Thursday, July 19, 2012

titik hitam dan putih sampai sekarang

masuk bulan ni , 20/7/2012 . campur-campur , bilang-bilang hari dah tinggal di bumi Jordan selama 10 bulan 5 hari . Allahh.... dekat setahun !

perubahan = errr....
ilmu dah cukup tak ? = errr... boleh la~
bahasa arab , cair dah? = syuwaiya , syuwaiya (sikit-sikit) ...
isu semasa ? duk negara arab , arab spring apa khabar ek? = ohhh.... dah habes dah ,kan arab spring ? =_=
keimanan ? = tak boleh ukur la
aqidah ? = ........... untuk diri sendiri boleh la insyaAllah , untuk debat dengan orang yang tengah perjuangkan fahaman sesat , tak berani lagi la .. tak cukup ilmu lagi .
 hah , set!

tengok , nampak tak kat situ .. "tak cukup ilmu lagi " . habis , 10 bulan 5 hari tu apa yang hang dapat ? pejam celik pejam celik , jaga lepas tu tidur balik , belajar ; masuk kelas bukak buku , keluar kelas tutup buku , time exam bukak balik , bersengkang mata tuntut ilmu seolah-olah akulah yang paling mujahidah menuntut ilmu .

_________________________________________
payah , payah ..
apa pun , pointnya di sini nak cakap , masa begitu cepat berlalu . tanpa signal nak mengatakan bahawa masa itu akan pergi , ia tetap terus berlali tanpa amaran . kita yang tak sedar . masih bersenang lenang . layari facebook , berblog errrrr , stalking orang , bual-bual kosong , konon nak rapatkan ukhuwah tapi makan masa sampai berjam-jam . itu memang 'kosong' lah~

Allah panjangkan umur sampai sekarang . malam ini , malam first Ramadhan Kareem di Jordan . alhamdulillah . sempat juga merasa . tapi dalam gembira dan suka , ada yang berduka . ada yang tak sempat pun nak puasa tahun ni . siapa sangka tahun lepas ialah ramadhan terakhir beliau ? . bapa saudara kepada seorang sahabat . umur 50++ dijangkiti virus ' kencing tikus '
 , kurang seminggu tak sedarkan diri di hospital , dan hari ini disahkan meninggal dunia . jam 7.20+pagi waktu Jordan dan 12 + tengah hari waktu Malaysia . innalillah .. takziah dan al-fatihah untuk beliau dan keluarga . Allah tarik hamba-Nya kerana DIA sayang ~
___________________________________________
saya dah berjaya !
berjaya hadapi hidup berpancaroba sehingga hari ini . banyak betul mehnah dan tribulasi sebelum sampai ke angka 10 bulan berada di perantauan . alhamdulillah , tanpa ibu bapa di sisi , yang ada cumalah kata-kata mutiara semangat dan taujihat daripada mereka melalui laman maya , ataupun panggilan telefon . Ramadhan ni , Ramadhan pertama . berdikari segala-gala . emosi . perasaan . makanan sahur , makanan berbuka . tarawih berjemaah . semua dengan 'keluarga baru' . alhamdulillah ada keluarga kat sini , kan ?
____________________________________________
PERMAI . semoga terus Permai .
musim panas .
banyak kes jenayah melibatkan orang Malaysia .
rompak . raba . gangguan seks . diekori . cubaan pecah rumah .
huh~ scary~~~

tiadalah sesuatu itu terjadi kecuali dengan izin Allah . insyaAllah .
usaha dan ikhtiar dengan kerjasama daripada syabab perkasa Irbid . semoga Allah tunjuk jalan keluar atas segala macam permasalahan .
setakat ini , hampir semua kes yang berlaku hanyalah cubaan . maknanya tidak berjaya . janganlah kerana dosa kita yang sedar atau tidak memecah benteng yang sekian lama sebelum ini menjadi penghalang kepada berjayanya suatu kejahatan . nauzubillah ya Allah ~

_____________________________________________
semoga Allah rahmati kami sang-sang perantau .
tiada hati yang lebih tenang melainkan hati yang terikat dengan Tuhan .
amin .
Ramadhan , kami rindu . dan telah kami temui . izinkan kami terus menikmati . semoga dengan itu tersemat kukuh cinta Ilahi di hati kami !
jom promosikan , setiap nafas ialah ....
IBADAH HANYA PADA ALLAH ...

hamiz ruslan ukht . ~ srikandi fateh ! [lame tak guna nickname nih ]


