perubahan = errr....
ilmu dah cukup tak ? = errr... boleh la~
bahasa arab , cair dah? = syuwaiya , syuwaiya (sikit-sikit) ...
isu semasa ? duk negara arab , arab spring apa khabar ek? = ohhh.... dah habes dah ,kan arab spring ? =_=
keimanan ? = tak boleh ukur la
aqidah ? = ........... untuk diri sendiri boleh la insyaAllah , untuk debat dengan orang yang tengah perjuangkan fahaman sesat , tak berani lagi la .. tak cukup ilmu lagi .
hah , set!
tengok , nampak tak kat situ .. "tak cukup ilmu lagi " . habis , 10 bulan 5 hari tu apa yang hang dapat ? pejam celik pejam celik , jaga lepas tu tidur balik , belajar ; masuk kelas bukak buku , keluar kelas tutup buku , time exam bukak balik , bersengkang mata tuntut ilmu seolah-olah akulah yang paling mujahidah menuntut ilmu .
_________________________________________
payah , payah ..
apa pun , pointnya di sini nak cakap , masa begitu cepat berlalu . tanpa signal nak mengatakan bahawa masa itu akan pergi , ia tetap terus berlali tanpa amaran . kita yang tak sedar . masih bersenang lenang . layari facebook , berblog
Allah panjangkan umur sampai sekarang . malam ini , malam first Ramadhan Kareem di Jordan . alhamdulillah . sempat juga merasa . tapi dalam gembira dan suka , ada yang berduka . ada yang tak sempat pun nak puasa tahun ni . siapa sangka tahun lepas ialah ramadhan terakhir beliau ? . bapa saudara kepada seorang sahabat . umur 50++ dijangkiti virus ' kencing tikus '
, kurang seminggu tak sedarkan diri di hospital , dan hari ini disahkan meninggal dunia . jam 7.20+pagi waktu Jordan dan 12 + tengah hari waktu Malaysia . innalillah .. takziah dan al-fatihah untuk beliau dan keluarga . Allah tarik hamba-Nya kerana DIA sayang ~
___________________________________________
saya dah berjaya !
berjaya hadapi hidup berpancaroba sehingga hari ini . banyak betul mehnah dan tribulasi sebelum sampai ke angka 10 bulan berada di perantauan . alhamdulillah , tanpa ibu bapa di sisi , yang ada cumalah kata-kata mutiara semangat dan taujihat daripada mereka melalui laman maya , ataupun panggilan telefon . Ramadhan ni , Ramadhan pertama . berdikari segala-gala . emosi . perasaan . makanan sahur , makanan berbuka . tarawih berjemaah . semua dengan 'keluarga baru' . alhamdulillah ada keluarga kat sini , kan ?
____________________________________________
PERMAI . semoga terus Permai .
musim panas .
banyak kes jenayah melibatkan orang Malaysia .
rompak . raba . gangguan seks . diekori . cubaan pecah rumah .
huh~ scary~~~
tiadalah sesuatu itu terjadi kecuali dengan izin Allah . insyaAllah .
usaha dan ikhtiar dengan kerjasama daripada syabab perkasa Irbid . semoga Allah tunjuk jalan keluar atas segala macam permasalahan .
setakat ini , hampir semua kes yang berlaku hanyalah cubaan . maknanya tidak berjaya . janganlah kerana dosa kita yang sedar atau tidak memecah benteng yang sekian lama sebelum ini menjadi penghalang kepada berjayanya suatu kejahatan . nauzubillah ya Allah ~
_____________________________________________
semoga Allah rahmati kami sang-sang perantau .
tiada hati yang lebih tenang melainkan hati yang terikat dengan Tuhan .
amin .
Ramadhan , kami rindu . dan telah kami temui . izinkan kami terus menikmati . semoga dengan itu tersemat kukuh cinta Ilahi di hati kami !
jom promosikan , setiap nafas ialah ....
IBADAH HANYA PADA ALLAH ...
hamiz ruslan ukht . ~ srikandi fateh ! [lame tak guna nickname nih ]
terbaikkkkkkkkkkkk XD
ReplyDelete