Thursday, November 12, 2015

#3 Jemput aku dengan tenang



#3 Jemput aku dengan tenang

Bismillah.

            Tulisan ialah kehidupan. Dari mana aku belajar menulis? Of course tadika. Dari mana minat menulis. Hilal Asyraf. ^^, Alhamdulillah, tulisan menghidupkan aku. Tulisan aku, ataupun tulisan orang lain. Aku boleh tersenyum bila menulis, bila membaca, sebab itu aku kata, tulisan itu… kehidupan. Subhanallah. Allah punya kuasa, pegang hati manusia. Ye dak.. J

            Dijemput Ilahi. Allah panggil pulang. Dah tiada. Ini ayat sinonim untuk meninggal dunia. Yes, everyone should know that. Dan everyone should once feel it. Dan aku, menginjak usia 22 tahun , rasa macam dah berpuluh-puluh (belum ratus, ribu barang kali), terima berita pemergian yang menyentap jiwa dan rasa. Kalau masa kecil, mungkin kita akan tersentap kalau kehilangan keluarga tercinta. Tapi bila dah dimamah usia, kita semakin matang hendaknya, kehilangan ‘insan biasa’ yang jauh di mata dan hati, pun kita boleh tersentap. Boleh berduka hiba.

            Setiap tahun, bermula aku selesai SPM, aku terima berita sentap. Kematian orang muda dan tua. Buat aku insaf SEBENTAR. Bahawa kehidupan ini, nyawa ini Tuhan lah yang pegang. Pegang erat-erat. Tak mungkin bisa kita lepas,kan.. Dalam lecture, pensyarah Dr Wan Zailan pernah tanya ,”Ajal kita bukan kuasa kita ke? Kalau terjun bangunan, kelar leher, kelar tangan tak mati ke? So nyawa kita , kita yang punya? “
Hmmmmm….
“Sebab itu bunuh diri terus ke neraka, sebab kita ambil hak Allah swt ke atas nyawa kita. Bukan mustahil kita stop nyawa kita sekarang, tapi akibatnya…begitulah”

            Hak Allah. Bila Dia nak ambil, layak kita menghalangnya? Cuma masa yang bagaimana yang menentukannya.

Okey, too much introduction. Alkisah, sahabat plus adik keluarga Jordan saya, saya tak pasti bila kali terakhir saya bertemu dia, mungkin kali terakhirnya di program FEMES semasa dia pegang watak Suci dalam teater. Tak rapat, tapi aku yakin aku pernah kenal dan berjabat tangan. Dan aku akui orangnya seperti yang diceritakan teman-teman lain, sangat lah mesra. J

            Aishah Humairah Lokman. Satu lagi nama yang akan terukir dalam ruang hidayah dua alam dalam hati aku. Arwah Ilham Elani sewaktu aku tahun 1, meninggal kerana acute leukemia, bersama dengan pelajar Indonesia beberapa bulan selepas itu kerana simptom yang sama. Kemudian, Oyak Kayo , pelajar Mu’tah meninggal kerana kemalangan di Amman selepas ambil kawan di Airport Queen Alia, masa tu aku baru nak naik tahun 2. Then, kak Sumayyah, meninggal dalam kemalangan di Petra. Dan aku rasa ada lagi cerita lain yang aku tak tercatat di sini. Tak termasuk arwah sepupu yang meninggal kemalangan masa aku tahun 3, dan mak saudara yang meninggal bulan 12 tahun lepas. See? How can I still commit sins? T-T
   
         Arwah Aishah pergi kerana SLE. Sebab dia, ramai orang yang baru conscious penyakit ni. Rupanya di Malaysia, estimated 10,000 orang menghidap SLE. Siap ada persatuan lagi untuk saling memberi kekuatan. Ada yang masih survive (dan aku harap mereka terus tabah ! aku teringin nak tengok depa recover !). Penyakit ni biasa serang wanita umur 15-50 tahun. Secara ringkas, ia berpunca daripada antibodi yang serang organ yang sihat. Tak semena-mena, diserang and then jatuh sakit. Simptomnya ke kulit, otak, sendi, paru-paru dan sebagainya.