Sunday, July 15, 2012

pesanan untuk kalian , pemuda agama !

perkongsian daripada senior di Mesir .
terima kasih! ^^
% sama sama ambil istifadah %

antara wajibat pemuda ::

1. mengamal wirid harian
2. membaca alquran dengan suara yg baik
3. mengkaji sejarah
4. menjaga kesihatan
5. jangan banyak sangat minum syai *tea
6. menjaga kebersihan
7. bercakap benar
8. menepati janji
9. berani - berani mengatakan haq, menjaga rahsia, mengaku kesalahan, mengawal diri ketika marah
10. jiwa tenang
11. pemalu- mempunyai perasaan yg halus, mudah terkesan
12. merendah diri tp tidak menghina diri
13. adil
14. mempunyai hati yg kareem, pemaaf lembut
15. pandai membaca dan menulis
16. aktif :meskipun kaya mesti latih diri untuk berniaga
17. jangan mengharapkan bekerja KERAJAAN *jalan rezeki paling sempit
18. menunaikan kerja dengan jayyid (berusaha)
19 .menunaikan haq
20. jauhi judi
21. jauhi arak
22. berkhidmat untuk kebangkitan Islam
23. menyumbang harta untuk kepentingan dakwah
24. boleh simpan wang walaupun sedikit *kecemasan
25. menghidupkan adat islamiyah *salam,
26. sentiasa mengingati akhirat & bersiap sedia menghadapinya
27. mendekatkan diri dengan Allah dengan beribadat
28. bersuci & sentiasa berwudu'
29. menjaga solat, solat pada waktunya, berjemaah di masjid
30. tunaikan haji
31. mempunyai niat jihad dan mati syahid
32. sentiasa memperbaharui taubat menhindar diri dari dosa kecil & besar
33. melawan nafsu
34. jauhi khamar *arak
35. menjauhi diri dari orang fasik & tempat maksiat
36. jauhi sifat suka berfoya2
 37. menyebakan dakwah di mana2 tempat
38. mempunyai hubungan rohani yang tinggi  :: mengangap diri sbg JUNDI!

p/s : lupa nama kitab dye..tp yg pasti karangan syed hawa (ulama' dr suria)

---yang baik patut dikongsi --
semoga Allah bantu imtihan seterusnya .
-aku mahu kekal di sini - =_= x nak kena inzar , please. need to struggle more.
insyaAllah !


 Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya .
takdir Allah itu kerap mengikut sangkaan manusia .
sebab itu , kadang-kadang , merasakan diri tidak mampu dan lemah lebih berbahaya daripada menjadi orang yang gagal !

kalau gagal , boleh bangun balik ,

kalau negative -thinking , susah nak dapat optimis !
ni , IMAN dalam diri ni kena check balik . .
semoga bertambah iman semua , usia dah makin tua .
salam RAMADHAN yang diberkati dan dinanti . [countdown ; 5 hari]
-hamiz ruslan -

Tuesday, July 3, 2012

imtihan ; takut je lebih.

Pesan kepada hatimu, bahawa takut untuk menderita itu "lebih derita" berbanding sebuah penderitaan. Takut untuk gagal itu "lebih gagal" daripada sebuah kegagalan. Dan takut untuk diketawakan (sebelum mencuba) itu merupakan sebuah tindakan mengetawakan diri sendiri.
-mbh.
ini bukan qaul ulama ke apa . ini pesanan dan nasihat daripada ketua batch kami .
semoga Allah sentiasa rahmati kita , walaupun dalam fatrah peperiksaan . kadang-kadang ramai orang , asyik sangat belajar , hingga lupa Tuhan . nauzubillah . semoga Allah beri kekuatan , untuk terus beribadah . belajar, sambil bertambah taqwa . sepatutnya begitulah! .
kita kadang-kadang takut je lebih tapi usaha tak seberapa . 
tension itu perlu bila ia boleh beri benefit pada kita . kalau tension dan tekanan sampai tak boleh buat kerja , tak bergerak pun kita , baik jauhi rasa tu .
Allah , permudahkanlah! ...amin
imtihan , exam , ikhtibar , peperiksaan , ujian ...
8hb julai 2012 , it starts! 

