#3 Jemput aku dengan tenang
Bismillah.
Tulisan ialah
kehidupan. Dari mana aku belajar menulis? Of course tadika. Dari mana minat
menulis. Hilal Asyraf. ^^, Alhamdulillah, tulisan menghidupkan aku. Tulisan
aku, ataupun tulisan orang lain. Aku boleh tersenyum bila menulis, bila membaca,
sebab itu aku kata, tulisan itu… kehidupan. Subhanallah. Allah punya kuasa,
pegang hati manusia. Ye dak.. J
Dijemput Ilahi. Allah
panggil pulang. Dah tiada. Ini ayat sinonim untuk meninggal dunia. Yes,
everyone should know that. Dan everyone should once feel it. Dan aku, menginjak
usia 22 tahun , rasa macam dah berpuluh-puluh (belum ratus, ribu barang kali),
terima berita pemergian yang menyentap jiwa dan rasa. Kalau masa kecil, mungkin
kita akan tersentap kalau kehilangan keluarga tercinta. Tapi bila dah dimamah
usia, kita semakin matang hendaknya, kehilangan ‘insan biasa’ yang jauh di mata
dan hati, pun kita boleh tersentap. Boleh berduka hiba.
Setiap tahun, bermula
aku selesai SPM, aku terima berita sentap. Kematian orang muda dan tua. Buat aku
insaf SEBENTAR. Bahawa kehidupan ini, nyawa ini Tuhan lah yang pegang. Pegang erat-erat.
Tak mungkin bisa kita lepas,kan.. Dalam lecture, pensyarah Dr Wan Zailan pernah
tanya ,”Ajal kita bukan kuasa kita ke? Kalau terjun bangunan, kelar leher,
kelar tangan tak mati ke? So nyawa kita , kita yang punya? “
Hmmmmm….
“Sebab itu bunuh diri terus ke neraka, sebab kita ambil hak Allah swt ke
atas nyawa kita. Bukan mustahil kita stop nyawa kita sekarang, tapi akibatnya…begitulah”
Hak Allah. Bila Dia nak
ambil, layak kita menghalangnya? Cuma masa yang bagaimana yang menentukannya.
Okey, too much introduction. Alkisah, sahabat plus adik keluarga Jordan
saya, saya tak pasti bila kali terakhir saya bertemu dia, mungkin kali
terakhirnya di program FEMES semasa dia pegang watak Suci dalam teater. Tak
rapat, tapi aku yakin aku pernah kenal dan berjabat tangan. Dan aku akui
orangnya seperti yang diceritakan teman-teman lain, sangat lah mesra. J
Aishah Humairah Lokman.
Satu lagi nama yang akan terukir dalam ruang hidayah dua alam dalam hati aku.
Arwah Ilham Elani sewaktu aku tahun 1, meninggal kerana acute leukemia, bersama
dengan pelajar Indonesia beberapa bulan selepas itu kerana simptom yang sama. Kemudian,
Oyak Kayo , pelajar Mu’tah meninggal kerana kemalangan di Amman selepas ambil
kawan di Airport Queen Alia, masa tu aku baru nak naik tahun 2. Then, kak
Sumayyah, meninggal dalam kemalangan di Petra. Dan aku rasa ada lagi cerita
lain yang aku tak tercatat di sini. Tak termasuk arwah sepupu yang meninggal
kemalangan masa aku tahun 3, dan mak saudara yang meninggal bulan 12 tahun
lepas. See? How can I still commit sins? T-T
Arwah Aishah pergi
kerana SLE. Sebab dia, ramai orang yang baru conscious penyakit ni. Rupanya di
Malaysia, estimated 10,000 orang menghidap SLE. Siap ada persatuan lagi untuk
saling memberi kekuatan. Ada yang masih survive (dan aku harap mereka terus
tabah ! aku teringin nak tengok depa recover !). Penyakit ni biasa serang
wanita umur 15-50 tahun. Secara ringkas, ia berpunca daripada antibodi yang
serang organ yang sihat. Tak semena-mena, diserang and then jatuh sakit.
Simptomnya ke kulit, otak, sendi, paru-paru dan sebagainya.
Sebelum beberapa jam
berita arwah sampai ke pengetahuan aku, aku baru bagitahu mak, “Tak tahu lah
kalau mijah kena penyakit teruk-teruk ni, mijah tak kuat semangat”. Kebetulan
aku dan mak di hospital jaga nenek yang dah sebulan lebih terlantar. Life is
hard. Macam yang arwah adik Humairah selalu coretkan dalam pos-pos beliau di FB
dan Twitter. Sakit di dunia penghapus dosa. Kawan aku kata, “Itu lah
untungnya diorang yang sakit kronik yang panjang. Boleh dicoretkan segala
kisahnya, terus menjadi peringatan pada pembaca. Kita?”
Bukan aku nak tahu
estimated time aku mati bila. Tapi yang aku nak kata, kita yang sihat wal afiat
ni sepatutnya lebih produktif dalam bekerja , bertindak dan berbicara. Allah
Maha Tahu kemampuan hamba. Takkan diuji kalau tak berdaya. Aku doakan semua
yang diuji hadapi dengan tenang, dan andai dijemput Ilahi saat diuji, saat itu
kau tenang dan tak terkejut dengan pengakhiran kehidupan. Aku yakin arwah adik
Humairah pergi dengan tenang, beliau selalu minta maaf dan terima kasih dengan
semua orang yang berikan ucapan semangat untuk dia. Moga Allah swt ampunkan
segala dosa kamu,dik. Jumpa di Sorga, Bidadari Suci. ^^,
Jemput lah aku, dengan
tenang. Supaya tenang aku di sana nanti. Payahnya hidup ni, tapi jangan
mengalah sebab di luar sana ramai yang bertarung nyawa inginkan kehidupan yang
normal seperti kita yang normal. Jangan tolak pemberian Tuhan, sebab ia terlalu
berharga , yang akan kita regret di akhirat nanti kalau kita tak guna
sebaiknya. Bagi aku, orang yang ada sakit ni, dia macam ada ‘aqad’ (perjanjian)
dengan alam yang berikutnya. Yang buat dia hampir mustahil lupa Tuhan. Subhanallah.
Rest In Peace, Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi.
إنا لله و إنا إليه راجعون
p/s: Aku terjumpa blog ni, penghidap SLE yang masih survive seak 1999.
Boleh follow, untuk baca detik ketabahan beliau. http://www.dayangdeno.com/
No comments:
Post a Comment