Bismillah.
Terbaca post di facebook.
"There are still much time left to fail.."
And the post betitled "All twenty-three needs to read this". (Oh Well~ I am now a twenty-three, so i give it a try to read it thoroughly).
Ahak.
I don't get it how much time left to fail more and more in such a well grown up age. T-T
Post ini antara dua, ada baik dan ada bahayanya.
Satu,
the good side is... ia memberikan satu suntikan semangat untuk buat kita rasa
comfort dengan ayat-ayat pujukan. Secara ringkasnya pos berkenaan menyebut:-
Pada umur 23...
-anda tidak perlu bimbang sekiranya sekarang anda terumbang ambing tiada pekerjaan, tiada teman, tiada arah tujuan. Setiap orang hebat yang anda temui pasti melalui perasaan seperti anda sewaktu mereka sebaya dengan anda. Oleh itu, bersabarlah dan hadapi dengan tenang.
-anda sekarang hilang kawalan pada diri. Mungkin pengajian anda telah tamat, dan anda sudah hilang teman rapat. Secara fizikalnya, teman yang memahami anda dalam2 telah jauh daripada anda.
-anda perlu
move on memulakan hidup baru. Jika anda sedang sambung study, atau memulakan pekerjaan baru, anda perlu adjust diri untuk menerima bahawa tiada lagi kawan rapat untuk diajak berbual, memahami perasaan dalaman dan untuk anda gila2 bersama.
-anda terasa seperti mahu menyayangi dan disayangi. Bersabar lah, pasti ada insan yang akan hadir menyayangi anda suatu hari nanti. Umur 24 pasti lebih cerah untuk anda~!
Motivational words that might work for you to live your life better. :)
Hebatnya mat saleh ni, kata-katanya
deep inside. Seolah-olah memahami jiwa remaja yang sedang mencari identiti diri. Segala perkara yang dirasakan suatu perkara yang malang di
twistkannya sebagai suatu nikmat dan rahmat yang harus disyukuri sekarang dan akan datang. Ada satu laman web yang baik untuk dilawati berkenaan motivasi. Merangkumi banyak aspek. Mat saleh punya kerja an juga ni: http://www.helpguide.org/ . Motivasi yang tinggi boleh mengelakkan gejala stress sampai nak gila dan
attempts to commit suicide yang banyak berlaku di negara tertentu terutamanya negara dalam kalangan penduduk atheis (tiada agama).
Bad side nya pula ialah... (ini ofkos ialah pandangan peribadi).
Sampai bila... Mahu pujuk diri bahawa kita masih punya banyak masa. Frasa 'Punya banyak masa' dan 'simptom biasa' kerap buat manusia lena. Bahawa kita hanya perlu teruskan kehidupan seperti biasa, like others always do. Segala naik turun dalam kehidupan hadapi dengan rileks dan chill dan segalanya akan berakhir. Waktu yang menentukan.
There is much time left to fail?
Instead of this kind of phrase, maybe you should remind yourself that..
There is much time and always the time to learn.
You actually didn't fail, but you learnt !
To be a better person, to be a better Muslim/ah.
Sebut bab dosa pahala lagi hebat kalau nak kata umur 23 ni.
Berjauhan daripada ibu bapa, tanggungjawab pada masyarakat memandangkan kamu sudah besar panjang, komitmen kepada jemaah gerakan Islam, taqwa kepada Allah dengan menjaga diri daripada batasan dosa pahala yang boleh membawa kepada syurga atau neraka.
Ya Tuhan..
Dalam pada kita memujuk diri bahawa masih banyak masa,
Beberapa dan banyak mana sudah berita kematian insan-insan muda yang jauh lebih muda dan sedikit sahaja lebih tua. Umur 20-40 tidak pelik untuk kembali kepada Tuhan.
Sakit, accident, mati mengejut dan sebagainya. Menghantui.
Bila kematian akan tiba.
Bila masa kita tidur dan tiada jaga.
Ia mungkin akan berlaku,
Dan adakah selepas mati penyesalan demi penyesalan yang akan kita hadapi ataupun satu kepuasan yang bakal dirasai bahawasanya kita sudah puas hati dengan amalan semasa hidup.
Al-Fatihah, for the deceased.
An emotional post caused by the facts that in only these 2 months there are some people around me had just passed away. In their youth...
There is not much time left, you need to change, now. As if there is no tomorrow.
AllahuAkbar.