Friday, June 29, 2012

don't get me wrong--

"ape la , simpan no telefon orang lelaki dalam handset . "
"err,,, enta boleh tak jangan kol kalau x perlu . kalau boleh mesej je ye . (segan la) "
" kalau boleh kita buat sendri , selagi akhowat ada kenapa perlu mintak tolong syabab ? kita kena independent!"

oh tidak! kata-kata ku teruji dengan keadaaanku sekarang .
sekarang , senarai nombor syabab berderet dalam contact list .
chatting list juga di'cemari' dengan syabab chats ..

ahh,, tak thiqoh!

please and please don't get me wrong . this is for the akhowat's sake jugak .
i am not the one that is so nice towards the guys .
i am not the nice one enough to treat people on the best way .
i am not that brave to ask people for help without thinking their conditions as well .

yes , serius memahami . selaku pelajar , prioritinya ialah belajar .
tapi as the common sense , perlulah ada kerjasama dan sifat tolong menolong antara satu sama lain .
akhowat ; tak mampu nak angkat-angkat barang berat-berat ulang alik ke rumah dan ke pick-up . apatah lagi tingkat empat!  syabab pun boleh sakit pinggang dibuatnya . kalaulah akhowat buat sendri semuanya , mahu senget jalan ke kelas minggu depan .

syabab ; mereka ada daya . mereka mampu untuk angkat-angkat barang berat -berat . sampai kan dapur gas boleh angkat sekali dengan tong gas . tong gas berisi penuh dengan sebelah tangan ? gulp! memang lah , kuatnya kemampuan .

alhamdulillah , alhamdulillah .. setakat ni , setiap kali saya mewakili akhowat , minta pertolongan daripada syabab , semuanya senang hati , mengangguk setuju . saya harap dalam hati mereka juga begitu . tak kisahlah kalau ada orang kata angkat-angkat sebab nak makan free . yup, they deserved it ape.. 

hadapi 3 jam tanpa henti berjalan dan uruskan perpindahan satu rumah akhowat ke rumah baru mengajar erti kepenatan! penat kot..
now i guess how big the strength yang Allah kurniakan untuk rijal di dunia ini . hebat !
buruh-buruh kasar yang buat kerja dari pagi sampai petang , kadang-kadang sampai malam! Allahh... serius , jasa mereka perlu dihargai seeyhhh..

saya tak samakan pulak syabab yang tolong angkat -angkat barang ni macam buruh kasar , tapi nak katanya penat buat kerja macam ni sebenarnya . jadi , kita selaku manusia yang punya kemanusiaan perlulah memahami erti kemanusiaan itu sendiri . yang membantu , alhamdulillah . ikhlaskan niat , banyak pahala dapat . bukan senang nak berbakti kat orang lain . tengok , bila sakit pinggang , hilang dah kudrat . (asyik ulang2 je sakit pinggang , i hope the beholder tak baca post ni ;P) .
dan yang ditolong , please make it easy , make it simple . permudahkan lah , jangan susahkan . kadang-kadang kita perlu juga hormati masa orang lain . it is not just us that need the privacy . semua orang ada time plan . nak study , nak kemas rumah , nak memasak . tapi , as the sense of humanity , disenggangkan jugaklah masa untuk berbakti .

ya , mungkin kerja mereka sebagai ajk untuk membantu komuniti sendiri . but that never mean that all their priorities are spent on the job ! academic placed on the same priority i guess , or higher!

jadi, permudahkanlah , jangan susahkan .
and don't get me wrong . saya hanya membantu . saya harap lepas ni , kalau naik chat name ; hamiz ruslan ukht dan naik my number on syabab's phone , jangan tak angkat . (kebimbangan dah rasanya )

tapi ,ingat pesan ayah .
kita , bila diberi amanah atas sesuatu benda ni , kena tebalkan muka . kena berani . biar orang cakap apa , selagi tak salah , go on . but , muhasabah is the most important . terima orang tegur , baiki mana yang patut . insyaAllah , xde apanya lah~ 
[dengan sedikit penambahan ^^]

thanks for all ...
insyaAllah , everything would be fine .
yang penting , jaga syariat . bimbang sungguh kalau tersasar .. =_=

Thursday, June 28, 2012

this life ; full of 'inferiorisme'~

"wajhi laisa jamil "
"awak , wajah saya tak cantik "
T-T

adu seorang sahabat arab  . ahh~~ tak semena-mena dia menuturkan kata itu .
ya , saya akui , nak dibandingkan dengan wanita-wanita arab yang lain , mungkin saya boleh kategorikannya dalam kalangan 'biasa' . tapi , wanita arab ; 'biasa'nya bukanlah tidak cantik . ada rupa .
bagaimana dia bisa terdetik berkata begitu kepada saya , yang sedia maklum , baru sejenak saya duduk bersama dia di atas bangku di hadapan bangunan kuliah .

