Friday, August 9, 2013

Bahagia apa yang kita cari sebenarnya?

Bismillah.

Ada orang bahagia dia apabila:
-menjadi anak kepada ibu bapa, pulang ke pangkuan keluarga
-menjadi sahabat kepada sahabatnya, berkongsi suka duka bersama
-menjadi jiran kepada tetangganya, ziarah menziarahi satu sama lain
-menjadi pemimpin kepada rakyatnya, adil dan saksama
-menjadi saudara kepada sanak saudaranya, bertemu jarang-jarang especially ketika raya.
-menjadi pencinta ilmu, setiap hari bersama buku
-menjadi hamba kepada Tuhannya, setiap masa teringat DIA.

Alhamdulillah, sangat bahagia. Nilai kebahagiaan yang khusus untuk diri masing-masing. Beruntung benar andai kita memiliki semua sekali. Segalanya.

Tapi, nak kecapi memang payah. Susah. Ia memerlukan hati . Perlukan jiwa yang amat hebat untuk istiqomah. Allah swt tahu kemampuan kita. Sejauh mana percubaan kita untuk terus menjadi anak, sahabat, jiran , pemimpin , pelajar dan hamba yang baik. Suka saya mendengar kata-kata Mat Lutfi dalam salah satu videonya: " kalau tak dapat nak berubah , dapat pahala nak cuba berubah pun jadi lah"

" kalau tak dapat nak berubah , dapat pahala nak cuba berubah pun jadi lah"

Setiap usaha Allah swt nilai.
Tapi, perangai manusia ,kan .. Nak kan penilaian manusia. Nak manusia hargai. Kita rasa cukup tak adil apabila kita mencuba tapi manusia tetap menghukum. Yang menjadi nilaian yang paling berharga adalah apabila kita yakin Allah swt itu ada untuk menilai. Manusia itu hamba. Bahkan, diri kita sendiri yang menilai ini juga hamba. Jangan makan hati lah kalau kita dizalimi. Jangan rendah hati lah kalau orang pesimis. Yang penting kita mesti optimis.

Terus mencuba untuk jadi baik. Terus memberi penghargaan buat diri untuk sentiasa memilih menjadi baik, bukan berpuas hati dengan kebaikan yang dah dibuat tapi sebagai semangat supaya tidak menempuh futur yang panjang.

 Selamat menghayati manis dan pahitnya hidup. Antara dua pilihan kita : Syurga atau Neraka. Itu sahaja pilihan permulaan hidup setelah mati. ^^V



"Aku menasihati kalian bukan kerana aku yang terbaik dalam kalangan kalian , tapi jika aku tidak menasihati kalian maka makin sedikitlah orang yang akan cuba menegakkan Islam di muka bumi"
Saya hanya mengambil momentum sebuah hidup melalui menulis. Bukan baik sangat pun, sekadar budak hingusan yang ada masalah dengan teman sepermainan . Heh~


Yallah ! salam lebaran. Maaf segala-gala.


"Jangan rendah hati lah kalau orang pesimis. Yang penting kita mesti optimis"


 #Al-Quran itu penawar yang paling best setiap masa kita terhantuk dengan kebaikan mahupun keburukan sendiri ! Biar ia jadi teman terpasang pada telinga dan hati.

Hamizah.
Malaysia.

No comments:

Post a Comment