Tuesday, March 20, 2012

bahasa juga ialah makhluk ?

belajar perkara-perkara halus tentang agama mengajar saya untuk lebih memahami bahawa ciptaan Allah itu sungguh Maha Teliti Maha Halus .orang kata , belajar usuluddin ini bahaya , tak boleh salah niat sikit , bimbang terpesong dicucuk suntikan syaitan . dan usuluddin banyak belajar tentang aqidah seorang muslim dan dengan izin Allah , ada peluang belajar tentang perbezaan agama-agama di muka bumi ini . tapi apa-apa pun , Islam tetap ad-din , yang wajib kita percaya bahawa ia sempurna , menyeluruh untuk semua bangsa kaum , kekal , bersifat rabbani , penghalang diri kita daripada melakukan suatu yang haram untuk memelihara yang halal serta ada ganjaran di dunia dan di akhirat .

indah betul Islam . ajaran yang halus, tarbiyah yang halus , aqidah yang sejahtera selari dengan fitrah manusia .

kenapa saya letak tajuk , bahasa pun ialah makhluk . sebab makhluk ni , sifatnya sementara dan dan terbatas . dan bahasa juga mempunyai sifat yang sama . sementara ; kata-kata itu tak kekal ,kan . kadang-kadang fakta yang diperkatakan lain , dan kadang-kadang lain . tak ada yang abadi, mungkin juga selari dengan akal manusia . yang sentiasa berputar memikirkan kemajuan suatu perkara . majunya suatu benda pastinya akan merubah setiap inci maklumat tentang sesuatu perkara tersebut.

terbatas ; kata-kata @ bahasa itu terbatas . ya , sebab itu kita tak boleh nak menggambarkan zat Allah . sebab zat Allah ni terlalu sempurna untuk digambarkan dengan kata-kata kita yang mungkin terhad dari segi Vocab ataupun perbendaharaan kata yang tak mampu menunjukkan ciri-ciri kesempurnaan Allah taala . dan kita juga , digambarkan tentang syurga neraka dan banyak lagi benda lain yang bersifat ghaib . tapi tahu dan sedarkah kita , segala apa yang terlintas di fikiran kita , perkara yang ghaib itu bukanlah hakikatnya begitu .
jika digambarkan syurga itu umpama sebuah taman yang mengalir di bawahnya aliran susu dan arak(yang tiada ia memabukkan peminumnya ) , dihidangkan buah-buahan yang lazat . dan di dalamnya , penghuninya tidak memperkatakan selain suatu yang baik sahaja . subhanallah .. gambaran juga sudah cukup indah , namun keindahan itu sebenarnya bukan begitu ,bahkan lebih lagi . cuma Allah terangkan sedikit sebanyak di dalam Al-Quran sebagai pendorong kepada manusia . dan sesiapa yang yakin dan pasti dengan janji-Nya sahaja yang akan bersama-sama merebutnya , bukan ?

akal manusia itu terbatas . betullah . mana boleh hamba lawan Tuan ?? manusia ada sifat-sifat kedangkalan yang kadang-kadang manusia itu sendiri ego untuk mengakuinya . lihat sendirilah apa yang berlaku di atas muka bumi sekarang . ramai , ya ramai yang muslim . ramai yang mampu meruntuhkan ego , sujud pada Allah subhanah wa taala . tapi berapa ramai yang tidak mampu runtuhkan ego mereka . berapa ramai yang berani mencabar Allah dengan ilmu dan aqal yang terbatas lagi terhad , bahkan di bawah izin Allahlah mereka hidup seperti sekarang .
dan yang lebih teruk lagi , kita biasa dengar Iblis itu ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. suatu ketika dahulu (al-baqarah ; 2 :34)(al-kahfi ; 18:50) . kerana itu , Iblis diharamkan Allah untuk berada di syurga-Nya . tapi jika kita sedar , Iblis tidak pernah mengakui dirinya ialah Tuhan . tapi yang pernah mengaku diri sebagai Tuhan ialah siapa ? manusia . manusia itu sendiri . izinkan saya konklusikan bahawa manusia itu lebih melampaui batas berbanding iblis laknatullah . sebab itulah , manusia ni , jika baik akhlaknya , maka jadilah ia lebih mulia daripada malaikat , jika buruk akhlaknya jadilah ia lebih hina daripada binatang . (surah al-an'am ; 7:179)

Muslim . Muslim itu ertinya tunduk patuh , sejahtera . tapi , kini , ada pula gelaran muslim hanya pada kertas dan maklumat diri semata-mata . hinggakan terpaksa membahagikan muslim kepada dua ; MUSLIM KHAS & MUSLIM AM .
MUSLIM KHAS ialah yang benar-benar menjaga batas-batas syariat yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri .
manakala
MUSLIM AM ialah muslim yang seperti sedia maklum , bahawa ia muslim . mengamalkan setiap suruhan dan larangan Allah atau tidak , itu bergantung pada individu sendiri .
pelik,kan . maknanya dua-dua muslim ni boleh masuk syurga lah ye ? cuma option kedua nampak lebih memahami fitrah manusia?
ahh ..mengarut lah! . sibuk bercakap tentang fitrah . apabila sakit , nyawa sudah di kerongkong , siapa yang kalian cari ? satu sahaja;
-ALLAH-

nampak di situ fitrah manusia ialah ; kembali pada Tuhan Yang Menciptakannya . sekeras-keras mana pun kita , mustahillah kita tak pernah rasa mahu 'bermanja' dengan Tuhan kita .
Allah , kami kembali kepada-Mu sebagai hamba-hamba yang berserah diri . ya , sepenuhnya! sebagai MUSLIM KHAS , MUKMIN KHAS , dan MUHSIN KHAS . =)

### dua tiga hari ni , terdengar berita tentang kematian ibu sahabat tahun satu . pulang ke malaysia , tapi mustahillah sempat lihat jenazah ibu tercinta . semoga Allah kuatkan ia , saudara Syazli , semoga kuat sentiasa di sisi rahmat kasih Allah yang tak pernah putus untuk saudara !
### saya tak pasti bila bapa kepada senior saya di malaysia meninggal dunia . tapi saya dapat lihat status-status berupa kekuatan yang dikhaskan untuk dirinya sendiri di facebook . semoga Allah tabah dan kuatkan iman insan-insan yang teruji diuji . semoga rahmat Allah sentiasa bersama , dan Allah itu , tak pernah tinggalkan hamba-hamba-Nya ! redha dan doakan arwah !kak mar, semoga kuat~!

" aku selalu melihat insan diuji dengan kematian yang tercinta . waktu untuk kurasai 'nikmat' itu kubelum tahu lagi , cuma kuminta kekuatan itu aku mampu 'charge' awal-awal supaya aku tak jatuh semasa diuji segala bahang dunia . semoga Allah redha !" hamizah ruslan . irbid.

No comments:

Post a Comment