uhh~~
hidup ini aneh ,kan !
Allah sebut berulang-ulang dalam al-Quran . tentang penciptaan manusia .
manusia , semua sama . yang membezakannya ialah taqwa . tapi Allah Maha Adil .
taqwa itu orang tak nampak . hanya Allah yang nampak . hanya orang yang ikhlas hidup kerana Tuhan yang boleh nampak . yang akan hargai nilai taqwa .

dalam surah yang ma'ruf ; surah at-tin . Allah sebut "sesungguhnya Aku ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian " . semua cantik , semua baik , semua manusia sama . sungguhpun dia punya kecacatan , Allah lebihkan dia dari sudut lain .
misalnya ; seorang buta , Allah kurniakan dia akal yang mudah untuk ingat sesuatu maklumat . Allah anugerahkan dia nilai FOKUS dalam apa yang didengari . dan seorang buta , dia tidak melihat perkara-perkara batil di sekelilingnya . dunia banyak perhiasannya , tapi banyak juga yang patut dicela atas perbuatan manusia . nauzubillah . kita yang punya nikmat mata yang seolah-olah buta daripada melihat yang ma'ruf(baik-baik) sahaja .

seorang tuli @ pekak . dia tidak bisa mendengar . dia tidak mendengar perkara cela , jadi dia tidak mencela . dia tidak tahu apakah itu mencela . bagi dia , perkataan di dunia , yang baik-baik sahaja .

seorang yang cacat . tempang kakinya . berjalannya dia bukan macam biasa . lain daripada biasa . sekejap ke kanan , sekejap ke kiri . tatkala melihatnya , mungkin rasa ingin ketawa , tergelak melihat tingkahnya . tapi dalam diam , tersenyum saya dibuatnya . subhanallah , hebatnya dia . walaupun seorang diri , berjalan dengan caranya tersendiri , tapi dia menempuh panas hari , dinginnya angin dari hari ke hari untuk ke universiti . menuntut ilmu . walaupun lambat , tapi dia sampai!
tapi saya , aku , kita hari ini ???

betapa banyak nikmat Allah yang kita dustakan ?
-lewat ke kelas , tidur dalam kelas , tak hormat cikgu , sombong dengan kawan , bla bla bla ....

kenapa orang masih mempertikaikan ?
sebab yang kelihatan hanya yang benar- benar kelihatan
sebab yang dipromosikan dunia ialah yang terzahir pada penglihatan
orang hanya bercakap tentang kecantikan , kejayaan , kemasyhuran , harta kekayaan .
tapi siapa yang mengagungkan akhlak dan kebaikan.

none! hidup tak sejernih zaman Islam ditinggikan . sebab zaman sekarang , lebih banyak jahiliyah yang mengaburi mata insan . dan zaman ini , kitalah yang sepatutnya meninggikan Islam , bukannya menunggu Islam itu ditinggikan . kita tak punya masa untuk terus-terusan goyang kaki memerhatikan dari kejauhan .

bergeraklah! tanamkan kesedaran , bahawa yang boleh membahagiakan hidup seorang insan ialah akhlak dan budi pekerti yang baik . -taqwa- siapa mampu mengukur taqwa . tapi nilai daripada taqwa lah yang mempamerkan akhlak seorang muslim . insyaAllah , buah daripada taqwa itu akan menyuburkan iman , islam dan ihsan dalam diri seseorang .

memang kadang-kadang kita rasa inferior . kita rasa kita ini serba kekurangan . tidak bijak , tidak hebat , tidak cantik , tidak tinggi  , tidak petah , tidak kreatif .....
dalam banyak -banyak tidak , pernah tak kita kira tentang "aku mampu bangun , aku mampu bercakap tentang islam , aku mampu hidup bahagia sekarang walaupun aku tidak kaya , aku mampu belajar untuk buat itu ini , sekarang aku dah pandai! aku mampu faham doktor cakap dalam kelas . aku mampu faham kitab ini dan ini "
banyak mana lagi , kemampuan yang kita ada tapi kita abaikan dengan alasan , kita tidak ada seperti yang orang lain ada .

manusia , seringkali alpa . tapi jangan lama-lama , bimbang nikmat itu , jika tidak disyukuri , ia bakal tinggalkan kita .

masalah ; sering menghantui . tapi berapa banyaaakkk kah masalah besar yang kita sudah berjaya tangani . it is not that big as you expected . it depends on how you think it is . insyaAllah , everything probably just be OK !

istighfar , selawat , ucap kalimah syahadah . apa yang anda temui di situ ?
anda lupa bahawa ; LA ILAHA ILLALLAH ... anda punya Allah , the biggest strength!! amin .