            Sebelum beberapa jam berita arwah sampai ke pengetahuan aku, aku baru bagitahu mak, “Tak tahu lah kalau mijah kena penyakit teruk-teruk ni, mijah tak kuat semangat”. Kebetulan aku dan mak di hospital jaga nenek yang dah sebulan lebih terlantar. Life is hard. Macam yang arwah adik Humairah selalu coretkan dalam pos-pos beliau di FB dan Twitter. Sakit di dunia penghapus dosa. Kawan aku kata, “Itu lah untungnya diorang yang sakit kronik yang panjang. Boleh dicoretkan segala kisahnya, terus menjadi peringatan pada pembaca. Kita?

            Bukan aku nak tahu estimated time aku mati bila. Tapi yang aku nak kata, kita yang sihat wal afiat ni sepatutnya lebih produktif dalam bekerja , bertindak dan berbicara. Allah Maha Tahu kemampuan hamba. Takkan diuji kalau tak berdaya. Aku doakan semua yang diuji hadapi dengan tenang, dan andai dijemput Ilahi saat diuji, saat itu kau tenang dan tak terkejut dengan pengakhiran kehidupan. Aku yakin arwah adik Humairah pergi dengan tenang, beliau selalu minta maaf dan terima kasih dengan semua orang yang berikan ucapan semangat untuk dia. Moga Allah swt ampunkan segala dosa kamu,dik. Jumpa di Sorga, Bidadari Suci. ^^,

            Jemput lah aku, dengan tenang. Supaya tenang aku di sana nanti. Payahnya hidup ni, tapi jangan mengalah sebab di luar sana ramai yang bertarung nyawa inginkan kehidupan yang normal seperti kita yang normal. Jangan tolak pemberian Tuhan, sebab ia terlalu berharga , yang akan kita regret di akhirat nanti kalau kita tak guna sebaiknya. Bagi aku, orang yang ada sakit ni, dia macam ada ‘aqad’ (perjanjian) dengan alam yang berikutnya. Yang buat dia hampir mustahil lupa Tuhan. Subhanallah.

Rest In Peace, Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi.   
إنا لله و إنا إليه راجعون


p/s: Aku terjumpa blog ni, penghidap SLE yang masih survive seak 1999. Boleh follow, untuk baca detik ketabahan beliau. http://www.dayangdeno.com/

