Kadang-kadang rasa resah . Rasa dunia ni kelam.
Stress memanjang. Masalah melanda tak beragak mahu pulang hendaknya .
Kadang-kadang ia pergi . Tapi sekejap cuma.
Datang , bertandang kembali.
Saat itu hati rawan ,
Hati jadi tak keruan.
Bagaimana harus kuhadapi titik hitam.
Tertanya sendiri "apa yang aku cari dalam sebuah kehidupan?"
Hidup ini , banyak aku memerhati,
Lagaknya sang berada menindas sang bawahan,
Lagaknya sang miskin sedang dhoif mencari makan,
Lagaknya sang cerdik tapi cukup bodoh dalam menghargai nikmat kehidupan !
Aku tidak mampu memerhati hati diri aku sendiri dengan mata hati,
Aku juga tidak mampu memerhati kawan dengan mata kasar ,
Apatah lagi mengadili menghukumi mereka salah dan aku benar ,
Tapi kehidupan sepatutnya bagaimana ??
Tekanan. Ujian. Desakan. Itu kembar kehidupan.
Apabila kubuat aduan dan esakan , semua minta untuk kuteruskan,
Aku hampir terjelepuk tumbang ,
Rasa mahu terus pulang terbang , mencari sebuah harapan bernama kekuatan!
Aku sedar ramai yang sedang turut berjuang,
Bahkan lebih sukar daripada apa yang aku sedang juangkan,
Terfikir aku di mana mereka bersandar ,
Di mana mereka punya sedar , bahawa hidup bukan sekadar ini , tertekan dan terus tertekan dek desakan insan .
Cari lah hati dalam diri , Carilah Allah di dalam hati , Kerana hanya DIA sumber inspirasi sehingga hati kamu tidak tergamak untuk ditinggal lagi.
Make me strong , sekejap je lagi . Hidup tak lama pun.... please please...
Hamizah Ruslan.
Jumaat 7.16 pagi. Irbid Jordan.
No comments:
Post a Comment