##alpanya manusia . lalai, lalai , lalai ... walaupun banyak kali lalai , jangan pernah lupa untuk sedar. semoga kita peroleh sebaik-baik pengakhiran dalam hidup! amin.





Tuesday, June 26, 2012

awan mendung pasti cerah kembali .



siapa sangka awan yang cerah itu kian mendung ,
siapa sangka air yang tenang itu kian berkocak ,
siapa sangka wajah yang ceria itu hari ini kian murung ,
kian sedih .
cuba dikuat digagahkan demi sebuah senyuman .
menutup hati yang bimbang .
apatah lagi apabila berita itu menyapa .
sungguh memeranjatkan .
sungguh merenjat!



saya baru baca , saya baru tahu!
Allah .. beratnya ujian untuk senior seperjuangan saya . Mohd Hatta . saya tak kenal sangat pada beliau . cuma saya tahu , beliau sangat disegani di sini . beliau banyak berbakti untuk kami di sini . beliau ada agenda beliau sendiri untuk sedaya upaya memberi manfaat kepada kami sepanjang pengajian kami di Jordan . 

petang semalam , saya dapat tahu mendung yang menaungi beliau . bapa beliau didapati dimasukkan ke wad icu , kerana serangan jantung . saya tembakkan doa dari kejauhan , semoga Allah berikan ketetapan yang terbaik untuk beliau sekeluarga . 

tup tup , ketika sedang meeting bersama saf kepimpinan , dan saya sedia maklum beliau tiada kerana pulang ke malaysia seawal jam 2 pagi . tapi ,saya tidak ditakdirkan untuk tahu bahawa bapa beliau telah kembali ke rahmatullah . 
sedih .
bimbang .
suram .
mendung , memanglah!

saya membayangkan saya di tempat beliau . dan seketika tadi , saya baru baca post di blognya . kata-katanya masih segar bugar di situ . ''hanya kumampu menembak doa daripada jauh , sangat jauh! dan mohon tembakan doa daripada semua . ada 'hutang' yang masih belum terbayar " -Hatta Razian

hutang yang masih belum terbayar. 

Allah ,,, bagaimana mahu membayar kepada yang telah tiada . serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa . Yang Maha Pemilik Segalanya . semoga Allah tempatkan bapa beliau dalam kalangan insan-insan soleh yang dijanji syurga . insyaAllah .

tembakan doa telah lama sampai .
Allah mendengar setiap rintihan doa hamba-Nya . selagi mana kita punya iman , keyakinan kita pada Allah tu tetap ada . Allah mungkin tak makbulkan apa yang kita pinta . tapi HE is the only ONE that really know what our needs are . 

kepada senior yang saya segani . bertabahlah . ujian hebat untuk insan yang hebat . mungkin senior sedang hadapinya , dan orang lain mungkin ada yang sudah hadapinya , sedang hadapinya dan bakal hadapinya . saya tak kata semua orang akan hadapi , sebab boleh jadi , kami yang berada di Jordan ini selaku anak yang akan pergi terlebih dahulu . ajal tak pernah mengenal usia . dan sedia maklum , senior Ilham Elani kembali ke rahmatullah pada 3 Disember yang lepas (al-fatihah!) . dan tak mustahil benda tu bakal terjadi . nauzubillah . semoga Allah beri peluang kepada hamba-hamba kerdil yang sedang berjihad menuntut ilmu . apa-apa pun , segala ketetapan Allah itulah yang terbaik .
semoga Senior Hatta terus tabah dan terus ceria . mungkin selepas ini , kami pula yang bertanggungjawab untuk menceriakan hari-hari berbaki senior di sini . segalanya tak mustahil untuk dihadapi , as long as kita rasa bahawa kita masih punya keluarga . 

ketetapan Allah ketetapan yang terbaik !
awan mendung kan cerah semula . air berkocak kian tenang . wajah itu bakal hiasi PERMAI lagi ! 
insyaAllah .
al-fatihah untuk bapa beliau .
hidup ; apa-apa pun , perlu diteruskan selagi kita masih punya ladang untuk akhirat ini .
ujian itu ;mematangkan .
kesedihan ; bawa kita kepada Tuhan . 
manusia ; sering kelalaian .
semoga ukhuwah sesama 'keluarga' PERMAI memberi kekuatan . mudah-mudahan .
amin .


semoga dia terus tabah . dan kian tabah .
mengambil kekuatan daripada kekuatan orang lain . 
Allah , rahmatilah kami .
berjauhan , bukan bermakna tidak berhubungan .
sayang kalian kerana Tuhan .......



