallahualam. Barakallah Sahabat ! Happy for u, for sure.
Alhamdulillah ya Allah.


.. اللهم إنا نسألك حبك و حب من يحبك 




No comments:

Post a Comment