Sunday, October 25, 2015

#2 Senangkah Hatimu



#Senangkah Hatimu, dengan adanya aku?
Bismillah.
                        Pernah tak terfikir, apa perasaan orang sekeliling kita apabila kita ada di sisi mereka. Adakah mereka senang hati atau sebaliknya…
                        Hari-hari yang dilalui terasa begitu sukar sekali. Berapa kali rasa ingin putus asa dengan kehidupan yang penuh cabaran. Berapa kali sudah kita menitiskan air mata kesedihan , tapi akhirnya kita terlepas jua cabaran dan dugaan. Dan menjadikan siapa kita sekarang. Bersyukur lah pada Tuhan, akan nikmat kehidupan. Bila lagi mahu merasai pahit maung nya kalau bukan di dunia sementara. ;)
                        Berbahagia lah dengan penderitaan itu. Bukan kah dengan kesusahan itu yang akan menyingkap tabir kesenangan? Bukan kah dengan keperitan itu akan akhirnya membuahkan ketenangan? InsyaAllah. Cuma kita tiada tahu bila dan di mana juga bersama siapa. J
                        Mak, Ayah. Dua insan yang paling aku nak tahu, siapa aku di sisi mereka. Insan yang paling banyak berkorban. Insan yang nak tengok aku berjaya dalam kehidupan. Sejak  kecil, mehnah demi kerenah yang aku timpakan pada mereka. Haha. Kelakar pun ada. Menangis nak itu nak ini, mengamuk tak tentu pasal ikut emosi, pantang disuruh benda yang tak digemari terus menghentak kaki. Derhakanya aku dulu. Tak kenal dek untung orang kata.
                        Sampai lah aku sekarang. Jadi orang yang nak kata berjaya, aku belum lagi berjaya. Selepas dikira ‘berjaya’ di peringkat ijazah sarjana muda, aku tempuh pula kehidupan yang ‘kurang berjaya’ di peringkat sarjana. Ya, ini pilihan aku. Pilihan yang tiada paksaan, tetapi ujian yang aku lalui sepanjang tak sampai dua bulan ini aku akui aku terpaksa hadapi. Yang aku tidak sangka aku akan hadapi. Tuhan… Bila mana ini pilihan aku, pastinya ialah ilham daripada-MU. Jadi, permudahkan lah aku.
                        Aku Tak Bodoh. Pernah dengar nama filem ni? Setiap kali aku rasa clueless, aku teringat tajuk filem tu tanpa aku pernah tengok pun ceritanya bagaimana. Tapi tajuk itu deep. Buat aku rasa ada harga diri. Iya, makhluk Tuhan tak bodoh, Cuma mungkin belum pandai ;)
                        Jangan putus asa. Demi agama. Kawan kata, Tok Guru selalu pesan, kalau rasa lemah dan tak konsisten , banyakkan baca Quran, baca kisah-kisah Nabi saw. Kita tak susah macam nabi-nabi terdahulu. Kita hanya sambung kesenangan yang mereka sudah kecapi iaitulah nikmat Islam dan Iman.
                        Tajdid niat kembali. Semoga aku tak kesal nanti. Hidup bukan lama. Yang sekejap ini bukan untuk putus asa. Elok lah sedih sekali sekala (walaupun kesedihan aku bertimpa-timpa), asal aku dekat dengan Tuhan. Dekat.
                        Dan masih nak tanya mak dan ayah. Tapi tak tertanya depan-depan. Tanya ikut sini je yang mesti depa tak baca . “Senangkah hati kalian adanya aku ?”
#Semoga Allah rahmati kedua ibu bapaku
#Sayang mereka pasti bukan kerana bijak pandainya aku, tapi berdikari nya aku jaga diri dengan agama
#Sebab itu jangan tunjuk lemah pada hal lembik
#Fighting !
#Doakan_Aku_Jadi_Alim
#Yang_Tunduk_Demi_Akhirat

Thursday, October 8, 2015

#1 Matang Melalui Masa




Bismillah. 

Aku rasa aku ini orangnya matang melalui masa, dan persekitaran. Hanya apabila masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan seterusnya baru aku bisa memaknai matang. Lebih menghargai kehidupan. Lebih menghargai mereka yang menyayangi dan disayangi.


Kadang-kadang mahu juga memukul kepala sendiri. Mengapa dulu masih buta daripada melihat kebaikan waktu itu. Mengapa dulu masih pekak daripada mendengar cerita-cerita pengalaman orang dulu, supaya aku lebih pantas matang. Tapi biasalah, itu cerita dulu. Dulu, yang tidak mungkin diputarkan kembali waktu. 


Begitu lah kita manusia, kan. Bila ada dipersiakan , bila tiada baru ditangiskan. Kepergian waktu. Begitu juga sekarang, aku teruskan kehidupan. Tanpa aku sedar, apa aku akan lebih matang pada masa akan datang. Dan aku meniti kehidupan, tanpa aku tahu bila aku akan pulang. Iya,kan… masa kan kita tahu bila tarikh dan waktu ajal akan datang? Tidak sama sekali. Siapa-siapa pun tidak tahu. Tapi waktu itu wujud sedari dulu. 