##buat mak ayah di Malaysia , saya (hamizah binti ruslan) di sini , mengharapkan satu ketetapan yang terbaik untuk kita hadapi . insyaAllah . semoga saya dan adik-beradik lain menjadi anak soleh- solehah untuk kalian ! amin.



Sunday, June 24, 2012

the summer start!


Bismillah ..
Alhamdulillah . rasa macam lama tak kemaskan blog yang kian berhabuk . semoga tak menjadi amanah yang mendakwa diri di akhirat nanti .
Kadang-kadang , ada sesuatu yang kita rasakan terlalu remeh dicoretkan .
Tapi tak semurah itu . pengalaman . perkongsian pengalaman itu pun satu nilai sebenarnya . bukanlah pengalaman melancong ke Negara-negara gah sahaja yang menjadi benda bernilai bagi yang membaca . ada sesuatu yang kita rasakan ada pedoman untuk orang lain , silakan . boleh saja . hidup kena banyak memberi  , sebab kita sudah banyak menerima . rahmat Allah Yang Maha Luas!

Semester musim panas !
Serius panas! Menguji kesabaran mental dan fizikal . Alhamdulillah , such a big experience Allah gave me to feel this! It’s not a waste for sure . semua dah jadi tawadhu’ dah . panas! Tak mampu angkat muka , melawan simbahan matahari .  puasa satu hal . dengan kepanasan yang melanda dan siangnya yang mencatatkan masa yang lebih panjang berbanding malam , memang menguji kesabaran dan ketahanan diri masing-masing . semoga Allah menguatkan iman para perantau ! berjauhan dengan keluarga buat pertama kalinya di bulan puasa . wah3 … macamlah tak pernah , duduk asrama dulu elok je , tapi ni jauh sangat kot!
Memang tak balik dah ~  puasa + raya . AKU DI PERANTAUAN . semoga ada keberkatan di situ . amin .

Dah lah musim panas , kami akhowat terpaksa kerahkan para syabab yang perkasa untuk tolong kami angkat-angkat barang . sekarang jugaklah musim pindah-randah rumah .  masa untuk berdikari! Duduk di rumah sendiri , semua kena uruskan sendiri . call sohib (tuan rumah ) , bayar bil elektrik , bayar bil air , beli barang dapur , baiki paip , pasang gas . saya tak rasa lagi pengalaman ni , tapi dah terbayang di mata dan minda , apa yang bakal dilalui! insyaAllah , semoga Allah permudahkan! Pengalaman mahal tuh~’

Setakat ni , hanya melihat . jadi pemerhati tegar . tengok sahabat-sahabat pindah rumah baru (meninggalkan kami ini terkulat-kulat di sakan @ asrama ) , ada gembira . tengok sahabat-sahabat bina ‘rumahtangga’ baru . ye lah ,kan . kalau dulu , duduk sakan , tak adalah bertangga sangat , duduk 2 orang saja satu bilik . sekarang ‘rumahtangga’ dah paling kurang bertiga . dan paling tidak pun 
 berenam , bertujuh! Jenuh nak masak ! ;p


Sedih . ya , siapa tak sedih . dengan kita masih di sini . mereka dah susah payah menempuh satu alam baru di rumah sewa . Alhamdulillah , semoga kalian tabah lah!
Kesal . perkara yang saya kesal sepanjang tahun pertama saya di Jordan . really disappointed , as I couldn’t  be the best for my long-term roommate , old schoolmates , and all the mates here  . may be i was too selfish before and kept thinking of my own probs! who knows =_= let the names make me smile while I’m alone in this small room  =)  muhasabah!

None of cooking , none of good attention paid , none of tears we’ve shared together , and quite much nones…

And ,, kesal . I have wronged in my plan . may be I have got much more facilities compared to others along my way here in Jordan . but , I’m much more careless in my helps for them !
Huh~ hidup perlukan perancangan . semoga Allah ampunkan kesilapan saya yang lepas . semoga Allah permudahkan orang lain untuk uruskan perancangan hidup dengan baik.
No doubt ! hidup ; perlukan perancangan . please plan your life , make it flow efficiently . make it simple . do have stress to force you , but don’t let the stress to beat you , to control you .
Allah , helps us , in our way , till the last breath !