Tuesday, July 9, 2013

Santunilah

'Eeiii...apa dia ni? Baju tak berkolar yang macam tak berbasuh, gigi macam tak bergosok, janggut tak di'trim' rap, rambut kusut. Kotor betul ~ '
"Astaghfirullah ! "

Walaupun kata-kata tidak enak itu terlintas sekadar dalam hati cuma , tapi aku beristighfar panjang. Dia Muslim, hamba Allah, sama sahaja seperti aku. Aku lihat zahirnya , aku tak pernah tahu kisahnya, apatah lagi iman dan taqwanya. Ya Salaam... sampai hati terlintas begitu. Aku tak berniat. Sungguh !

***

Hari-hari berlalu seperti biasa. Rutin yang sama. Tapi dosa pahala, iman di dada nyata berbeza. Lintasan hati kadang-kadang boleh membuatkan kita mentatbiq (aplikasi) dosa. Semoga Allah swt pelihara kita semua. Akhlak Rasulullah saw baik sekali. Miskin kaya dilayan sama , tiada kelebihan pada dunia. Bahkan baginda saw sendiri bukan lah terkenal sebagai orang yang kaya raya , tapi dermawan yang bersederhana.

Semalam digemparkan dengan video viral budak 15 tahun berjanji setia pada 'pakwe' seminggunya. Aku cuba menghadam video 2 minit 30 saat itu lama. Aku termenung panjang. 'Silap mak ayah ke? ' .
Komen-komen post itu juga buat aku termenung panjang , lebih panjang barangkali. 'Salah kerajaan ke?' #eh? haha macam tak ada kaitan.

Ini soal akhlak. Akhlak kita kepada orang yang tersilap dalam kehidupannya.
Akhlak kita terhadap orang yang tidak bernasib baik dalam kehidupannya.
Akhlak kita di alam maya yang nyatanya melambangkan diri kita pada hakikatnya.

Berhikmahlah dalam menyantuni manusia. Mereka punya perasaan , sama seperti kita. Sebagaimana kita sewaktu membuat kesalahan tanpa sedar ,kita mahu disantuni , ditegur dengan baik.
Common Sense kadang-kadang hilang dalam diri manusia disebabkan emosi dan ego yang berleluasa. Yang buat silap , memanglah silap. Yang menegur pun , ya kadang-kadang silap. Yang penting perlu berlapang dada memperbetul kesilapan , juga berlapang dada menerima teguran.

Hidup ni , bukan seorang. Tak boleh dinafikan, kita mustahil seorang !
Adapun kalau tiada kawan , kita ada Tuhan.

Never alone, guys ! 

Selamat menjalani kehidupan , santunilah teman-teman kalian. Mari sama-sama kita usaha untuk rapat-rapat dengan Tuhan , Allah subhanah wa taala , Pencipta Sekalian Alam dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini .

Daripada, budak 20 tahun yang tengah belajar untuk jadi matang. Hari-hari buat silap , jadi boleh cepat-cepat jadi matang ! =D

Selamat ! 30/Syaaban/1434H. Selasa.






:: Perkongsian komen daripada Ust Emran Ahmad di FB ::

Ada seorang hamba Allah mesej bertanya saya apa hukumnya seorang gadis yang masih bersekolah buat video mengucapkan kata-kata cinta untuk pakwenya yang baru seminggu menjadi 'kapelnya' ?

Jawapan balas dari saya,

Awak cemburukah? Sebab tiada gadis yang buat begitu pada awak?

Jika bukan dan awak memang ikhlas mahu mencegahnya kerana Allah maka usahakanlah perkara berikut :

1. Hubungi ibubapanya dan nasihatkan mereka agar takutkan Allah dengan ayat berikut :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
"Wahai orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka." [At-Tahrim:6]

Bukan nak kahwin saja baru jumpa wali, kadang-kadang nak menasihati anak gadis pun adalah melalui walinya.

2. Berdoa untuknya agar mendapat hidayah dan pertunjuk dari Allah

3. Menasihatinya agar menjauhi perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa nikah kerana ianya dilarang oleh Allah SWT melalui firman-Nya :

وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً
'Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan (memenuhi keperluan fitrah)." [Al-Isra:32]

P/s:

Kita nampak orang sakit kepala, tangan pegang kepala belum tentu punca sakitnya adalah di kepala. Kadang-kadang boleh jadi punca sakitnya di perut tapi gejalanya muncul di kepala.

Nampak budak sekolah buat video gedik tapi kadang-kadang cikgunya pun disekolah buat bobo gwiyomi.







No comments:

Post a Comment