Persekitaran yang baik kadangnya tidak menjadikan aku baik. Aku ini orangnya egois. Sukakan cabaran. Apa yang orang lain ada, tak semestinya aku perlu ada. Baik itu dari satu sudut, mungkin aku akan jauh daripada rasa dengki yang membinasakan. Tapi yang kurangnya, aku tiada rasa cemburu. Cemburu melihat kebaikan orang , atas alasan aku juga punya kebaikan yang orang lain tidak ada.

Aneh, bukan? Eheh… itu namanya sombong. Mana boleh kita hisab (kira) akaun pahala sendiri. Ingin mengurang yang itu, kerana aku sudah lebih yang ini. Yang sudah lebih itu, entah-entah tiga per empat saja sudah hangus nilai dek kerana kurang ikhlas dan kurang istiqomah,kan?

Buang masa kau kira nilai. Sepatutnya kaukira dosa yang bertimbun. Cukup sudah timbangan dosa bertimbun itu untuk kautempah neraka Tuhan,kan? Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa kita. Dosa pahala usah dikira banyak mana, sepatutnya kita ambil kira kepada siapa kita dedikasikan kedua-duanya. 

Moga aku makin cinta pada Tuhan, semakin beredarnya waktu dan usia aku. Yang aku bakal tinggalkan nanti. Dan moga hidup ini tidak sia-sia. Bukan sekadar menumpang nyawa, tapi biarlah menghias persada dunia.. Amin. 

#Doakan_Aku_Jadi_Alim
#Yang_Tunduk_Demi_Akhirat

Monday, January 19, 2015

Malaysia Jordan dan Cinta

Alhamdulillah.
Bismillah,

Kesekian kalinya, dengan nama Allah swt Yang Maha Kasih dan cinta pada hamba-hambaNya yang kerdil dan hina.

Malaysia, di situ lahirnya cinta pertama. Cinta mengenal akan erti perjuangan, erti sebuah kepayahan, erti hidup sebenarnya hakikatnya adalah untuk memberi.
Mak dan ayah. Mereka, inspirasi cinta.
Mereka lah orang pertama yang memperkenalkan dan memberi cinta.

Cinta.
'Ah! Geli! Kau geli-geli cakap pasal cinta kenapa?!!'
Beberapa suara sumbang berbisik menghentam bicara. Geli? Bahkan kita hidup ini dengan cinta Tuhan, tahu?

:)

Aku bertemu cinta kedua di bumi Allah , Jordan ini. Tempat yang aku idam aku impi untuk jejak satu masa dulu. Dan, Allah makbulkan. Allah nak tunjukkan aku sesuatu aku kira. Bertemu, bergaul dengan orang hebat , orang biasa yang amalnya luar biasa, orang yang penampilannya biasa tapi hatinya cukup luar biasa.
Buat aku belajar, tentang kehidupan.

Agar aku bisa lebih matang.

Allah, banyak Kautegur aku tentang iman, tentang manusia, tentan makhluk Kau yang lain. Kau beri aku kenal.
Kautegur aku juga tentang kematian, Kauberi aku kesedihan. Untuk aku tanggung di kala kejauhan dengan sumber kekuatan yang bernama manusia , untuk aku kaut kekuatan melalui Kau semata.

Ada hari, aku putus asa. Tak mampu aku teruskan langkah. Ingin aku lompat keluar daripada medan susah!
Tapi , hidup aku di medan ini, tiada lembah yang perit dan payah, melainkan Allah hadiahkan dengan pertolongan yang melimpah!

Sejak aku 'kenal' sentuhan tarbiyah Tuhan, hidup aku tak senang, kepala aku tak lapang, poketku tak tebal, tapi jiwa , hati aku tenang. Sebab, Allah yang luaskan..

Tapi tenang ini , bersyarat.
Kau, Hamizah, jauhilah maksiat...
Itu najis yang mengundang mudarat!
Moga-moga hidup lebih indah dinaungi sayap-sayap Malaikat.

Syurga, itu tujuan kita.

Hamizah
Irbid
19/1/2015.
8.51pm.
Malam yang tenang. Bintang Syurga jadi teman. ;)